Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Wednesday, May 31, 2017

Akok Kedut Kelantan

Salam 5 Ramadhan.
Menyapa blog yang sekian lama menyepi. Bukan tak rindu nak berblog tapi kesuntukan masa. Bukan tak masak, tapi tak sempat nak berfoodography. Gambar yang ini pun hanya snap pakai phone cam ja. DSLR mieza pun dah merajuk dah. Seringkali cemburu melihat rakan-rakan blogger update blog dengan gambar masakan yang menggiurkan.

InsyaAllah blog ni masih hidup walaupun sering tak dikunjungi oleh tuan punya tanah haha.

As requested by my anakanda sulung. Semalam mama masakkan Kuih Akok Kedut. Actually ini first attempt mieza buat Akok Kedut ni. Memang tak pernah buat sebelum ni. Walaupun asal ore kelate tapi Mieza bukan penggemar kuih traditional negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Selama ni hanya membeli di bazar sebiji dua untuk keluarga yang teringin saja. Tapi lepas cuba resepi ni..mualllaaaa! Sedap! Lemak, manisnya cukup, baunya harum. Terus jatuh cinta dengan kuih akok! Mieza bakar dalam muffin pan ja. Jadi akok bandarlah. Tapi rasanya jika dibakar secara traditional guna sabut dan arang baunya lagi harun dan sodappppp!

Let us ZZzaazzzz resepinya!


AKOK KEDUT KELANTAN

5 biji telur ayan gred A
200 ml pati santan
100 ml air
150 gm gula melaka
30 gm tepung gandum
3-4 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam

Cara-cara:
1. Kisar daun pandan dengan 100 ml air (boleh tambah air jika perlu).  Tapi dan perah air daun pandan. Sukat balik untuk dapatkan 100 ml air daun pandan. Jika kurang boleh tambah air biasa sehingga cukup 100 ml.
2. Satukan air pandan dan gula melaka dalam periuk kecik dan masak hingga gula hancur. Sejukkan.
3. Di dalam blender satukan semua bahan termasuk air pandan gula melaka yang telah sejuk. Blend laju-laju hingga sebati.
4. Tapis adunan dalam bekas. Senduk buang buih. Ini mesti dilakukan untuk mendapatkan kedut yang cantik.
5. Masukkan muffin pan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada 200'C. Panaskan pan selama 5 minit. Keluarkan pan dan sapukan butter. Kemudian cepat-cepat tuangkan adunan akok ke dalam acuan sehingga hampir penuh.
6. Bakar selama 10 minit. Keluarkan dan biarkan akok mengecut. Keluarkan dari pan dan hidangkan.



1 comment:

yara said...

Looks like a nice morning dish.

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...