Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, November 28, 2016

Seoul Trip ***Fall 2016 - Day 3

Nami Island
Our third day in Seoul was spent the Winter Sonata style in Namiseom! Wah wah my dream came true finally! Memang all this while jeles ja tengok kawan-kawan pi Nami Island. Alhamdulillah, that day Allah izinkan kami pula yang share experience. 

Nami Island jadi femes actually selepas drama Winter Sonata meletup kebaboom 💣💣💣 di Malaysia and I believe the island has become more and more attractive thereafter. Saya tidak menonton winter sonata cuma dengar nama disebut-sebut saja. Kalau di tanya jalan cerita dan actor/actress nya memang I have no idea at all!

How to get to Nami Island
Untuk ke Nami Island ada dua cara. Pertama boleh naik train tapi kena tukar banyak kali. Saya tak boleh nak share on this sebab saya tak naik train. Saya gunakan perkhidmatan bus sebab ada small kid saya rasa leceh nak tukar-tukar bas. In case dia tertidur dalam train adoi laaa jenuh nak angkat dia untuk tukar train. Guna train memang lagi murah dan boleh jalan-jalan lama sikit sebab tak terikat dengan jadual bas. Kalau naik train mungkin boleh cover sekali Petite France and Garden of Morning Calm. Kalau naik bas memang tak sempat, hanya sempat ke Nami Island saja sebab bas bertolak balik ke Seoul dari Gapyeong pada pukul 4.00 petang.

Kami book a bus dari Naminara dengan menghantar email kepada [email protected]
Booking dibuat dari Malaysia lagi. Sehari sebelum menggunakan perkhidmatan bus dari Naminara.com full payment must be made at their office in Insadong. Bayaran mesti dibuat sebelum menggunakan perkhidmatan depa ya. Bila saya tanya kenapa sebab sebelum ni bayaran boleh dibuat apabila kita menaiki bas. Katanya kerana ramai yang buat booking tapi tak muncul pun pada hari kejadian jadi banyak seat kosong dan merugikan.

Jadi sehari sebelum itu kami ke Insadong mencari ofis Naminara based on the directions given in the email. Of course sesat itu perkara biasa. Selepas bertanya sana sini akhirnya kami sampai juga ke ofis mereka. Cara nak ke Naminara ofis take subway Line 1, take off at Jonggak Station, exit #3. Keluar je exit jalan terus a few blocks (agak jauh) till you reach the intersection where the Kumkang Shoes is located on your left, turn left here. Jalan terus lagi sampai jumpa Starbucks (written in Hangul). The naminara ofis is just the opposite this starbuck, first floor).

Harga bus (roundtrip) together with Nami Island Visa is KRW23,000 for adult and KRW17,000 for kids. The payment can be made via credit card. Untuk naik bus boleh naik di Insadong atau di Namdaemun. Since we are staying in Namdaemun, we decided to take the bus from Namdeamun, near Sungyemun Square (about 10 minutes walking from our GH).


Bas kat belakang tu akan bawa kami ke Nami Island. So Hooorrayyyy!

The look inside the bus..selesa okay...lebih selesa dari Air Asia X haha!

The trip from Namdaemun to Gapyeong  took about one and half hour. Nyenyak la tido dalam bus. Bila sampai di Gapyeong yang belum ada visa kena beli visa dulu. But ours comes with visa, so selamat tak payah beratur dah..terus je beratur untuk naik ferry.  Untuk ke Nami Island from here can be done via two ways. First of course naik feri. Secondly boleh juga guna zip wire. Huk allaaaa best ja tengok orang naik zip wire...tapi ada kids memang cannot lah ya nak berzip wire bagai. Besides, cuaca sejuk hokayyy...boleh beku nak berzipwire to the Island! Kami naik feri saja. The feri took less than 10 minutes to reach the Island.



Ehemmmm...tak boleh langsung nak bergambar berdua...nampak ada kaki kecil kat tengah tu? Si kecik itu nak juga mengganggu gugat keromantikan mama and papa!

The view kat Namiseoum ni MasyaAllah cantik nyaaaa...kalau datang sikit sure lagi cantik because at that time banyak daun-daun yang dah gugur..kalau datang awal 2 weeks all the fall foliage masih belum jatuh lagi for sure cantik! Husband kata kalau masa snow mesti cantik juga..insyaAllah nanti kami datang lagi..

Old train track di Nami Island...subhanallah..cantik

Kat sini memang famous photoshoot spot...taksah kalau tak bergambar kat deretan pokok-pokok ni

Nam ambik gambor macam dalam gambor tu rasa malu lak sebab ramai yang tengah que utk bergambar di sini masa tu 🙈.

Winter sonata statue...dedaun kat belakang tu..masyaAllah golden!

Kalau ke Nami island make sure phone bateri full sebab tak puas ambik gambar. Segenap ceruk rasa nak snap pictures!
 
Just like love padlocks di Seoul Tower, kat sini love notes! Dok kat sini terus rasa nak bercinta!
 

 Spot first kiss Winter Sonata! Kami pun nak kissing jugak! Anak-anak kata nak muntah! hahaha

 Penat pusing-pusing island perut pun berbunyi, ada orang jual pau kacang! Sodapppp! KRW1,000 each. Masak guna dapur kayu hokayyyy

 Ostrich farm..

 What a beautiful scenery!

 Untuk lunch hari tu kami makan di Asean Cuisine Restaurant. Harganya agak mahal jika dibandingkan dengan harga makanan di Seoul. Apa boleh buat..perut dah lapar..kebetulan waktu kami ke sana waktu lunch hour and this is the only halal restaurant in the island. Kena lah que. Tapi tak lama dalam 20 minutes sahaja. Restaurant ni bersebelahan dengan library. Di second floor library ada prayer room. Jadi selepas lunch kami terus solat jamak zohor-asar di prayer room di library.

 Side dish ni come for free untuk setiap meal yang dipesan. Kimchi sememangnya side dish wajib di Korea!

 Pilihan Along, Nasi dan Bulgogi

Datang jauh-jauh Wawa cuma order nasi goreng Indonesia...LOL...tapi sedapppppp sangat!

 Mama's choice.. rice with spicy squid..actually I fall in love with squids here, they are big, juicy and cooked in a very fantastic way and super duper delicious!

 Papa punya choice..rice with lemon chicken..pun sodapppp!

The restaurant which is located next to the library.

At 3.00 pm kami mula bergerak ke jeti..sempat juga makan ais krim dalam kesejukan. Kami mengambil feri pukul 3.30 pm untuk kembali semula ke tempat menunggu bas di Gapyeong. Tepat jam 4.00 petang (tepat tau! kalau lambat sampai alamat kena tinggal lah) bas bergerak. Sepanjang perjalanan buat apa lagi melainkan ZZzzzzzzz. Hampir dua jam kemudian kami sampai ke Seoul. Traffic agak heavy waktu petang sebab orang baru balik kerja. 

That is the end of our Day 3 in Seoul. Untuk Day 4 hingga Day 8..tunggu ya sebab saya nak kena concentrate untuk persediaan viva dulu. Wish me luck!

Also read:

No comments:

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...