Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Wednesday, March 20, 2013

Moist Banana Muffin

Assalamualaikum..
Menu pisang lagi kita hari ni...apa nak buat mieza sayangkan pisang yang banyak mieza dok simpan dalam fridge tu...hari tu ke pasar mieza beli pisang sesikat...skg dah masak ranum jadi mieza kupas kulitnya dan simpan dalam tupperware dalam fridge..bila disimpan begini ia akan tahan lama..bebila perlu boleh lah guna macam nak buat cekodok ke...kalau dah malas sangat..cekodok la pilihan mieza, cepat dan senang..anak-anak pun suka..


Hari ni tak mau cakap banyak sebab hari Rabu..apa kena mengena dengan hari rabu dan cakap banyak tatau la..tapi ramai orang dok guna wordless wednesday...jom layan gambor ye..


Mieza buat ni semalam...kebetulan semalam mieza malas gi kerja...ambik MC dan dok umah...bila dah burnout macam tu..bangun tido semalam terus cakap kat suami...saya malas nak gi kerja hari ni leh? heheheh suami kata "ikut u la..nak EL ke MC?" lantas mieza jawab "MC!" heheh


Bila tak kerja di pejabat, kena juga kerja kat umah...teus mieza masuk dapur dan bake this muffin..sekurang-kurang bila anak kecil mieza bangun tido ada benda nak dingapnya...lepas makan muffin, tetap juga depa heret mieza ke KFC..nak bekpes kat KFC katanya...huhhhh!!!!


Pukul 1230 noon tu lak ada lak student mieza datang umah sebab nak pick up things dari mieza..terus mieza kasi depa skit...suka lah depa dapat muffin free...ye la kan macam kita masa dok univ dulu..kalau lecturer kasi food..perghhhhh happy giler!


Jom tengok resepi...masih lagi menyelongkar dari Kak Siti Delima

MOIST BANANA MUFFIN
Source: Siti Delima & Mieza @ WAWMC

Bahan basah :
1 biji telur gred A - suhu bilik
75 gram gula kastor
1 sudu besar madu
1 sudu besar susu segar
1 sudu kecil esen vanila / pisang
90 ml minyak jagung / minyak masak
3 biji pisang masak (150 gram) - dilecek halus

Bahan kering :
125 gram tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
3 sudu besar badam cincang - dipanggang dalam oven 5 minit - mieza guna slice almonds

30 gram coklat masakan - dadu besar (mieza ganti dengan chocolate chips)


Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 175' C susun kertas muffin dalam loyang muffin dan ketepikan.
2. Pukul gula dan telur sehingga ringan dan berkrim dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan-bahan basah dan putar pada kelajuan perlahan hingga rata.
3. Tambah bahan-bahan kering yang telah diayak kedalam bahan basah dan kaup balik rata dengan spatula. Tidak perlu lama cukup sekadar sebati sahaja.
4. Scoopkan adunan 1/3 dalam kertas muffin masukkan coklat masakan ditengahnya dan scoopkan adunan lagi untuk menutupnya.
5. Bakar selama 25 minit atau sehingga diuji lidi keluar bersih. Biarkan sejuk diatas rak dawai sepenuhnya. Ayakkan gula aising sebelum dihidangkan.


3 comments:

Marsita yahya said...

salaam mieza...singgah sini pulok...jgn kerja teruk2 sgt tau...:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

wow wow wowww... akak pun dah simpan resepi ni.. tp taktau bila boleh cuba... mmg sentiasa terliur kalau kek2 berasaskan pisang ni...

syok tu mieza.. senang lak dpt MC ye... pi klinik mana? heheheheee...

FnF Simple Life said...

sedapnye... untung le student dpt muffin free...home made lagi tu.

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...