Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, February 2, 2013

Croissant Tuna Mayonaise

Sesekali ke Tesco memang setengah ribu habis shopping kan? Tak tahu lah bagi orang lain, bagi mieza memang mencecah angka itu..especially bila banyak stok barang dapur yang dah abis. Susu dan pampers anak pun dah makan berapa ratus kan. Tetiba je rasa macam duit ni semakin kecil nilainya..kalau dulu dengan jumlah gaji bulanan yang mieza dapat mungkin mieza ni orang kaya kampung..tapi pada hari ini alahaiiiii tak seberapa..walau apa pun bersyukur dengan rezeki kurniaan Ilahi..Alhamdulillah


Semasa di Tesco mieza ternampak freshly baked croissant yang dijual..hmmm harum semerbak baunya. Anak-anak mieza memang sukakan croissant. Terpanggil untuk membeli. Dijual pada harga RM1 sebiji. Mieza beli 4. Bila balik umah makan..hmmmm alahaiiii lembutnyaaaa dan anak-anak semua menyukainya..menyesal pula beli cuma 4 biji..sepatutnya beli 1/2 dozen atau lebih..


Bila time malas nak masak untuk breakfast atau dah tatau menu apa nak dimasak, inilah yang jadi penyelamat mieza...dihidang dengan hot milo..insyaAllah kenyang sampai ke tengahari..


CROISSANT TUNA MAYONAISE
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Croissant
1 tin tuna mayonaise
1 biji bawang besar - hiris
1 biji tomato - hiris
Beberapa helai daun salad
Beberapa keping sliced cheese
Lidi pencucuk
Butter

Cara-cara:

1. Potong croissant kepada 2 keping dan sapukan butter.
2. Letak dan ratakan tuna ke atas salah satu kepingan croissant.
3. Lapiskan dengan salad, hirisan bawang, tomato dan cheese.
4. Letakkan kepingan croissant yang satu lagi dan cucukkan dengan lidi pencucuk agar ia tidak bergerak.
5. Sedia untuk dihidang.

Senangkan? Anak yang darjah 1 pun boleh buat..kuranglah sikit kerja kita :)

5 comments:

Amie said...

Belakangan ni nampak Mieza merempit-rempit dengah pelbagai menu...bestnya kan Mieza.... CTM tu memang sedap sangat pekena dengan milo panas.... fuhhhh!

NEKCIK said...

Alhamdulilah air tangan ibu penambat kasih sayang..insya allah

faa.rosli said...

memang senang!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnya mieza.. suka betul bila sandwich yg ada byk sayur2 mcm tu... rasanya akak takpernah beli croisant ni... maklumlah.. jarang2 berkesempatan ke pasar raya besar.. selalu dok beli barang dapur pun kat 99 speedmart jer.. mana nak jumpa croisant ni.. hehe.. tgk mieza punya ni buat akak teringin aje... kena rempit ke tesco gamaknya.. hahaha..

sudipVSsenduk said...

baru je buat malam tadi bila anak2 teringin nak makan tuna :)

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...