Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, January 28, 2013

Nasi Tomato Berserai dan Ayam Kandar

Assalamualaikum..dan salam sayang...
Seronoknya kan minggu ni cuti hujung minggu yang panjang..bagi yang mengambil cuti tersepit pada hari Jumaat yang lepas memang dapat 5 hari cuti terus..ramai yang balik kampung..memulanya mieza bercadang nak ajak hubby bawa anak-anak jalan-jalan hari ni...tetiba terbaca di FB ramai yang up status mengatakan jalan jammed teruk...jadi kami mengambil keputusan untuk bermalas-malasan di rumah je..tak tau kenapa hari ni mieza tak der mood nak masak-masak..jadi mieza pilih menu tengahari yang cuma memerlukan satu lauk je...begini lah jadinya bila malas hahahah

Sebelum tu sekali lagi mieza nak ucapkan tahniah kepada rakan blogger yang juga mieza anggap macam kakak bagi mieza iaitu Kak Salami Simon kerana telah memenangi MAGGI Contest yang mieza anjurkan..mieza pun join rasa seronok sekali...insyaAllah, semoga MAGGI memilih blog WAWMC lagi untuk menjadi host sebarang contest pada masa yang akan datang...


Sebenarnya ada menu lain yang mieza nak postkan dulu kat sini...tapi bila mieza share gambar nasi tomato ni kat FB cousin kesayangan mieza yang berada nun di Kuantan minta resepi sebab dia teringin nak cuba...jadi mieza dahulukan entry yang ini demi Kak Long Masturaini...semoga dapat membantu Kak Long dan rajin-rajin masak untuk suami yang tercinta...



Nasi Tomato ni juga mieza masak sebab inspired by Kak Amie yang telah memenangi MAGGI Contestyang mieza dan MAGGI anjurkan...mualllh sedappppp!!!!

NASI TOMATO SERAI
Source: Kak Nor @ Secubit Garam & Kak Amie @ Amie's Little Kitchen
Source: Mieza @ WAWMC



Bahan A:
 3 mangkuk beras basmathi PUSAGOLD - cuci dan rendam selama 10 minit
4 sudu makan minyak sapi
5 sudu besar puri tomato
2 sudu makan Sos Tomato Maggi - mieza tak letak yang ni
1 cawan  susu cair
2 sudu makan yogurt asli

Bahan B:
2 ulas bawang putih - hiris halus
2 ulas bawang merah -hiris halus
4cm halia - hiris halus
2 batang serai - dititik
rempah penumis - bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih

Bahan C:
3 mangkuk air - ikut sukatan beras
3 sudu makan Stok Ayam Pekat Maggi - mieza guna kiub ayam
Garam secukup rasa - mieza tambah

Bahan D:
1/2 cawan kismis
1 cawan kacang gajus goreng - mieza tak letak pun sebab malas nak panggang gajus...inilah jadinya bila aku malas hahahaha

Cara-cara:

1. Panaskan minyak sapi. Tumis semua bahan B hingga harum dan layu.
2. Masukkan puri tomato, sos tomato maggi , susu cair dan yogurt.
3. Tambahkan Bahan C dan biarkan mendidih..
4. Masukkan beras dan garam. Kacau rata dan tutup periuk.
6. Apabila air sudah kering, taburkan kismis di atasnya, kemudian tutup periuk rapat-rapat.
7. Setelah nasi masak, angkat dan taburkan kacang gajus sebelum dihidangkan.



Pasangan kepada nasi tomato pada hari ini ialah Ayam Kandar..masya Allah sedap sungguh ayam ni...sapa yang belum cuba mesti mencuba tau...memang sedap..tak tau dah nak cakap macam mana lagi..kenalah cuba sendiri baru boleh cerita...resepinya mieza jumpa kat dapur Kak Nor Ganu..salah sorang blogger masakan yang mieza kagumi...


AYAM KANDAR
Source: Kak Nor @ Secubit Garam
Source: Mieza @ WAWMC



Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong kecil
1/2 cawan kicap pekat
1 s/k gula merah
2 s/b kerisik
3 keping asam keping ataupun boleh gunakan sedikit air asam jawa jika suka
3 s/b rempah kari ayam
2 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
2 sudu mkn sos tiram
2 s/b plain yogurt
2 biji ubi kentang dipotong 4
1 biji buah tomato dipotong 4
1 kiub ayam
garam secukup rasa


Bahan Kisar
15 tangkai cili kering
3 labu bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 s/kjintan manis
1 s/k jintan putih


Bahan Tumis
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
Minyak masak..saya campurkan dengan mentega sikit
1 ulas bwng putih- hiris
2 ulas bwng merah hiris

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bawang merah dan semua bahan yang dimesin tadi.....masukkan rempah dan cili merah yg dimesin halus...dan masakkan hingga masak dan pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan ubi kentang. Biarkan sehingga ayam dan ubi lembut. Jika kuah kering tambahkan sedikit air.
3. Bila sudah lembut masukkan kicap dan kerisik, sos tiram,sos tomato,sos cili dan plain yogurt.
4. Masukkan lebihan bawang yg diblender tadi untuk pekatkan kuah....dan masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
5. Masukkan kiub ayam dan perisakan garamnya. Masukkan buat tomato yg dipotong tadi dan tutupkan api...siap dihidang.




Kalau makan nasi tumis mestilah kena ada acar mentah kan baru lah umphhhhh...heheh

ACAR MENTAH
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

1 batang timun
1 batang carrot
3 biji cili merah - hiris serong
2 biji bawang besar - hiris nipis
3 sb cuka makan
1 sb gula
1/2 sb garam

Cara-cara:

1. Timun dikupas kulit, belah, buang empulur tengah dan dipotong seperti di dalam gambar.
2. Carrot dicuci dan juga dipotong memanjang seperti dalam gambar.
3. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan digaul rata. Perasakan manis dan masin.


Minumannya ialah air Barbican..beli kat Tesco hari Sabtu lepas...murah pulak..selalunya RM3 sebotol tapi semalam dapat RM2.50..terus angkat 1/2 dozen...malas pulak mieza nak bancuh air sirap hehehe


Jemput makan semua...dan selamat mencuba buat kak Long Masturaini...

4 comments:

Amie said...

Wah! Patutlah tersedak2 tak henti2... rupanya namaku disebut2 di sini he he hehh... memang gandingan mantap nasi tomato dengan ayam kandar tu Mieza... lagilah ada acarnya sekali, bukan lagi masakan ringkas ni tapi cukup lengkap!!!!

Mastura Aini said...

thanks a lots 4 my lovely cousin ni..sok k.long nk kuar shoppimmm...nk bl brg2 nk wt ns tomato ni n ayam kandar ni...hrp2 mnjdi la...klu mnjdi kompom upload dlm fb...he3...

zila norazila said...

salam syg mieza..kak amie mmg layak kan..nasi tomato zila mmg x pernah buat..nampak sedap..lain kali leh jgk zila cuba nie..sbb suami suka mkn nasi yg ada perasa2 camne..ayam kandar pun baru pestime dengar..sedapnya..:)

Gee® said...

Waaa...sedapnya nasi tomato Mieza tu... k.gee pon nk try laaa....

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...