Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Friday, November 30, 2012

Sotong Kam Heong

Salam hari Jumaat..
wah wah wahhhh beshnyer dah hari Jumaat...dah masak-masak menggunakan produk MAGGI dan join MAGGI Good to Great Campaign? Jangan lepaskan peluang untuk memenangi percutian ke Legoland Malaysia jadi joinlah sekarang..



Resepi kedua mieza bersama MAGGI minggu ni ialah Sotong Kam Heong...memang senang dan sedap resepinya..dengan wujudnya barangan MAGGI proses memasak menjadi senang dan tidak lagi merupakan bebanan malah merupakan satu terapi...dengan menggunakan MAGGI Cukup Rasa masakan menjadi semakin enak sebab kelainan pada MAGGI Cukup Rasa terselit di dalam bawang gorengnya...enak dan harummmm...


SOTONG KAM HEONG
Recipe: MAGGI & Mieza @ WAWMC

400 gm sotong - cuci dan potong cincin
4 ulas bawang putih - ketuk
1 biji bawang besar - cincang
1 inci halia - cincang
3-4 biji cili api - potong kecil
3-4 tangkai daun kari
3-4 sb rempah kari ikan - jadikan pes
2 sb sos tiram MAGGI
2 sb kicap pekat
1 sk MAGGI Cukup Rasa
1/2 cawan udang kering - rendam dan cincang
Minyak untuk menumis



Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, dan daun kari hingga garing dan wangi.
2. Masukkan udang kering dan tumis lagi hingga udang kering wangi.
3. Masukkan rempah kari dan kacau seketika.
4. Kemudian masukkan sos tiram MAGGI dan kicap pekat. Biarkan hingga sos pekat.
5. Masukkan sotong dan masak hingga sotong masak.
6. Akhir sekali perasakan dengan MAGGI Cukup Rasa. Gaul sebati. Reneh hingga pekat.
7. Hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun kari.

Tuesday, November 27, 2012

Nasi Goreng Kampung Ala Warong - semestinya bersama MAGGI

Assalamualaikum...apa khabar semua???


Hari mieza kemain lagi syoknye tau..sebab last 2 wiken mieza kena kerja hari sabtu selama 5 jam..jadi bos bagi mieza ganti waktu kerja tu..so hari ni balik kerja pukul 11 pagi..waaaa soooo haven!

Hari ni mieza nak share satu resepi yang sangat mudah dan sedap..semestinya menggunakan produk MAGGI.. dah join contest MAGGI Good to Great Campaign tu? Kalau belum cepat-cepat klik kat SINI dan baca peraturan serta HADIAH yang ditawarkan...


Ini adalah antara 3 produk MAGGI yang mieza guna dalam masakan kali ni..sebenarnya memang senang memasak dengan barangan MAGGI..cepat dan hasilnya sangat memuaskan...

Mieza mula berkenalan dengan MAGGI sejak kecil lagi..produk yang selalu dibeli apa lagi kalau bukan Mee MAGGI Kari...hmmm sedapnya lebih-lebih kalau mak mieza yang masakkan...dimasukkan telur dan kangkung..perghhhhh memang kalah kedai mamak punya...barangan MAGGI lain yang selalu guna ialah sos cili...kini rangkaian MAGGI Culinary Solutions telah berkembang lebih-lebih lagi rangkaian Hari-Hari Favorites nya..

Bagi ibu yang berkerjaya macam mieza, yang selalu on the run kan..memang sesuai sangat lah stock up kan pantry dengan stok-stok barangan MAGGI macam ni...mieza keluar rumah seawal jam 715 pagi dan kembali semula ke rumah pada jam 6 petang..memang selalu tak sempat nak masak..kalau boleh memang nak cepat-cepat je masak kat dapur...kalau tak masak langsung kesian pula kat anak-anak...hubby mieza memang jenis yang suka makan hasil air tangan isterinya...

Selalunya memang mieza tak sempat nak masak breakfast untuk anak-anak...cuma bagi duit belanja dan mereka akan breakfast di sekolah saja...tetapi sejak menggunakan perencah nasi goreng ala kampung dari Hari-hari Favorites keluaran MAGGI ini semua kerja menjadi mudah dan kini mieza berkesempatan nak masak breakfast sebelum pergi kerja..sebab cukup senang..cuma ikut je instruction kat paket..kalau nak kreatif boleh la masukkan lauk pauk tambahan di dalam nasi goreng..nak sedap lagi tambahkan sedikit Cukup Rasa..hubby pun puji nasi goreng mieza sedap! Memasak menggunakan barangan MAGGI memang cepat dan ringkas tetapi tetap menyelerakan!


Jom kita tengok resepinya:

NASI GORENG KAMPUNG ALA WARONG
Recipe: MAGGI & Mieza @ WAWMC

1 mangkuk nasi sejuk - direlaikan
3 ulas bawang putih - tumbuk
5 ulas bawang merah - tumbuk
3-4 biji cili api - tumbuk
1 inci belacan - tumbuk
1 paket perencah Nasi Goreng Kampung Ala Warong
1 sb MAGGI Cukup Rasa
2 sb Sos Tiram MAGGI
Minyak untuk menumis
1 cawan ikan bilis yang telah digoreng
2 biji telur - dijadikan telur hancur
Hirisan daun bawang
Secekak kangkung - dipotong pendek

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
2. Masukkan sos tiram MAGGI dan dan kangkung serta  dikacau rata.
3. Seterusnya masukkan nasi dan gaul rata. Tambahkan perencah Nasi Goreng Kampung Ala Warong MAGGI dan juga perencah MAGGI Cukup Rasa. Gaul rata.
4. Masukkan ikan bilis dan telur hancur. gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang. Siap untuk dihidang.




Sunday, November 25, 2012

MAGGI Good to Great Campaign


Assalamualaikum...
Hari ni tak ada entry pasal masak-masak...tapi mieza nak ajak semua pengunjung blog When A Working Mother Cooks yang ada blog untuk join contest MAGGI Good to Great Campaign..

Contest ini terbuka dari 26 November 2012 hingga 25 Disember 2012

Jangan lepaskan peluang ini sebab HADIAH nya sangat LUMAYAN. Hadiah untuk pemenang ialah:

  1) Satu set MAGGI Culinary Solutions
  2) Percutian keluarga ke Legoland Malaysia bernilai RM1500




Menarik kan? 
Apa tunggu lagi..sertailah sekarang! Syarat-syarat penyertaan:

1) Hendaklah menjadi FOLLOWER kepada blog When A Working Mother Cooks. Kalau belum jadi follower cepat-cepat tekan butang follow kat sebelah kanan blog ni.

2) Memasak apa-apa sahaja makanan kegemaran dengan menggunakan barangan MAGGI (contoh Maggi stocks cubes, Maggi Cukup Rasa, Maggi liquid stocks, Maggi Hari-Hari Favourites, Maggi oyster sauce, Maggi seasoning and Maggi sauces range.- apa-apa sahaja barangan MAGGI) - INGAT tau baragan MAGGI je jadi jangan pula guna Knorr ke, Lee Kum Kee ke etc

3) Mengambil gambar dan postkan entry tersebut di blog anda.

4) Ceritakan tentang pengalaman indah anda (testimonial) menggunakan barangan MAGGI dan bagaimana MAGGI menyumbang kepada kehidupan seharian anda.

5) Hantarkan entry blog anda beserta gambar masakan kepada [email protected] dengan menyertakan butiran berikut:
        a) Nama
        b) URL untuk post berkenaan
        c) Nama masakan 

6) Anda boleh post seberapa banyak post/entry yang anda suka dalam masa sebulan kempen. Setiap kali anda post entry tersebut ke blog anda, sila hantar email bersama butiran seperti di perkara (5) di atas.

7) Pemenang akan dipilih berdasarkan bilangan post yang terbanyak dan pengalaman (testimonial) yang paling unik.


SEBARKAN CONTEST INI kepada semua rakan-rakan anda...

CEPAT-CEPAT...jangan berlengah lagi..ayuh ke kedai beli barangan MAGGI dan hidupkan dapur anda sekarang...


Tuesday, November 20, 2012

Strawberry Huay Kueh (Strawberry Steamed Cake) dan TAHNIAH Adnin

Alhamdulillahhhh...syukur tidak terhingga yang mampu mieza ucapkan setelah berdebar-debar tak ketahuan sejak a few weeks ago...mamanya yang dup dap dup dap lebih..anak mama rileks je..

Alhamdulillah..syukur mieza tidak terhingga mieza panjatkan kepada yang maha Esa di atas kejayaan cemerlang puteri sulung kami...semoga kejayaannya akan menjadi pendorong kepada adik-adiknya nanti...insyaAllah...Di kesempatan ini juga mieza nak ucapkan tahniah buat semua parents di luar sana di atas kejayaan anak masing-masing..definisi kejayaan itu sangatlah subjective..tidak semestinya hanya dengan mendapat 5A barulah anak-anak berjaya...seorang kawan mieza yang betul-betul membuat mieza tersentuh mengatakan dia sangat gembira dengan kejayaan anaknya mendapat 3B 2C kerana anaknya adalah pelajar yang lemah yang mana di dalam peperiksaan percubaan hanya memperolehi 1C 4D..jadi kejayaan itu sangat bermakna buat dirinya..Alhamdulillah...
 

Terlalu gembira sangat sampai terlupa pula nak cerita tentang huat kueh ni...steam this during the wiken sebab putera kesayangan mieza asek mintak kuih je..malas pula mieza nak buat kuih muih jadi mieza cuba huat kueh yang sangat senang ni dan healthy for kids...


Resepinya mieza adapat dari resepi Pandan Huat Kueh yang mieza terpikat semasa melawat di SINI


STRAWBERRY HUAT KUEH
Recipe: Nasi Lemak Lover
Tested by : Mieza @ WAWMC

250g self-raising flour ( I use Blue Key brand..mieza pun)
1/2tsp baking powder
150g caster sugar (can be reduced further)
1 egg (large), lightly beaten
200ml pandan water (blend 6pcs pandan leaves with water)
45g corn oil

Method
1. Mix self-raising flour and baking powder, set aside.
2. Whisk sugar and pandan water till sugar dissolved.
3. Add in egg and corn oil, stir to mix well.
4. Add in flour and stir to combine.
5. Pour into prepared cupcake liners.
6. Steam over high heat for 20mins.



Sunday, November 18, 2012

Lamb Masala Berkerisik

Salam hujung minggu...
Esok result UPSR kuar eh? Berdebar-debar mieza...anak apatah lagi kan...semoga anak mieza berjaya..insya Allah!


You all buat apa tu? Wahhhh bersantai-santai la tu ye? 2-3 minggu adalah busy weeks for me...musim final exam my students memang busy tahap gaban la huhuhu...sabtu dan ahad pun kena kerja...tapi semalam lepas balik kerja terus masuk dapur,,belek-belek dalam fridge ada daging lamb yang mieza bawa balik kampung....


Mieza ni tak kenal garam masala...masa jalan-jalan kat Mydin Alor Setar last week mieza terjumpa garam masala dijual di sana...mieza ingatkan garam masala tu macam garam...rerupanya dia macam rempah kari kakakaka...ni kalau orang India baca mesti gelakkan mieza hahaha



LAMB MASALA - my style
Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

300 gm daging gambing - potong kecil
1 biji bawang besar - hiris
2 biji kentang - potong 4
2 biji tomato - belah 4
1 sb garam masala
2 sb rempah kari
2 tankai daun kari
1 sb kerisik
Cili benggala merah dan hijau
1/2 cawan pati santan
1 gelas air - atau secukupnya
Minyap sapi
Jagus panggang

Bahan tumis:
2-3 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
2-3 kuntung bunga lawang

Bahan kisar halus:
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
1 1/2 inci halia
3-4 biji bawang putih
3-4 biji cili kering
3-4 biji buah keras

Cara-cara:

1. Panaskan minyak sapi dalam kuali. Tumis bahan tumis, daun kari dan bawang besar hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing.
2. Masukkan rempah kari, garam masala dan kerisik. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging lambing dan kentang bersama air. Reneh hingga daging dan kentang empuk.
4. Bila daging dah empuk, masukkan santan dan sedikit air jika perlu. Masukkan juga tomato dan reneh seketika.
5. Akhir sekali masukkan cili benggala, dan rasakan garam gulanya. Kacau rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan gajus panggang.
7. Sedap dimakan dengan nasi putih ataupun dengan roti.

Friday, November 16, 2012

Pulut Panggang Serunding

Assalamualaikum...
Salam petang Jumaat...waaahhhh mest semuanya bersemangat waja sebab cuti dua hari..atau pun mungkin juga ada yang bercuti seminggu minggu ni sebab banyak cuti tersepit?

Yang kerja sebagai cikgu tu mesti syok sesangat kan..waaaaa mieza jeles! Mieza ni esok pun kena kerja coz terpaksa invigilate final exam students...Ahad pun kena kerja tau huwaaaaa....walaupun kerja tu dapat cuti ganti tapi tu wiken yang mieza ada untuk spend dengan family huhuhu

Dan jantung ni juga berdebar-debar tau..sebab next week result UPSR kuar kan? Apa lah yang akan anak dara mieza dapat ....dup dap dup dap dup dappppp


Haaaa mieza masih lagi dalam mood nak makan pulut hihiii...last time mieza tayang seri muka jagung..kali ni pulut panggang lak..pulut dan pulut sebab stok pulut banyak la pulak heheheh

PULUT PANGGANG SERUNDING
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut - direndam selama 4 jam ( mieza rendam pagi semasa nak pergi kerja, bila balik petangnya terus boleh masak)
1 cawan santan
1 sk garam
2 sb gula

Daun pisang secukupnya
Lidi satay secukupnya
Serunding daging

Cara-cara:

1. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.
2. Satukan beras pulut, santan, garam dan gula di dalam bekas dan kukus hingga masak.
3. Bila sudah masak gaul sebatikan agar garam dan gula rata ke seluruh pulut. Biarkan sejuk.
4. Potong daun pisang lebih kurang  3/4 kaki lebar. Lap bersih.
5. Ambil segenggam pulut dan ratakan di atas daun pisang. Letakkan inti serunding dan gulung pulut bersama daun pisang. Cucukkan lidi hujungnya agar tidak terbuka. (Mieza fail sebab guna stapler hahahha) Ulang hingga habis.
6. Panaskan pan pemanggang. Panggang pulut yang telah dibalut dengan daun pisang hingga perang. Boleh juga dipanggang di atas bara api.
7. Sesuai untuk sarapan dan minum petang.

Wednesday, November 7, 2012

Seri Muka Jagung

A few visitors asked "naper post tenggelam timbul?'
Ahakksssss...kesiannya kat kawan-kawan yang berkunjung...mieza mohon maaf sebab tak sempat nak update blog everyday...terlalu sibuk dengan kerja di pejabat hinggakan bila dah balik umah tu terasa sangat penat dan kalau boleh nak tido je terus...dulu-dulu masa muda tak der lah pulak rasa letih sebegini..agaknya bila umur semakin meningkat fizikal kita pun semakin lemah hahahaha

Bila dah balik kerja tu kan...terus je masuk dapur..masak ala kadar je untuk dinner family..ada ketikanya hubby ajak dine kat luar..cuma hujung minggu je mieza masak..tu pun kalau tak der program office yang terpaksa participate..hmmmm kena tunggu jadi surirumah sepenuh masa dulu la baru leh masak hari-hari...(excuse tuh hahahah)

Sekarang ni pula musim final exams student mieza...bertambah lagi la kerja...memang tak pernah habis...

Semalam si anak dara mintak dimasakkan serimuka...dia sukakan topping yang kaler coklat katanya..(topping gula merah) tapi stok gula merah tak der kat umah..jenuh juga mieza memujuk untuk tukar kepada seri muka pandan (kaler ijau) tetap gak si anak dara tak mau...lepas 1/2 jam memujuk akhirnya dia bersetuju untuk dijadikan serimuka jagung...kebetulan ada jagung manis 1 tin dalam pantry yang belum berusik...


Percaya tak kalau mieza katakan mieza balik umah waktu lunch semata-mata nak masakkan kuih ni supata bila anak dara balik dari tadikanya pada pukul 530 petang kuih ni dah sejuk dan boleh dipotong dan terus makan for tea? Kasih ibu memang begitu kan..semoga anak-anak ni tahu yang kita sayangkan mereka... (cehhhh mood touching lak hahahah)


setelah dibelek-belek resepi kat tenet, mieza terpikat dengan resepi kat blog Arah...mieza kopipeskan di sini...  

SERI MUKA JAGUNG
Source: Ika @ Arah
Source: Mieza @ WAWMC 

Bahagian bawah (pulut)
  • 1 1/2 cwn beras pulut direndam selama 4 jam kemudian ditoskan -
  • 1 1/2 cwn santan
  • sedikit garam dan gula- mieza letak 3 sb gula dan 1/2 st garam
  • 1 st butter
Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus.Bila pulut masak ratakan dan tekan ke dalam loyang bulat 8 inci dan kukus lagi.Semasa pulut panas-panas tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus lebih 
kurang 20 minit.


Bahagian atas (puding)

  • 2 biji telur 
  • 1/3 cwn gula pasir
  • 1/2 cwn santan pekat
  • 1/3 cwn susu cair
  • 2 sb tepung gandum
  • 1 sb tepung custard
  • sedikit garam dan vanilla
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 sb jagung cream- mieza lebihkan


 1. Di dalam mangkuk, pukul telur dengan gula dengan menggunakan hand whisk hingga gula larut.
2. Kisar jagung bersama susu cair hingga jagung hancur. Kemudian masukkan ke dalam mahkuk telur. Kacau rata.
3. Masukkan kesemua bahan lain ke dalam mangkuk telur dan kacau hingga tidak berketul.
4. Tuangkan ke dalam periuk dan masak di atas pai sederhana hingga naik wap sahaja. Sentiasa kacau agar tidak berketul.
5. Tuangkan ke atas pulut dan kukus selama 20 minit. Mieza alas tutup kukus dengan tuala bersih supaya wap air tidak menitik ke atas kuih.

SELAMAT MENCUBA  

Sunday, November 4, 2012

Bingka Berlauk

Assalamualaikum...
Belek-belek peti ais n pantry petang ni sebab perut lapor..anak-anak pun bising lapor...bapak anak pun dah kejap kejap masuk dapur dan buka peti ais..tu maknanya minta dihidangkan something for tea la tu..paham benar dah mieza dengan kelakuan ahli umah ni...


Sejak balik dari beraya di kampung last week mana mieza sempat ke pasar lagi...peti ais pun kosong..yang ada cuma stok daging korban pemberian family dan jiran...semalam tak ke pasar sebab menghadiri function opis suami dari seawal 8.00 pagi..hari ni nak rasa malas sekali nak ke pasar..hehehhe kita bedal je lah dengan apa yang available heheh


Memula mieza nak buat bingka cracker..pastu teringin lak nak makan bingka jagung hmmmm tapi stok jagung tak der...tetiba hubby jerit dari depan...nak makan something yang ada lauk...hmmm


BINGKA BERLAUK
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
Yield 12 bingka saiz muffin

Bahan lauk:
200 gm daging kisar
3-4 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - cincang
1 biji bawang besar - dadu
2 sb serbuk kari daging
2 tangkai daun kari
2 sk ketumbar biji
2 sk jintan manis
Cili benggala merah dan hijau - dadu
1 biji tomato - dadu
Daun bawang dan daun sup - hiris
Garam dan gula
Bawang goreng secukupnya
Minyak sapi

Bahan bingka:
150 gm tepung gandum
1 sk garam
400 ml susu segar
2 biji telur gred A
Sedikit serbuk kunyit


Penyediaan daging:

1. Biji ketumbar dan jintan manis disangai atas api tanpa minyak hingga wangi dan garing. Kemudian kisar halus.
2. Panaskan minyak sapi dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan daun kari hingga garing.
2. Masukkan rempah kari dan sedikit. Tumis hingga garing. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan yang telah dikisar tadi.
3. Masukkan daging cincang dan dimasak hingga daging empuk dan kering airnya. Rasakan garam gula.
4. Akhir sekali masukkan tomato dan cili benggala yang telah didadu. Kacau rata.
5. Matikan api dan ketepikan.


Penyediaan bingka:

1. Masukkan semua bahan bingka ke dalam blender dan dikisar sebati.
2. Oleskan minyak sapi pada acuan muffin. Tuangkan adunan bingka ke dalam bekas muffin sehingga 3/4 penuh.
3. Masukkan bawang goreng, lagi banyak bawang goreng lagi sedap. Sendukkan sesudu inti daging dan masukkan ke dalam adunan bingka. Kemudian taburkan daun bawang dan daun sup.
4. Ulang hingga habis adunan.
5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada 180'C selama 10 minit atau hingga bingka masak.
6. Hidangkan bingka bersama sos cili jika suka. Mieza dan suami suka makan bingka berlauk bersama sambal bilis...sedapppppp!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...