Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, September 10, 2012

Bingka Ubi Kayu

Assalamualaikum...
Manu yang masih lagi berasaskan ubi kayu...hambik ko...banyak sangat la tu ubi kayu tu hehehhe...alhamdulillah walaupun ditanam secara 3T heheh..boleh la dijadikan hidangan minum petang, petang semalam...


Suka pula mieza bila menggunakan silicone mould yang dibeli oleh anak sedara mieza yang sedang belajar kat UK tu...kiut betul mould ni..mieza memang sukakan mould kuih/kek..kalau nampak tu mesti mieza nak beli...sekarang ni berminat pula dengan bundt mould...jenuh la anak sedara mieza kena membeli kat auntie dia ni..tak pe la kan Abang Ngah kan..sebab mould kat UK nun murah-murah..geram mieza bila nengok kat online...rasa nak terbang je sana dan sopping..macam la Malaysia dgn UK tu dekat ekkk..tapi kat atas peta dekat je kan hehehehe


Nasib baik le juga ada kuih ni sebab petang semalam ada la 2-3 orang my BFF datang beraya kat umah tak nak call dulu...haishhhh depa ni suka betul buat surprise tau..punyalah mieza malu sebab umah sepah-sepah tak sempat nak kemas...notty betul depa ni..telefon dah terpacak depan pagar umah...jadi depa kata dah call la tu kan...memang depa nak kena kutil nih...sib baik la ada bingka ni..boleh juga mieza hidangkan...kalau calling calling dulu leh la mieza masak-masak....padan muka korang hahahaha


BINGKA UBI KAYU
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

1 kg ubi kayu
500 ml santan pekat
2/3 cawan gula pasir
2- 3 cawan air
1 keping gula melaka (kepingan besar, kalau kepingan kecil gunakan 2 keping)
1 sk garam
2 helai daun pandan
3 sb butter


Cara-cara:

1. Ubi kayu diparut dan dimasukkan ke dalam uncang kain. Perah airnya hingga kering. Simpan sagunya.
2. Panaskan air bersama daun pandan dan garam. Larutkan gula melaka dan gula pasir.
3. Bila gula dah larut masukkan santan dan panaskan hingga santan mendidih. Bancuhan jangan terlalu pekat. Jika terlalu pekat. Jika terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi santan.
4. Tuangkan kuah santan ke dalam bekas sagu ubi kayu. Kacau sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan dan dibakar pada 180'C selama 15 minit atau sehingga kuih masak sepenuhnya.
6. Sejukkan sebelum dipotong. Mieza guna acuan kecil-kecil jadi tak perlu dipotong lagi.


Yang ini kegemaran anak mieza sebab bentuk love...romantik anak mieza ni hehehe

5 comments:

dapurCikWan said...

cantik2 mould kak mieza.. ;)) cw ada jugak buat koleksi..sayang nak guna....

dapurCikWan said...

cantik2 mould kak mieza.. ;)) cw ada jugak buat koleksi..sayang nak guna....

Gee® said...

amboiii...tak abis lagi ke ubi kayu ituhari? kalau byk lagi pos la ke k.gee seketul dua... teringin pulak nk membingka...

zila norazila said...

salam syg mieza,
cantik bingka..mould puun cantik..mmg dh lam x mkn bingka ubi ..rasa sedap pulak tgk bingka mieza nie..:)

FnF Simple Life said...

alahai sedapnye bingka ubi kayu... mampu tgk je mieza. kt jepun takde ubi kayu

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...