Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, August 6, 2012

Kuih Ketayap

Masa adik ipar mieza balik kampung hari tu mak mentua ada kirimkan 2 biji kelapa pandan..hubby tolong mieza shred kan dan dok tersimpan dalam freezer..bila masuk bulan posa ni encik suami mula la mengidam nak makan kuih ketayap..memang kuih feveret dia..kalau miezabuat kuih ni untuk minum petang mesti dia makan banyak...dan ulang-ulang sampai habis..satu adunan yang mieza buat ni dapat 14 biji..5 bijinya dingappp oleh encik suami..alhamdulillah...ini semalam punya dessert untuk iftar..masa mieza kecik-kecik dulu mak suka letak gula je sebagai inti..mak kata namanya kuih batang buruk...walau apa pun namanya..walau apa pun intinya...jika dibuat dengan enuh kasih sayang memang sedap...


KUIH KETAYAP
Source: Mieza @ WAWMC

Untuk bater ketayap:


2 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1/2 cawan air perahan daun pandan - untuk warna hijau
1 biji telur
Secubit garam
2 helai daun pandan untuk leser minyak pada pan


Cara menyediakan kulit ketayap:

1. Masukkan semua bahan dalam blender dan dikisar sebati.

2. Gunakan pan leper. Panaskan pan di atas dapur. Leserkan minyak pada pan dengan menggunakan daun pandan. Tuangkan sesenduk bater ke dalam pan dan ratakan hingga membentuk kepingan nipis. Bakar di atas api yang kecil.

3. Angkat dan ketepikan.

4. Ulang hingga habis.


Bahan untuk inti kelapa:

1 biji kelapa muda parut
3 keping gula melaka (boleh guna gula hangus atau gula perang. Kalau suka manis boleh tambah gula lagi)
2 cawan air
2 helai daun pandan
Secubit garam


Cara menyediakan inti:

1. Panaskan air dalam kuali dan masukkan gula melaka dan daun pandan. Masak hingga gula melaka hancur. Kemudian masukkan garam.

2. Kemudian masukkan kelapa parut dan dikacau hingga agak kering. Jangan kering sangat nanti tak syedappp!

3. Angkat dan ketepikan.



Cara menyediakan kuih ketayap:


1. Ambil sekeping kulit ketayap. Letakkan sesudu makan inti.

2. Lipat kedua-dua tepi kulit ketayap ke dalam dan digulung hingga berbentuk seperti 'stick' (refer gambar kat atas tu).

3. Hidang bersama teh atau kopi untuk sarapan ataupun minum petang atau sebagai pemanis mulut di bulan puasa..

4 comments:

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...