Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, July 29, 2012

Nasi Tomato

Kalau semalam mieza tayang lauknya iaitu Ayam Tomato Padang..hari ni mieza tayang pula nasi nya..songsang ekkk? Hahahah selalunya orang tayang nasi dulu pastu baru tayang lauk...tak per tak per ini songsang tak dosa hahahah

Di kesempatan ini mieza ingin mengucapkan selamat datang kepada beberapa orang follower baru..terima kasih kerana sudi follow blog mieza yang tak seberapa ni..insyaAllah malam ni mieza akan buat kunjungan balas dan follow kawan-kawan juga..terima kasih...


Pagi tadi lepas mandi, basuh kain dan jemur semua kain yang dibasuh hubby ajak ke Jusco Rawang...katanya nak beli sling bag..sekarang kan trend orang laki pun pakai sling beg...cuma depa punya tak la kaler pink macam kita punya..Adnin juga bising beg sekolah dia dah putus tali..so i agreed to go to Jusco today thou' i had sooo many menu in my cooking list...haiyyyaaa kena tunda lagi lah nampaknya nak mencuba puding coklat oren yang dah lama dok aim...tak per lah kan janji family happy...mieza suka ke jusco Rawang sebab ikan salmonnya segar dan besar, daging tempatannya murah dari pasar malam...kat Jusco jual Rm23/kg kalau kat pasar malam RM28 youuuuuuu...mahal kan..tunggu kemunculan resepi daging lak ye di blog WAWMC...^__^


NASI TOMATO
Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

(Untuk family of 5 - Suami isteri dan 2 orang anak..baby tu cuma makan sesuap dua je hehehe)
3 pot beras basmathi - cuci dan rendam selama 20 minit
1/2 tin tomato sup - mieza guna brand Heinz
1/2 tin susu cair - mieza guna brand Ideal
2 tangkai daun pandan - disimpul
Garam secukup rasa
Minyak sapi untuk menumis

Bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3-4 biji buah pelaga
4-5 kuntum bunga cengkih

Bahan hiris
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Hiasan:
Daun bawang
Bawang goreng
Gajus panggang
Kismis


Cara-cara:

1. Beras yang telah direndam ditoskan airnya dan dimasukkan ke dalam periuk elektrik.
2. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bahan hiris dan bahan tumis hingga wangi dan bawang keperangan.
3. Masukkan tomato sup dan kacau seketika.
4. Tuangkan bahan tumis ke dalam periuk elektrik yang mengandungi beras. Masukkan susu cair, air secukupnya, garam, dan daun pandan yang disimpul. Kacau rata.
5. Tanak seperti memasak nasi biasa.
6. Semasa menghidang, hiaskan dengan bahan hiasan yang digemari.

8 comments:

Nuwairani Ismail said...

wah! meriahnya! nasi tomato gitu...nani tak pernah lagi sampai di jusco rawang tu. suka sangat kalau dapat shopping di jusco.

Cheq Sue said...

wahhh...meh nak ingat last time makan nasi tomato? mmmmmm nampaknya dah berzaman tak buat..

Amie said...

Bestnya shopping! ingat kalau dapat balik sebelum raya nak shopping tapi tak dapat tempat...sebelum raya, nak balik jugak kenalah balik petang raya pertama hu hu huuuu
Entah bila nak masak nasi tomato oh Miezaku sayang!

Gee® said...

K.gee buat nasi bukhari... pestime buat, main hemtam jer...sesekali makan nasi istimewa ni mmg menyelerakan, kannn....

FnF Simple Life said...

Wah2...ni belum shopping raya lagi kan... Jusco AEON kt Msia best...luas dan besar...lagi meriah dari AEON kat nihon. hehehe... temapt kami selalu lepak2 makan eskrem ngn takoyaki.

Tergoda ngn nasik tomato Mieza. esok FnF tunggu menu daging ngn salmon ye.

Ayu said...

Assalam mieza, dah lama rasanya akak tak masak nasi toamto..nampak sedap ni mieza..

Musliza Mohamad said...

Mieza....tayang le sling bag kaler pink ko tu kat blog ni. Mus teringin nak nengok & baca citernya. He, he...

Musliza Mohamad said...

Mieza....tayang le sling bag kaler pink ko tu kat blog ni. Mus teringin nak nengok & baca citernya. He, he...

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...