Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, July 1, 2012

Fruit Tartlet

Assalamualaikum..salam hujung minggu...
Apa yang kawan-kawan buat hari ni? Ada gi jalan-jalan shopping? Minggu ni mieza pilih untuk stay kat umah je..kebetulan banyak pula tempahan hujung minggu ni..alhamdulillah..syukur kepada Allah yang memberi rezeki... 
Dah lama mieza nak buat fruit tartlet akhirnya semalam menjadi lah juga..happynye tak terkata..asek tertunda je niat di hati..kekadang tak sempat nak masak dan make-up lebih-lebih..bila dah masak terus humban masuk dalam pinggan dan terus je ngap sebab semua dah lapar tak sempat dah nak snap picture..


FRUIT TARTLET
Source: Kak Ita @ Masam Manis
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan Tart
150 gram tepung halus atau tepung gandum
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Kastard
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega
secubit garam

Hiasan
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu atau coklat masakan ~ dicairkan
Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah
Croquant secukupnya (bertih jagung kisar) ~ mieza tak letak sebab tak der..


Penyediaan Tart

Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan-akan serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. (Mieza bakar pada 160'C selama 18 minit untuk oven mieza) Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.

Penyediaan Kastard

Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.


Hiasan
Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Berhati-hati tabur croquant disekeliling tart. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah-buahan segar tadi. Boleh hidangkan. Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.

9 comments:

Nuwairani Ismail said...

kak mieza!! sedapnye tart buah! suka makan tart. tapi malas nak buat sendiri + kat sini susah nak dapat buah2 fresh mcm tu (alasan baek punya). nak mintak tart kak mieza la seketul.

FnF Simple Life said...

Asslm Mieza...sedapnya...kastard tu mmg besttt sgt digandingkan dgn fruit tart tuuu kan. haiahhh...kena buat jugak mcm ni.

Cheq Sue said...

tengok gambar kat sidebar tadi macam cantik sangat... makin maju tu nampaknya. cheq sue pun dah lama nak cuba fruit tartlet ni tapi ada aje yang menghalang, terutama kebendenya yang bernama malas itu... he he he

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Mieza..sedap!!!

Azie said...

As salam. Salam kenal Mieza. Sedap nyer tart buah. Sungguh asyik melayan gambar gambar yg cantik cantik.

Wani said...

salam kak mieza.. lama x singgah dapur kak mieza.. sihat kak.?//wani pun dah buat fruit tartlets ..len kali kena buat lagi ? kalo dekat dah mintak 2 ketoi ni kak.. hihi

Gee® said...

Mieza, kemas kejadian tart tu n nampak cantek... gerenti sedap kan? k.gee tak pernah buat lagi biasa tempah jer...

Mieza said...

Nani..
kalau nani dok sebelah umah dah lama akak hantarkan bukan seketoi tapi berketoi2..kalau susah nk dpt buah boleh pakai mango, grape, papaya...kalau durian sedap tak ahhahaha

FnF..
W'salam dear..mieza tunggu hasil tangan FnF pula..mesti lg cantikkkk

Cheq sue..
mieza budak baru belajar..mana ada pandai sgt fotografi hahaha boleh la suka suki hehehe..mieza pun malas juga cheq sue..tp kebetulan ada org tempah terus buat lebih skit :)

Kak Ros..
TQVm kak :)

Azie..
Salam kenal dari mieza juga...TQ sudi singgah..jemput la dtg selalu :)

Wani..
lama sungguh wani tak singgah sini...salam rinduuuuu...meh la kita makan sesama :)

Kak Gee..
alhamdulillah sedap kak...tp hubby suka cistat lagi..tu yg malas nak wat tu...mieza sorg je yg makan huhuu

mmjiaxin said...

hollister clothing
ugg outlet
arizona cardinals
cheap nba jerseys
michael kors outlet online
christian louboutin,louboutin,louboutin outlet,louboutin outlet italia,scarpe louboutin
ralph lauren,polo ralph lauren,ralph lauren outlet,ralph lauren italia,ralph lauren sito ufficiale
ray ban sunglasses
louis vuitton handbags outlet
michael kors outlet online
kobe shoes
ray ban,rayban,occhiali ray ban,ray-ban,ray ban occhiali,ray ban sunglasses
nike free
air jordan 11
ed hardy clothing
the north face outlet
new england patriots
tiffany and co
green bay packers
cheap ugg boots
mm1119

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...