Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, May 28, 2012

Tiramisu Biscotti

Assalamualaikum...
Dah balik kerja? Tengah drive? Ke sememangnya cuti hari ni?
Alkisah mieza ni babysitter bercuti minggu..sempena cuti sekolah katanya dia nak cuti...jadi tak dapatlah nak hantar anak-anak ke umah pengasuh, kena la bawa ke opis...nasib baik ramai bos bos yang bercuti minggu ni..jadi lengang la skit opis...selesa la skit nak bawa anak-anak...bukannya apa kalau time orang tengah ramai kat opis dan kita bawa anak, takut orang tak suka anak kita bising-bising kat opis tu..

Haaa...petang ni makan apa? Sukatak dengan tiramisu ni? Anak mieza yang sulung tu dah lama sangat mintak dibuatkan tiramisu..merajuk dia sebab mama asyik buat orang lain punya tempahan tapi tak buat 'tempahan' dari dia hahaha...kesian pula mieza..jadi semalam mieza buatkan la untuk minum petang...macam biasa en husband memang tak leh makan kalau food yang associated dengan coffee sebab dia memang tak tahan dengan coffee..sian dia..terpaksa la buat sumthing else for him..
Bila dipost ke fb semalam..aunty mieza dari Kelantan nun bertanyakan resepi..kalau ikutkan hati memang lambat lagi la nak tempek resepi ni kat sini sebab memang malas nak buka lappy kalau sikenit Umar tu tak tido..dia tau nak 'tolong' tekan keyboard je hahaha...jadi untuk Chik Tun tersayang...mieza postkan juga la...nanti chik cuba ye...sesuai sekali untuk dijadikan dessert kalau buat open house atau makan-makan..


TIRAMISU BISCOTTI

Source: Mieza @ WAWMC

1 paket biskut ladyfingers - harga dalam RM12 sepaket
Sedikit serbuk koko - untuk hiasan

Bahan A
250 gm philadelphia cream cheese
3 sb gula kastor
1 sk esen vanilla
2 biji telur gred C
200 ml (1 kotak kecil) whipping cream

Bahan B
1 mangkuk air panas
3 sb gula
2-3 sb nescafe



Cara-cara:

Bahan A
1. Pukul cream cheese dan gula sampai kembang dan tidak berketul. Masukkan Telur dan esen vanilla dan dipukul sebati.
2. Masukkan pula whipping cream dan dipukul lagi sehingga semuanya sebati.

Bahan B
Bancuh semua bahan menjadi air nescafe yang pekat dan kaw. Bahan B hendaklah dalam keadaan panas sewaktu penyediaan tiramisu.


Cara menyediakan tiramisu:
1. Sediakan bekas yang sesuai. Seeloknya sediakan bekas kaca yang transparent barulah cantik sebab boleh nampak layernya dari luar.
2. Ambil sekeping biskut, celup (bukan rendam) dalam  air nescafe panas dan angkat cepat-cepat dan letakkan di dalam bekas. Celup jangan lama sangat sebab nanti buskut akan jadi terlalu lembik.
3. Susun biskut yang dicelup di dalam bekas dan tuangkan cream cheese diatasnya dan ratakan. Kemudian susun lagi biskut menjadi layer kedua dan seterusnya dituang cream cheese lagi.
4. Lebih kurang macam ni:
       Layer 1 : Susun biskut
       Layer 2 : Tuang cream cheese dan ratakan
       Layer 3: Susun biskut lagi
       Layer 4: Tuang cream cheese lagi
5. Ulang hingga habis. Pastikan layer paling atas ialah cream cheese.
6. Sejukkan di dalam peti ais.
7 Sewaktu menghidang, taburkan serbuk koko dan buah strawberry di atasnya.


SELAMAT MENCUBA

12 comments:

ummiaisyah said...

salam ukhwah mieza...geremnya tgk tiramisu tu..best nya kalo layan mende sejuk2 tgh musim panas ni!

Mieza said...

Terima kasih Ummi Aisyah..salam kenal dari mieza juga..tq sudi mengunjungi blog WAWMC...

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Kak.. wahh bestnya ada tiramisu... fav sha ni..:)))

cantik dan simple.. best!

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Mieza :)
wah tiramisu lah ... rajin lah Mieza nie :)

FnF Simple Life said...

adui... syedapnye kalau dapat 1 nih...

zila norazila said...

salam mieza
sedapnya..zila x pernah cuba buat lg nie..nnt2 mmg nk cuba la:)

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Mieza...saya memang sukeeee tiramisu lebih2 lagi klu baru keluar peti ais, tapi belum pernah buat sendiri lagiii

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Hello dear...Love datang ni for your Tiramisu Biscotti yang sgt mengancam tuh. Huwaaa terlalu panas kat sini..hulurkan 2 gelas pls :)

Mieza said...

Kak Sha..
tiramisu ni fav anak sulung mieza...nnt kak sha kena buat juga tau

Mama Hawa..
terima kasih mama...rajin sebab anak2 suka..sian pula dah lama depa minta dibuatkan tiramisu ni

FnF..
meh la jemput makan kat tg malim ni :)

Zila..
zila kena cuba..senang je zila nak buatnya..

Sue..
boleh la geng dengan anak kak mieza..depa mmg feveret benda alah ni

Love..
Kalau love buat lagi mengancam dari mieza punya...

ibuizz said...

jumpe pagi ni melalui kongsi resepi..saye mmg suke resepi yg senang n cepat..hehe.. harus try nih!

Mieza said...

Ibu Izz..salam kenal..selamat datang ke blog WAWMC...terima kasih sudi bertandang...selamat mencuba :)

mummy Ayda said...

Salam Mieza , sedap betoi yr tiramisu, nak cuba lah buat nanti, TQ mieza

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...