Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, May 6, 2012

Khoa Mok Kai aka Nasi Komok aka Nasi Beriani Thai

Assalamualaikum...salam hujung minggu..

Hujung minggu ni masak mesti asedap-sedap semuanya kan..semalam anak sedara mieza yang dipanggil Achik (belajar di MPIK Bangi) datang ziarah..dia bawa housemate dia sekali...wahhhh seronok lah mieza sebab ada assistant kat dapur..anak sedara mieza ni ringan tulang..rajin dia nolong Su (mieza dipanggil Su oleh anak sedara) dia..suka sangat dia datang...kain baju semua berlipat..pinggan mangkuk semua bercuci dan bilik Adnin siap dikemas, vacuum dan mop...waaaaaa suka nya ada anak sedara ringan tulang macam ni...sukerrrrr..sayang Acik..terima kasih sayang..su memang tak sempat nak buat semua tu...terima kasih!

Bila acik datang semalam, mieza mengambil kesempatan nak cuba nasi yang sedap ni..bukan apa..mieza geram tengok Kak Ayu Singapore dan Cheq Sue Cameron Highlands buat..waaaa aku tergoda...mieza setuju dengan pendapat Kak Ayu..katanya nasi ni macam nasi beriani sebab pakai rempah semua tu..tapi macam nasi ayam pun ada sebab ada sambal cili tu..tapi memang sedap..hubby makan bertambah-tambah..sambalnya memang sedap..ayam goreng yang diperap rempah komok tu pun sedap bangat! Nasi ni sudah dimasukkan ke dalam feveret list family hehehe


Nasi Komok ni memang dimakan dengan ayam dan sambalnya..tapi suami mieza minta dibuatkan juga kuah sebab katanya tak berapa pandai pula nak makan nasi tak berkuah, takut lekat katanya...jadi mieza masak sedikit dalca ayam untuk suami..resepi asal tak ada dalca..



KHAO MOK KAI @ NASI KOMOK @ NASI MINYAK THAI

Bahan-bahan utk nasi :- 
4 cawan beras basmathi (rendam dulu lebih kurang 1/2 jam)
2 sb rempah khao mok

REMPAH KOMOK
2 sb  rempah kari - mieza guna kari daging cap 'O'
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk kulit kayu manis
1 sk garam
1 sb guma


Gaulkan rata. Rempah ni agak banyak..kalau ada lebih boleh disimpan di dalam peti ais..untuk resepi ni tak pakai semua sekali..cuma pakai 2 sb untuk masak nasi dan sedikit untuk perap ayam. 

 

Bahan Tumis :
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia* (*tumbuk halus)
1/2 biji bawang holland ,potong kecik2.*optional..saya suka sbb ada rasa manis2 pada masakan.
rempah 4 beradik (kayu manis, bunga lawang,cengkih & buah pelaga)
lada hitam,sikit je..(tumbuk halus)

Bahan Lain :
susu cair 1/2 cawan
kiub ayam *x letak pun takpe
daun ketumbar / akar ketumbar *ketuk2 sikit
garam
bawang goreng
minyak sapi..sikit je,campur dgn minyak biasa.*Ana guna butter, mieza guna minyak sapi
daun bay 2 helai ( x de pun xpe)
bawang putih jeruk ( xde pun xpe). - mieza tak letak sebab tak ada
* ulam/sayur -timun,salad & tomato
                                      
Cara-cara :                                        
1. Tumis rempah 4 sekawan,lepas tu masuk bahan2 tumbuk tadi..
2. Tumis sampai wangi,masuk bawang besar pulak.
3. Dah agak layu..masuk rempah 'kaw mok' & lada hitam,daun bay..agak2 macam nak garing masukkan air, & susu cair.
4. Sukatan air mengikut pada sukatan beras,kalau 4 cawan boleh la letak 4 1/2 cawan air.
5. Lepas tu terus masukkan beras  & bahan2 lain ..garam,kiub & daun/akar ketumbar.
6. Dah masak tabur bawang goreng..


***Cara mieza
Lepas mieza masukkan air, mieza masukkan sekali ayam dan masak hingga air mendidih..biar ayam separuh masak dan mieza angkat ayam...kemudian baru mieza masukkan beras ke dalam periuk dan tanak macam memasak nasi biasa..Ayam yang sudah separuh masak kemudian mieza perap dengan rempah komok...




AYAM GORENG 'Khao Mok'
Ayam
Garam
sedikit rempah khao mok 
Sedikit serbuk pati ayam
Perap semua bahan diatas bersama ayam,  Kemudian goreng sampai masak.

SAMBAL / SOS NASI KHAO MOK
6 biji Cili merah *
10 biji CILI PADI * (kalau suka sambal hijau boleh guna cili hijau)
Daun Ketumbar *
2 ulas bawang putih*
1/2 inci Halia *optional
Cuka
Garam
Gula *lebihkan - mieza letak dalam 2 sb
Akar ketumbar *ketuk2 masuk time masak kuah.

Cara-Cara :
1. Blender bahan bertanda (*).
2. Goreng gula buat macam gula hangus karamel..
3. Bila gula dah cair masukkan sedikit air dan kemudian bahan2 yang dikisar
4. Masukkan garam dan cuka..biar mendidih & masak sempurna.
5. Kalau tercair, boleh bancuh sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
6. Rasa sambal..biar ada rasa masam-masam manis + pedas sikit2..baru kick!
**Sos/sambal ini juga sesuai untuk pencicah keropok/kuih2..


Kepada sesiapa yang belum cuba mesti cuba tau..sebab nasi ni sedap! Tak nyesal! :)

10 comments:

zila 4ever said...

salam mieza
ambooiii bestnya ada pembantu..kita baru lps siap lipat kain yg bergunung..he hhe 2 minggu x berlipat..kim salam dgn ank sedara tu yer..sedapnya nasi tue....tunggu hari special baru boleh cuba nie..:)

Antan Bertingkah said...

Sedapnya tengok nasi tu, akak pernah dapat resepi nasi ni dari kawan yang berketurunan Thai... tapi tak sempat nak cuba lagi... tapi pernah makan yang dia masak... memang sedap....

Nuwairani Ismail said...

kak mieza!!! setiap hari ade aje yang duk tayang nasi ni. dah lama tergoda. tapi belum terbuat lagi. insyaallah berdasarkan respon kawan2 lain semuanya puas hati dengan resepi ni, nani pun nak cuba jugak buat sendiri.

Mieza said...

Zila..
mmg best ada pembantu..tp apa nak buat bibik tak ada..jd semua kerja kena la wat sendiri..tyu yg bila anak sedara datang je hepi semacam je hahaha

Kak Yus..
saya seronok dapat mencuba resepi baru..especially resepi nasi..mmg berbaloi

Nani..
hahaha nasi lagi...nani kena try..ni pun try sebab nani cakap minggu lepas ahakkksss

FnF Simple Life said...

kena cuba nnt... dah ramai yg buat...sure sedap sgt nih...kaler pun nmpk cantik je... kami pun kalau jenis nasi2 inyak gini mesti nk kena ada kuah kari atau dalca atau masak kurma...kena ngn acar n papadom yg bulat besar tu...ala2 lauk nasi baryani... jadi le nasik komok hybrid...hihi

Mieza said...

FnF..
Hahah yess nasi hybrid..ada 2 theme in one meal..nice! Nnt cuba tau FnF..tak rugi!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam mieza..
akak pun dah buat.. mmg sedap kan? tambah plak ada sambal dia yg ngancam tu.. bertambah2 mkn.. hehe..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum mieza...
akak pun dah masak nasi nie.. memang sedap sesangat... tapi akak belum sempat lg buat entri nasi nie.. :).. tgk yg mieza buat nie terasa2 plak kat tekak akak nie keenakan nya..

Anna Qawina said...

Aslmkm..pg2 ni nmpk nasi komok..sedap..nak2 ayam tu..ratah cicah sambal dia sedap kan..

Mieza said...

Kak Madiha
hahaha lari diet mieza bila jumpa nasi ni kak...mmg sedap..terima kasih kpd yg sudi share recipe :)

Kak Diana..
long time no see...salam rindu! mieza pasti gambar2 nasi komok kak d lagi cun! mieza kena belajar lagi!

Anna Qawina..
terima kasih sudi jenguk blog mieza...nasi ni mmg sedap lebih2 lg ada sambal tu..sambal tu yg mmbangkit solero! InsyaAllah akan buat lgi..

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...