Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, April 23, 2012

Kek Coklat Puding Karamel

Fuh fuh fuhhhhh..tiup habuk dan sawang sikit hahhahaa...Assalamualaikum...salam sayangggg...blog ni suram je sekarang ni kan hihihi tuan tanah cibuk dan teramatlaaaa malasnya nak hapdate blog ni...ahakkksss...mood nak blogging ni pun asek turun naik je...hapdate bila ada kekawan tanya kan resepi je hihihi...tak per la kan..yang mana dulu mesti didahulukan...dulu mak tinggal ngan mieza jadi banyak kerja umah mak yang setelkan ie basuh baju, jemur baju, angkat dan lipat baju...vacuum umah, mop lantai, basuh pinggan tu semua mak la yang jadi pekerja terbaik kat umah mieza...huhuhu..sejak bulan doblas ari tu mak kata nak balik kampung..mak kata dia dah tua...dia nak dok kat kampoung kelahiran dia...mak kata nanti len kali mak datang lagi...hhuhuhu mak tu tipu la tu...kalau mak dah balik kampung tu memang lambat lagi la mak nak datang..huhuhuu makkkkkkkkkk....jangan la balik kampung...dok la sini....uhukkksss..bila mak tak der secara otomatiknya kerja tu mieza kena wat sendiri...waaaaaa rindu makkkkkk....mak rindu orang gak tak mak? uhuuu hu uuuu

Eh eh feeling lak pasal mak...ye la kan dah 6 tahun mak dok dengan mieza...abang abang mieza kata..ikut je apa mak nak...dah mak nak balik kampung..hantor je dia balik kampung...kang bila dia nak datang balik kita jemput la dia...huhuhu Bila masak-masak dan mak tak der..rasa tak besh lak...sebab kalau mak ada, mieza rajin skit nak masak..sebab mak tak suka makan kat luar...jadi bila balik kerja terus masuk dapur dan masak...bila mak tak der kat umah ni...hmmmm mieza pandang suami...suami pandang mieza..suami kata "jom makan pizza hut" yahooooo tak yah la masak kan...tapi tetap rindu mak...omakkkkkkkk!!!!!

Oleh sebab bulan ni tak banyak tempahan sebab mieza terpaksa berkursus luar kawasan jadi terpaksa menolak beberapa order...maka dapat la mieza mencuba resepi baru...kek ni mieza nampak kat umah kak ummi kuantan....waaaaaa pertama kali nampak terus jatuh cintaaaaaa...inilah yang diinamakan cinta pandang pertama....dua minggu lepas mieza cuba buat sekali puding mieza terlembik dan tamau membentuk di atas kek...tapi rasa tetap mabelesssss...oleh sebab tak puas hati maka semalam mieza cuba lagi...alhamdulillah menjadi elok...bila ditayang kat fb terus ada customer order..alhamdulillah..rezeki...


Kak Ummi..mintak ijin..nak copy kat sini buat rujukan di masa hadapan :)  

KEK COKLAT PUDING KARAMEL
Sumber : Chahaya Sheila & Kak Ummi @ HSH

 (A) Bahan (Gula Karamel) :-
 2 sudu besar gula pasir (jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nanti)  

Cara-Cara:-

Taburkan pada dasar acuan silikon (mieza guna non stick pan beli kat tesco) dan bakar pada suhu 180 C selama 5 - 8 minit/gula mencair perang keemasan (suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula...jgn pelik lak yea...xpa kejap jer)**** mieza bakar 7 minit je untuk oven mieza  

(B) Bahan Puding Karamel :-
3 biji kuning telor
1 cawan susu cair (*akak guna susu sejat Ideal, mieza pun followwwwww)
3/4 cawan susu pekat manis
1/2 sudu teh esen vanila  

Cara-Cara:-

1. Kacau sebati semua bahan (tak perlu kuat-kuat, kacau lembut jer)

2. Tapiskan dan tuang atas gula karamel/gula hangus tadi.

3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit/pekat sikit permukaan puding tu...jangan terlampau keras lak, nnt takleh sebati dengan kek - (*akak set suhu 160 C je dan akak guna api atas bawah).

 4. Ketepikan dan sejukkan puding lebihkurang 30 minit....(sementara bakar tu sediakan adunan kek coklat.)


(C) Bahan Kek Coklat:-
1 cawan serbuk koko - akak guna brand Van Houten, mieza follow jugerrrrrr
1 cawan susu cair - akak guna susu sejat Ideal, mieza pun
3/4 cawan susu pekat manis
3/4 cawan gula (akak kurangkan sikit, mieza followwww lagi hehheeh)
*1 cawan minyak masak
* 2 sudu besar mentega yang dilembutkan * (bahan * disebatikan bersama)

3/4 cawan tepung gandum *
1 sudu teh soda bikarbonat *
1 sudu teh baking powder * (bahan * diayak bersama)

4 biji telor - blend hingga halus  

Cara-Cara:-
1. Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.

2. Masukkan telor yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.

3. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula jer. Kacau sebati semuanya.

 4. Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan (tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah).

5. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam (mieza bakar 50 minit je untuk oven mieza) secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. Sejukkan lebihkurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.


Kepada yang belum mencuba..mieza sarankan mencuba..sedap sangat... Oleh sebab mieza suka puding karamel yang tebal..next time mieza nak alter nak double kan adunan karamel dan setengah kan adunan kek...yummmmyyyyy!

8 comments:

Mieza said...

haiyyyaaaa...awat blog mieza jadi lagu nih? help helpppppp! tu la lama benor tak hapdate blog!

Nieza said...

sedapnya tgk kek coklat karamel ni..lama dah nk buat tapi tak terbuat juga lagi:)

Amie said...

Hai Mieza sayangggg... sebut pasal mak dia, Kak Amie pulak tiba-tiba rindu kat bonda. Ni yang buat nak balik kampung selalu, kalaulah tambang kapal terbang tu seratus ke 200 ringgit sekali terbang, mau aje balik berkali-kali dalam setahun.... ohhhh huk huk hukkkk

Dah datanglah semangat Mieza tu ye...dah kuar dah kek coklat puding karamel yang comel mongel...jom rempit masak-masak Mieza, asyik pi pizza hut nanti tak kenal rupa paras Mieza lagi, dah tukar warna mata ke biru hijau pulak nanti...

Nuwairani Ismail said...

assalamualaikum kak mieza sayang....mak dah balik ye? alahai...mesti rindu sgt2 tu..takpe, pasni cuti sekolah boleh jenguk mak kt kg lagi..

ini antara kek yang nani dah lama masukkan dalam list tapi sampai sekarang belum lagi terbuat...huhuh...sabau je la kan...skrg ni tak berapa nak rajin lagi..

Mieza said...

Nieza..
ini pun peram berapa lama punya resepi..masa nampak kat umah kak ummi terus copy dan print..dah berkurun barulah terbuat ...alhamdulillah sedap!

Mieza said...

Kak Amieeeee cayanggg
Salam rinduuuu
Memang rindu sgt dengan mak....rasa nak jumpa mak je..tapi cuti sekolah baru leh jumpa...huhuhu
mieza ni masak selalu juga tapi nak hapdate blog ni yg mcm malas hahahah

Mieza said...

Adik Nani comeyyyyy
W'salam..huhu rindu sesgt dgn mak...omakkkk dtg la sini balik huhuu

Nani..dalam list kak mieza berderet2 resepi kek..entah bila la nak buat...mmg tak berapa rajin akak pun ghahahaha

林磊 said...

2016-2-23 leilei
louis vuitton outlet stores
mcm handbags
christian louboutin outlet
michael kors outlet
michael kors outlet
ugg outlet
true religion jeans
ugg boots
michael kors handbags
polo ralph lauren
louis vuitton outlet
adidas wings
louis vuitton handbags
fitflops shoes
coach factory
toms outlet
canada goose outlet
ugg boots outlet
ugg boots
moncler jackets
gucci borse
oakey sunglasses wholesale
ugg boots australia
michael kors handbag
instyler max
timberland boots
polo ralph lauren
kate spade outlet
adidas gazelle
polo ralph lauren
pandora jewelry
gucci handbags
nike force 1
jordan 3 retro
burberry outlet
nike cortez shoes
montblanc pens
sac longchamp pliage
longchamp outlet
coach factory outlet online

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...