Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, April 30, 2012

His First Steps...How I love Him Very Very Much...MMMuahhhhhhs

Assalamualaikum..

Pagi ni tak der gambar masakan..tapi nak abadikan video ni...his first steps...hubby yang record 2-3 days ago..tapi pardon umah mieza yang bersepah-sepah tu tau...jangan kutuk mieza tau..mieza memang tak sempat nak kemas umah...baru je seminit habis berkemas umah tu bersepah semual...ok lah bukan pasal sepah menyepah tu yang mieza sembang...tapi mieza nak sembang pasal hero mieza yang baru boleh jalan..soooo sweet...cepatnya masa berlalu..sudah 14.5 bulan usia dia...sakit bersalin tahun lepas pun belum hilang lagi..how time flies fast when we are having fun...


video

Sekarang sudah boleh bertatih..wahhhhh sibuk lah dia nak jalan sana sini..eksyen gitu..tamau dipimpin tangannya bila berjalan...jalan 5 langkah tersepak kaki sendiri terus terjelepuk...tak pe lah nak..itulah dunia..kekadang kita teguh berdiri kekadang kita jatuh tersungkur...namun pengalaman itulah yang mendewasakan kita...kita belajar dari kesilapan...sian dia terlanggar kusi...

Semoga Umar membesar menjadi wira mama yang gagah dan soleh...amin...

Sunday, April 29, 2012

Pek Nga and Condensed Milk

Assalamualaikum...
Salam sayang salam hujung minggu..tapi esok  dah kena kerja....waaa menci! Rasa macam 2 hari seminggu cuti tak cukup laaaa...tapi rasa sonok juga sebab selasa cuti lagi...kita orang pompuan ni kepala asek pikir nak masak je kan..kekononnya mieza hari minggu nak kemas umah dan vacuum kereta sebab keta mieza tu fullamak dah macam tongkang pecah, sampah sarap penuh..lebih-lebih si kecil Umar suka sangat ramas biskut dalam keta...tapi akhirnya mieza dok masak je kat dapur...entah bila la nak cuti masak...kalau ada bibik sekalipun mieza tetap gak masak rasanya..cuma bibik jadi tukang cuci...tapi hubby tak suka bibik..katanya tak der privacy...jadi mieza la yang kena jadi bibik...cum semua sekali...huhuhu




Bangun tido pagi-pagi ni hubby kata..isy beshnyer kalau dapat makan pek nga...haaaa jangan tergelak tau dengar nama nya...ini kuih orang utara..cukup sedap..mak mentua mieza la yang kenalkan kat mieza..nama penuhnya 'tempek dalam belanga'..diringkaskan jadi pek nga...ekceli ia adalah lempeng kelapa...ramai yang suka makan cicah dengan kari ayam atau sambal bilis...tapi family mieza suka makan cicah dengan susu pekat manis..pek nga ni sangat sedap kalau menggunakan kelapa pandan..tapi kalau kelapa pandan tak der..bedal je la kelapa tak pandan pun heheheh...dan lagi satu...masa membancuh adunan pastikan kelapanya banyak..barulah terangkat!


Selalu kat kampung mak mentua mieza bakar menggunakan pan yang bersaiz besar..hari ni mieza bakar guna non-stick pan saiz 4 inci...



PEK NGA

Recipe:  Beloved Mother-In-Law
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan A
2 cawan kelapa pandan di parut halus
1 1/4 cawan tepung
1/2 st garam
2 cawan air - atau secukupnya

Bahan B
2 helai daun daun pandan - disimpul
Sedikit minyak masak untuk melenser

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan A dalam mangkuk. Kacau dengan menggunakan whisk hingga semua sebati. Sukatan air adalah subjektif bergantung kepada jenis tepung. Adunan pek nga tidak terlalu pekat. Lebih kurang macam nak buat lempeng gandum biasa.

2. Panaskan non-stick pan. Lenserkan minyak dengan menggunakan daun pandan.

3. Sendukkan adunan sebanyak 1 senduk dan dituangkan ke dalam pan..bakar dengan menggunakan api kecil hingga pek nga keperangan dan sedikit garing.

4. Ulang hingga adunan habis. Enak dimakan dengan sambal bilis atau kari ayam/daging atau hanya dicicah dengan susu pekat.

Makanan tradisi memang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas!

Thursday, April 26, 2012

Black Pepper Prawns

Assalamualaikum...
MasyaAllah mengantuknya bijik mata ni...makan dicuba buka makin berat lak dia...maklum lah sekarang ni mieza di dalam dewan exam tengah mengawas pelajar final exam...mengantuknyaaa...tak leh jadi ni..gula-gula yang dibekalkan oleh exam unit untuk lecturers yang invigilating dah berbiji-biji mieza kemam...pun tak juga ilang ngantuk ni..last-last buka lappy la kan...leh gak hapdate blog...

Mengantuk sangat ni sebab semalam siapkan tempahan...alhamdulillah banyak tempahan akhir-akhir ni sebab ramai yang nak bertunang cuti Labor Day ni...semalam pun ada order emergency...jadi lewatlah sikit tidonya semalam...dan insyaAllah hujung minggu ni mieza akan menghadiri satu kelas membuat kek yang diadakan berhampiran dengan umah mieza...rugi pula rasanya kalau tak join sebab feenya pun rendah berbanding dengan tempat lain....ada a few frens asked, why i like baking? Well, i actually dunno...but i love to see the cakes rise in the oven..so pleasing, soooo tempting, so satisfying...ada juga yang bertanya..mana mieza cari masa masak dan tulis blog dan kenapa mieza menulis blog? Actually i wrote this blog for my own reference in the future..we are going paperless remember? hahahah I alwiz misplaced my recipe book and i've lost a few great recipes given by families and frens...so i don't want that to happen again that's why i put every single recipe that i've tried and tested here...and it's for my kids' reference in the future too, when i'm no longer around for them to refer to..they can alwiz come back to this blog and explore what their mother had cooked and fed their stomach before... gitu lah kiranya hehehe


Going back to the recipe for today...seafood lover that i am..went to TF Value Mart (yeah TF it is..what else do have here in Tg Malim besides TF...we have Tesco located about 45 km from my place...) and the prawns are quite big and cheaper compared to those selling at the wet market...grab my self  500 gm of the prawns..went home..and thinking...i did not have much time to prepare for dinner dat nite as i had to complete the cake orders...that was when i decided to cook this black pepper dish...it is easy, not time consuming, not too much ingredients needed and yet it's tasty...bon appetit!

BLACK PEPPER PRAWNS

Recipe and Source: Mieza @ WAWMC

Ingredients 
300 grams of medium  prawns-cleaned
1/2 red capsicum, cored and diced in chunks
1 medium yellow onion,- sliced
1/2 teaspoon of grounded black pepper
3 tablespoons of black pepper sauce - mieza used 'life' brand
2 tablespoons of oyster sauce
3 garlic, minced
1 inch of ginger - sliced
2 tablespoons of cooking oil
1 tablespoon of cornstarch
Spring onions - chop into 2 cm length
Salt to taste

 Method

1) In a clean bowl, season prawns with ground black pepper and salt , for 10 minutes.

2) Heat a non-stick pan with oil over medium fire. Add garlic, onion and ginger....stir for 2 minutes.

3) Sprinkle cornstarch on the seasoned prawns. Place prawns in pan in one layer to slightly sauté both sides of each prawn. Add capsicum and stir fry to combine, for 2 minutes.

4) Add black pepper sauce and oyster sauce and stir fry to combine well, for another 1 - 2 minutes. Add capsicum and spring onion. Stir well..

5) Heat off and dish up. Serve with favorite rice or noodles.

Thank you for visiting! Muahhhhsss


Wednesday, April 25, 2012

Sup Ketam

Assalamualaikum...

Dah lunch? Mesti makan yang sedap-sedap aje kan...especially yang masak sendiri tu..pastinya makan bertambah-tambah...Alhamdulillah rezeki dari Allah SWT...mieza ni je yang belum lunch..kekadang tu memang tak sempat pun nak lunch...ambil breakfast je...pastu dalam pukul 3 prtang macam tu mula lah terkedek-kedek ke kantin mencari makanan...

Petang ni pula kena mengawas final exam students dari jam 230 hingga 430..perut ni lak berkeroncong la dia hahaha...sambil bebudak menjawab peksa..lecturer pun nak hapdate blog la...sebenarnya nak kena siapkan research..tapi otak ni tepu lak petang ni..nak ngarang pun tak reti...tak per lah..meh la kita layan gambar sup ketam ni....mieza membayangkan sedapnya slruppp slrupppp sedut kuah sup ni..perghhhhh hihii bila perut lapar semua yang dilihat semua rasa sedap!



Masa anak dan suami dan anak mieza warded kena demam denggi last month, terkial-kial mieza mencari ketam sebab ramai orang bagi petua kalau nak cepat tingkatkan platlet darah makan sup ketam...masa tu susah nyer nak beli ketam kat Tg Malim ni..ke pasar Slim River tak ada, ke pasar Tg Malim pun tak der...ke pasaraya TF Value Mart pun tak der...ye la kan kat Tg Malim ni tak der Tesco atau Carefour..sian tul dengan hubby dan anak...tetiba masa mieza ke pasar Tg Malim Ahad lepas..ternampak banyak la pulak ketamnya...terus hubby suruh beli dan masak sup...katanya tak per la walaupun dah baik denggi..teringin lak nak makan ketam..dan gaya orang kaya membeli kan tak bertanya langsung pada harganya...terus je angkat 4 ekor...mieza punya buying habit ni teruk skit...jangan tiruuuuuu...bahaya...bukan apa sebab masa pergi pasor ari tu bawa mesin ATM (en hasben la tu) tu yang sopping tak hengat dunia! Dan Alhamdulillah..mieza dapat ketam yang segar dan isinya manis sangat!




SUP KETAM
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

4  ekor ketam - dipotong dan dicuci
3 ulas bawang putih - ketuk
1 biji bawang besar - belah 6
2 batang serai - ketuk
1 biji buah tomato - belah 4
1 inci halia - hiris nipis
1/2 st lada hitam
2 biji cili merah/hijau - mieza guna cili hijau dibelah 2
Sedikit daun sup dan daun bawang - hiris
Minyak untuk menumis
Air secukupnya untuk kuah
Garam dan gula
Bawang goreng

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, lada hitam, halia dan serai hingga wangi dan garing bawang putihnya.

2. Masukkan air dan ketam dan didihkan. Bila sup mendidih, masukkan cili hijau dan tomato. Biarkan seketika.

3. Rasakan garam gula dan taburkan dengan daun bawang, daun sup dan bawang goreng bila menghidang.

Sedap dimakan bersama nasi panas ataupun hanya dihirup begitu sahaja. Sesuai untuk ahli keluarga yang sakit :)


Monday, April 23, 2012

Kek Coklat Puding Karamel

Fuh fuh fuhhhhh..tiup habuk dan sawang sikit hahhahaa...Assalamualaikum...salam sayangggg...blog ni suram je sekarang ni kan hihihi tuan tanah cibuk dan teramatlaaaa malasnya nak hapdate blog ni...ahakkksss...mood nak blogging ni pun asek turun naik je...hapdate bila ada kekawan tanya kan resepi je hihihi...tak per la kan..yang mana dulu mesti didahulukan...dulu mak tinggal ngan mieza jadi banyak kerja umah mak yang setelkan ie basuh baju, jemur baju, angkat dan lipat baju...vacuum umah, mop lantai, basuh pinggan tu semua mak la yang jadi pekerja terbaik kat umah mieza...huhuhu..sejak bulan doblas ari tu mak kata nak balik kampung..mak kata dia dah tua...dia nak dok kat kampoung kelahiran dia...mak kata nanti len kali mak datang lagi...hhuhuhu mak tu tipu la tu...kalau mak dah balik kampung tu memang lambat lagi la mak nak datang..huhuhuu makkkkkkkkkk....jangan la balik kampung...dok la sini....uhukkksss..bila mak tak der secara otomatiknya kerja tu mieza kena wat sendiri...waaaaaa rindu makkkkkk....mak rindu orang gak tak mak? uhuuu hu uuuu

Eh eh feeling lak pasal mak...ye la kan dah 6 tahun mak dok dengan mieza...abang abang mieza kata..ikut je apa mak nak...dah mak nak balik kampung..hantor je dia balik kampung...kang bila dia nak datang balik kita jemput la dia...huhuhu Bila masak-masak dan mak tak der..rasa tak besh lak...sebab kalau mak ada, mieza rajin skit nak masak..sebab mak tak suka makan kat luar...jadi bila balik kerja terus masuk dapur dan masak...bila mak tak der kat umah ni...hmmmm mieza pandang suami...suami pandang mieza..suami kata "jom makan pizza hut" yahooooo tak yah la masak kan...tapi tetap rindu mak...omakkkkkkkk!!!!!

Oleh sebab bulan ni tak banyak tempahan sebab mieza terpaksa berkursus luar kawasan jadi terpaksa menolak beberapa order...maka dapat la mieza mencuba resepi baru...kek ni mieza nampak kat umah kak ummi kuantan....waaaaaa pertama kali nampak terus jatuh cintaaaaaa...inilah yang diinamakan cinta pandang pertama....dua minggu lepas mieza cuba buat sekali puding mieza terlembik dan tamau membentuk di atas kek...tapi rasa tetap mabelesssss...oleh sebab tak puas hati maka semalam mieza cuba lagi...alhamdulillah menjadi elok...bila ditayang kat fb terus ada customer order..alhamdulillah..rezeki...


Kak Ummi..mintak ijin..nak copy kat sini buat rujukan di masa hadapan :)  

KEK COKLAT PUDING KARAMEL
Sumber : Chahaya Sheila & Kak Ummi @ HSH

 (A) Bahan (Gula Karamel) :-
 2 sudu besar gula pasir (jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nanti)  

Cara-Cara:-

Taburkan pada dasar acuan silikon (mieza guna non stick pan beli kat tesco) dan bakar pada suhu 180 C selama 5 - 8 minit/gula mencair perang keemasan (suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula...jgn pelik lak yea...xpa kejap jer)**** mieza bakar 7 minit je untuk oven mieza  

(B) Bahan Puding Karamel :-
3 biji kuning telor
1 cawan susu cair (*akak guna susu sejat Ideal, mieza pun followwwwww)
3/4 cawan susu pekat manis
1/2 sudu teh esen vanila  

Cara-Cara:-

1. Kacau sebati semua bahan (tak perlu kuat-kuat, kacau lembut jer)

2. Tapiskan dan tuang atas gula karamel/gula hangus tadi.

3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit/pekat sikit permukaan puding tu...jangan terlampau keras lak, nnt takleh sebati dengan kek - (*akak set suhu 160 C je dan akak guna api atas bawah).

 4. Ketepikan dan sejukkan puding lebihkurang 30 minit....(sementara bakar tu sediakan adunan kek coklat.)


(C) Bahan Kek Coklat:-
1 cawan serbuk koko - akak guna brand Van Houten, mieza follow jugerrrrrr
1 cawan susu cair - akak guna susu sejat Ideal, mieza pun
3/4 cawan susu pekat manis
3/4 cawan gula (akak kurangkan sikit, mieza followwww lagi hehheeh)
*1 cawan minyak masak
* 2 sudu besar mentega yang dilembutkan * (bahan * disebatikan bersama)

3/4 cawan tepung gandum *
1 sudu teh soda bikarbonat *
1 sudu teh baking powder * (bahan * diayak bersama)

4 biji telor - blend hingga halus  

Cara-Cara:-
1. Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.

2. Masukkan telor yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.

3. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula jer. Kacau sebati semuanya.

 4. Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan (tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah).

5. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam (mieza bakar 50 minit je untuk oven mieza) secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. Sejukkan lebihkurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.


Kepada yang belum mencuba..mieza sarankan mencuba..sedap sangat... Oleh sebab mieza suka puding karamel yang tebal..next time mieza nak alter nak double kan adunan karamel dan setengah kan adunan kek...yummmmyyyyy!

Monday, April 9, 2012

Bread Butter Pudding and Vanilla Sauce..and dengue fever,,,

Assalamualikum..waaaa rindunya dengan blog ni..dah bersawang eh..jejarang sekali je mieza menjenguk eh..jangan lah serik nak berkunjung...memang ada banyak entry tertunggak tapi tak berkesempatan nak update blog..busy sangat dengan kerja opis, busy dengan tempahan dan busy dengan family...kerja opis jangan cakap la kan..memang pencen nanti lah baru semua kerja tu siap...tempahan pun banyak..Alhamdulilah mieza diberi kepercayaan..terima kasih buat semua yang menempah..dan busy dengan family...itu memang sampai bila-bila pun tak pernah reda kebusian tu..orang kata 'a wife's and a mother's jobs never end...last week terpaksa cuti from work..cuti dari menerima tempahan sebab suami dan anak sulung mieza Adnin masuk wad demam denggi...haishhhh risau sungguh..susah hati sesangat...dedua tu tak pernah masuk wad sepanjang hidup depa...paling kesian kat Adnin sebab mama tak dapat teman kat wad sebab ada wawa dan baby umar kat umh tak der sapa nak jaga...sedih dan sudah hati sangat tinggalkan dia kat wad..tapi apa boleh..mieza terpaksa...jadi Adnin hanya dijaga oleh misi je la sepanjang dia kat wad..alhamdulillah..kini depa berdua dah discharged..tapi tetap kena gi spitak untuk check darah...semoga bertambah baik...kenalah minum banyak air masak kalau tamau warded lagi...sebab doc kata kalau platelet darah turun lagi kena warded balik...



Last saturday a few of Adnin's friends came to visit sebab Adnin dah a week absent from school...tak tau nak masak apa untuk depa dan kebetulan terpandang roti masih berbaki 3/4 bungkus..maklum lah tukang makan semua masuk wad...dan risau roti tu akan rosak..lagi pun it was approaching its due date..maka mieza buat lah puding ni untuk hidangan kawan-kawan Adnin...Alhamdulillah..depa semua suka...



Bila postkan gambar puding ni kat blog..ada lak kawan high school mieza dulu minta resepi...khas buat Puan Yasnida from Ipoh..here is the recipe u requested...buat tau..nanti tell me how yours turns out...insyaAllah u won't regret trying it out....:)

BREAD BUTTER PUDDING
Recipe: Mieza @ WAWMC


500 ml susu segar/fresh milk/susu ideal pun boleh
8 keping roti - mieza guna gardenia - siat-siatkan
6 sb gula perang - nak pakai gula putih pun ok
2 sb butter - dicairkan
2 biji telur - mieza pakai gred AA
1 st esen vanilla
1/4 cawan mix fruit

Cara-cara

1. Telur dan gula dipukul dengan menggunakan whisk hingga gula hancur.

2. Masukkan semua bahan lain kecuali mix fruit dan roti dan dikacau sampai sebati

3. Griskan acuan dengan butter. Bahagikan roti yang telah disiat kepada 3 bahagian. Susun roti yang telah disiat di dalam bekas yang digris tadi.

4. Taburkan sedikit mix fruit. Susun bahagian roti yang kedua kemudian ditaburkan lagi mix fruit. Seterusnya bahagian roti yang ketiga dan atas sekali ditaburkan mix fruit. (Roti-mix fruit-roti-mix fruit-roti-mix fruit)

5. Tuangkan bancuhan susu dan biarkan roti mengembang. Rendam selama lebih kurang 20 minit. Sementara itu panaskan oven 160'C

6. Bakar puding selama 30 minit atau sehingga bahagian atasnya perang dan susunya agak kering.

7. Sejukkan dan dihidang bersama sos vanilla.




SOS VANILLA

1 tin susu cair
2 sudu teh esen vanilla
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula atau secukup manis

Cara-cara:

1. Bancuhkan tepung kastad dengan sedikit air. Ketepikan.

2. Renehkan semua bahan lain di atas api sederhana besar sambil dikacau selalu. Reneh hingga hampir mendidih.

3. Kemudian masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sos agak pekat sedikit. Jika sos terlebih pekat tambahkan sedikit susu cair.

4, Sejukkan dan hidangkan bersama puding roti..



Nida..jangan lupa cuba tau..

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...