Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, February 7, 2012

Ayam Ala Bali

Salam sayang semua..wahhh long wiken ehhhh..buat apa sepanjang wiken ni? Ada pergi berkelah ke..shopping ke...kenduri kawin ke atau pun ada balik kampung? Mieza tak pergi memana pun..lepak umah je la..kat umah ni pun bertimbun kerja yang perlu dibereskan tapi yang hairannya tak beres-beres gak hahahah

Okay lah malam ni mieza nak tayang ayam ala bali yang mieza masak semalam...malam ni layan gambar dulu ye..kang esok mieza postkan resepinya...



AYAM ALA BALI
Source: Diana @ SKB
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-Bahan
950 gm ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 inci halia _ dihiris
1/2 inci lengkuas _ dihiris
2 batang serai _ dihiris menyerong
2 - 3 helai daun limau purut _ dimayang / dicarik-carik
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng


Bahan-Bahan Kisar ( Kisar menggunakan food processor )
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing )


Bahan-Bahan A
2 tbsp ABC soy sauce
2 tbsp sos tomato Maggi
2 tbsp sos cili Maggi
1 tsp perencah pati ayam Tumix
Gula merah secukup rasa _ boleh juga menggunakan gula melaka
Garam jika perlu




Cara-Cara

1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak yang banyak.. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu kering.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
3. Di dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak ( boleh juga menggunakan kuali dan minyak gorengan ayam tu tadi.. tinggalkan sedikit minyak tu untuk menumis ) dan tumis bahan-bahan kisar hingga terbit aromanya.
4. Kemudian masukkan halia dan lengkuas.. Tumis lagi hingga pecah minyak.
5. Masukkan serai serta daun limau purut dan tumis lagi seketika hingga wangi.
6. Tambahkan bahan-bahan A dan gaul rata.
7. Setelah mendidih dan sedikit pekat.. bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
8. Masak seketika dan sesuaikan rasa.
9. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.



Ayam ni mieza makan dengan nasi minyak lemon..sedapppp sangat hehehe..puji masakan sendiri lak kakakaka

9 comments:

Cheq Sue said...

dah cuba ye ayam ni mieza...cheq sue tak sempat lagi, nampak sedap je tu

Mas said...

mas pun dah buat ayam bali ni..
memang sedapp...

Liza said...

liza xingat pulak dh buat ke belum ayam ni...hihihihi

Amie said...

Hai Mieza,
sedapnya lauk dia... tumpang makan di sini ye Mieza...:)

Mieza said...

@Cheq sue..salam rinduuuuuu..waaa profile pic baru..muah muah muahhhh..mieza ni kering idea nak masak apa..bedal je laaa

Mieza said...

@Mas...long time no see..harap mas sihat2 selalu..bila baby baru nak kuar ni mas :)

Mieza said...

@Liza..tak per..kalau dah buat pun boleh buat lagi sekali sbb ayam ni sedap..dan kalau tak buat lagi..jom kita buat hehehe

Mieza said...

@Kak amie cayanggg imiss uuuuuuuu sooo muchhhhh...apa kabar kak amie di sana..meh la jemput makan kat umah mieza..

Wani said...

salam kak liza .. lama betul kak liza membisu .. hihi .. sedap ayam ala bali nieh ..nampak bahan2 nak buat fuhhh masukk selera sungguh .. nak akan dicuba lah suatu hari hihi

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...