Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, January 15, 2012

Nasi Mandhey



Salam hujung minggu..amboiii fenatnya mieza hari ni..sepagian menyiapkan tempahan besday kek..lepas tu terus masak nasi mandhey ni..pukul 3 petang baru boleh makan..hubby dah kelaparan..ambin B..traffic jam la yang..apa taknyer..mieza keluar ke pasar jam 10 pagi..kuar dengan Wawa coz hubby kata dia nak stay kat umah babysit umar dan adnin yang sedang demam..2-3 kali pusing pekan Tg Malim sebab tak der parking..uhhhh Tg Malim kalau pagi minggu memang sesak..maklum lah semua orang keluar untuk beli barang dapur..lepas tu singgah kedai ayam..sekali ayam dah abis..terpaksa lak tunggu depa proses ayam baru..then drop by kedai dobi coz nak cuci toto terkena muntah dan tercirit bebudak ni sakit..sampai umah dah hampir jam 12 noon...ada lak ex-student datang ambil tempahan..then masuk dapur siapkan dulu tempahan besday kek lak then baru la leh masak..aiseh mana tak siap jam 3 petang hihihi fenat tapi seronok sebab boleh bagi orang makan hasil masakan sendiri :)

Bercerita tentang nasi arab ni kan..dmieza pernah nampak Kak Nor secubit garam buat, then nampak lak Doktor Inahar buat..lepastu kan last 2 week mieza visit my brother in law kat Putrajaya..dia bawa mieza makan nasi mandhey ni kat satu restoran arab kat presint baper ntah dah lupa daaaa hehehe fullamakkkkk sedap weeeiiiii..hubby cukup suka..maka terpaksa lah mieza belajar masak juga..mieza guna resepi Raidah ni sebab mieza rasa senang..dan kebetulan rempah kabsa lebihan mieza masak nasi kabsa hari tu ada lagi..tapi warna nasi mieza macam tak kuning sangat macam yang orang lain buat..tapi sedap wallaweeeiiii..hubby pun kata sedap! Jadi uollsss kena try gak tau..raidah dear..izinkan mieza kopipes resepinya kat sini..dan mintak ampun mieza tambah ingredientsnya sikit2 hehehe

NASI MANDHEY

Source: Raidah @ Resepi Raidah
Source: Mieza @ WAWMC



Bahan-bahan ayam mandhey:


1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat, (mieza perah sikit jus lemon ke atas ayam)
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.
2 sb olive oil - (ini mieza tambah)

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.

2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.

3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.




NASI MANDHEY:

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya - mieza
letak 3 1/2 cawan air dan 1 cawan susu

1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.
1 biji lemon - hiris bulat setebal 1 cm - mieza tambah

Cara penyediaan nasi:


1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.

2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.

3. Bila nasi kering, masukkan hirisan lemon. Kacau rata. Buat lubang di tengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.

4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

SOS:

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
2 ulas bawang putih - mieza tambah
2 cm halia - mieza tambah



Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Ulam:

~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung. (Mieza tak letak pun..hehehe)

Dan mieza makan dengan Dalca Ayam sebab hubby kata tak ada kuah kang lekat pula..lagipun masa makan kat Putrajaya hari tu ada depa kasi kuah dalca...

7 comments:

Amie said...

Selamat petang Mieza cayanggg...penat pun berbaloi! sedapnya nasi mandhi tu...kak Amie belum pernah buat tau. nanti senang-senang nak cuba pulalah ye Mieza.
Semua sehat ye Mieza... jom rempit masak!

nuwairani ismail said...

Ya Allah....sedapnya! nani pernah makan sekali je nasi mandhi ni...masa tu makan kat restoran arab di kota bharu...pastu dh x makan2 lagi dah...sampai sekarang duk teringat2 lagi kesedapan nasi ni...

K.Nor said...

ada lg ke mieza.. tumpang sepinggan :)

k.nor dah acapkali gak buat resipi raidah ni.. mmg sedap :)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Banyak sungguh tenaga makcik sorang ni.Untung encik hubby...dapat pula makan nasi yang sedap air tangan dinda tercinta ya.

Juwita Jamaludin said...

salam kak mieza.. sedapnya nasi mandhi ni.. suka la.. ita suka nasi2 macam ni.. nampak nasi akak dengan cili hijau tu terlapar plak malam2 ni

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Sedap ni..terus terasa lapar

[email protected] said...

sedapnya tapi tak bole makan sekarang lagi dua bulan baru dapat makan kot..hehe

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...