Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, December 11, 2011

Nasi Limau Purut



Assalamualaikum...salam ceria..hari ni mieza cukup happy..nak tau kenapa mieza happy? Mieza happy sebab esok kawan baik mieza, sama satu sekolah, (tinggal satu bilik di asrama, pernah mengunjungi rumah beliau sewaktu sekolah dulu, selalu bergelak ketawa, menghadiri tusyen sesama) akan mengunjungi mieza esok setelah 17 tahun tidak berjumpa..ya Allah excited nyer mieza tidak terkata..bagaikan tak sabar untuk menerima kunjungan beliau dan keluarga esok..setelah tamat SPM mieza ke USA dan beliau ke UIA..sejak 2 tahun yang lepas mieza bertemu semua beliau di FB..sejak itulah kami bertukar-tukar berita..baru kini berpeluang untuk bersemuka semula...TQ FB for connecting two old lost friends...tadi kawan mieza message kat FB katanya nak makan masakan mieza...hmmmm ini yang mieza tengah fikir-fikir dan berbincang dengan hubby juadah apa nak disediakan untuk tetamu yang sangat mieza hargai itu esok..



Nasi ni bukan untuk esok tau..heheh nasi ini mieza masak untuk lunch tadi..setelah mieza terlihat kat dapur Kak Ita Masam Manis..tapi mieza terlebih air, jadi nasi mieza agak lembik ahakkkssss...sib baik suami mieza suka nasi yang agak lembik maka licin juga dikerjakan suami hahahaha..


NASI LIMAU PURUT
By : Chef Zaidah Mohd Noor
Rujukan : Buku masakan
Cita Rasa Malaysia 1000 resepi Unggul
Source: Kak Ita @ Masam Manis
Source: Mieza @ WAWMC



2 sudu besar margerin
1.5 cm halia ~ kupas dan hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air
125 ml pati santan
1 sudu besar stock ayam
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya
4 titik pewarna hijau



Cara-cara:

1. Panaskan Margerin di dalam periuk

2. Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi

3. Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar

4. Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stock ayam dan beras. Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering

5. Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau. Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.



Nasi Limau Purut ni mieza makan dengan Gulai Udang dan Nenas dan juga Ikan Gerut-Gerut 3 Rasa...sedap!

5 comments:

Amie said...

Assalam Mieza,
bestnya dapat jumpa kawan lama...masak sedap2 ye,lepas tu kongsi resepinya.

Nasi Limau Purut tu nampak mudah cara penyediaannya ye Mieza, ada masa nanti Kak Amie nak cuba juga sebab memang suka bau limau purut...he hehhhee makin besar pokok limau purut di tepi pintu dapur walaupun asyik dipetik daunnya.

inahar ali said...

salam mieza cayang..alahai terlambat akak mai..kemain special menu ahad ek..pulut ikan masin ada, nasi limau purut ada( yg ni x pernah try tp nmpak mmg meliurkan)..kempunan wehh!

Mieza said...

@KAk Amie cayanggg..mmg rasa best sgt nk jumpa kawan lama..mesti byk yg nak distorykan..nasi limau purut ni mudah je kak nak buatnyer..ini pun buat sebab pokok limau kat bakang umah tu dah besar panjang..buat tomyam jejarang je..jd kita kerjakan dia dalam nasi limau purut ni lak heheeh

Mieza said...

@Kak Ina..W'salam..hari ahad dan sabtu je je spesel skit kak..hari lain sampai umah pun dah kul 630pm sempat goreng telur je la hahaha..

林磊 said...

2016-2-23 leilei
louis vuitton
ralph lauren
ray bans
michael kors bag
ed hardy
true religion outlet
toms shoes
coach factory outlet
air jordan homme
jordan 6s
louis vuitton handbags
ghd hair straighteners
ugg outlet
coach factory online
cheap ray ban sunglasses
michael kors outlet
michael kors handbags
michael kors outlet
canada goose jackets
toms outlet
nike air max 90
nike tn pas cher
jordan pas cher
louis vuitton outlet
jordan 3 white cenment
ray ban sunglasses
louis vuitton handbags
michael kors handbags
nike uk
moncler jackets
cheap ugg boots
cheap soccer jerseys
juicy couture
adidas superstars
air max
toms outlet
michael kors
michael kors handbags
marc jacobs handbags
canada goose uk

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...