Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Wednesday, November 30, 2011

Udang Goreng Kari

Assalamualaikum...salam malam Khamis...sedang dinner ke tu..mieza ni berkursus dari hari selasa lepas..depa kasi makan 4 kali sehari, breakfast, coffee, lunch dan tea..haiyyyaaa! boleh gemuk la mieza macam ni..jadi malam mieza minum susu anelene je la..tak berani dah mieza nak makan nasi ke mee ke apa ke bagai..risau mieza kalau baju-baju yang bergantungan di dalam lemari tu tak muat hahaha...ini la yang mieza tak suka kalau berkursus..ilmu baru yang mieza dapat tu memang la mieza hargai sesangat sebab bila masuk ke kursus tu terasa macam ya Allah banyak nye ilmu yang mieza belum tahu tetapi orang lain dah mahir dah ilmu tu...yang tak tahan tang makannya tu la..tu nasib baik kursus di buat secara dalaman...kalau dibuat kat hotel lagi la makanannya sedap-sedap dan banyak kan..mieza ni bukan apa, tapi seorang yang menghargai makanan..jadi kalau dah makanan tu terhidang depan mata tapi tak dirasai rasa macam tak best lak sebab bila orang bercerita tentang kesedapan makanan tu mieza tatau nak komen hahahahah...ni kursus ni tinggal 2 hari lagi...alahaiiii

Nak tahu mieza kursus apa? Mieza kursus Asas Fotografi...seronok sangat belajar capture gambar ni...maklum la selama ni mieza bedal je pakai auto mode je sebab tak reti hahahah..dan esok adalah sessi praktikal mengambil gambar di Cameron Highlands iaitu di MARDI untuk teknik macro dan portrait, di Bharat Tea Plantation untuk teknik Landscape, dan di Kea Farm untuk teknik Jurnal...memang mieza tak sabar..seronok...mieza nak bawa sekali anak sulung mieza yang darjah 5 tu since urusetia kata bas masih ada kosong...sambil berkursus boleh la beli buah strawberry sekali kan heheeh

Ok lah..enaf about photography classes heheh..jom tengok udang ni..sebenarnya udang ni mieza masak untuk makan dengan nasi jintan daun bay hari tu..simple je resepi ni tetapi insyaAllah tidak menghampakan





UDANG GORENG KARI

Recipe & Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:


8-10 ekor udang saiz besar
Sedikit garam kunyit
1 biji bawang besar - hiris bulat
3 biji bawang putih - cincang
1 inci halia - cincang
2 tangkai daun kari
2 sb mentega untuk menumis
2 sb sos tiram
2 sb rempah kari - bancuh dengan sedikit air
1-2 biji cili merah - hiris memanjang sepanjang 1 inci
Daun bawang - potong sepanjang 1 inci



Cara-cara:

1. Udang dicuci dan digaul garam kunyit.

2. Panaskan mentega dalam kuali dan goreng udang hingga masak. Angkat dan toskan.

3. Dengan menggunakan mentega yang sama, tumiskan bawang putih, halia dan daun kari hingga garing. Kemudian masukkan rempah kari dan masak hingga pecah minyak.

4. Masukkan pula sos tiram. Kacau rata.

5. Masukkan udang, bawang besar dan cili merah. Gaul rata di dalam sos kari. Sekiranya masih belum cukup masin boleh la ditambah garam tapi selalunya masin dari garam pada udang dan sos tiram sudah pun mencukupi.

6. Angkat dan hidangkan.

17 comments:

Cheq Sue said...

kesemua tempat tu cheq sue lalu esok...agak2 kalau skodeng mieza jumpa tak?

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum mieza...
sedaaapnya akak tgk udang goreng kari tu mieza... menyelerakan sungguh..

Amie said...

wah! lepas habis kursus nanti mesti kuar gambar cantik2 belaka sebab dah ada asas kemahiran dalam bidang fotografi...bestkan Mieza dapat tambah pelbagai ilmu.

udang...ooo udang, dah lama tak makan udang sebab nak kurangkan seafood jenis udang, sotong & ketam (kononnya saja - takut kolesterol bertambah)tapi kalau dah teringin, beli jugak, makan jugak....sedap nampak udang goreng kari tu Mieza...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Ooooo...kursus ambil gambor...nanti gambar semua mesti la cantik2.Udang tu memang nampak sedap.

inahar ali said...

salam mieza cayang..amboi pi kursus fotografi ek..msti lg cun melecun menawan kalbu la foto2 makanan mieza pasnih..lg meleleh nganga la akak mai sini..hehe! pepun udang tembam tu pun dh wat akak kempunan woo!!

sudipVSsenduk said...

udang adalah binatang wajib dlm peti ais saya walaupun penyumbang kadar kolestrol yg tinggi...

Sue @ Nenie said...

Salam..Sedap betul tgk udang tu duk posing...Adusss terasa lama pula tak makan udang...

Kak Mieza, berkenaan perencah nasi briyani tu saya selalu guna brand faiza, brand lain belum pernah cuba jadi tak berani dan komen brand apa yang paling sedap...Kalau brand Baba's, yang saya suka guna perencah kari dan serbuk lada dia..sebab kat anak tekak saya, kari baba's paling sedap...

Pasal lauk pula, saya main taram je ayam masak merah...Pasal itu je yang paling senang dan sempat saya nak sediakan...Tp gambarnya kurang memuaskan..so reject dan tak post pun lauknya...Nasi pun ambil gambar tenggek2 kat tepi pinggan jeee..hu hu hu hu...

[email protected] said...

udang sumbang kolestrol tinggi ek..wah saya kena elak dari makan banyak ar ni...

Ida,Japan said...

slm mieza..apa khabar?? baru dpt duduk depan pc, sibukkk sikit...em, tergoda sungguh tgk tayangan udang mieza tu...udang msk apa pun sedapkan...
mekasih byk2 yer mieza dia atas ucapan tempohari...ada ker majalah tu,mesti dh abiss kan...awal bulan 10 hari tu, ida gak tulis n3 pasal majalah jelita, just selitan cerita bersama cerita lain jer...sbb masa tu belum dpt lagi majalahnyer

Ida,Japan said...

opppss....satu lagi, mieza baru lepas kursus photography erk..bestnyer kan, ida pon amik gambar pakai hentam jugakkk...ada yg jadi ada yg tak jadi, tak jadi masuk jugakk blog kut2 len kali dh tak sempat nk amik he..he
wahhh lepas ni, makin cantikk ler pic2 dia
betul tu...kalau nama jer kursus, makan mmg ada, pas tu, satu hari byk kali lak tuu...tak mkn, menda dok depan mata...telan gak la kan..dari pengalaman ida gakkk

Mieza said...

@Cheq sue..laaa ye ke..jgn skodeng je..kalau ternampak tegur aja ya...teringin nak jumpa cik sue juga :)

@Kak Diana..w'salam kak...ini udang goreng gaya orang malas ni kak hahahah

Mieza said...

@Kak Amie sayang..nama aja kursus tapi tak pandai sgt sbnrnya nak ambik gambar yg cantik...insyaAllah kepas ni nak praktikkan ilmu yg dipelajari..rasa susah juga bg org yg tak biasa mcm mieza ni..pas tu bukan mieza pandai photoshop pun..hihihi tak per lan bedal je la kan kak ahakkksss

Mieza said...

@Kak Ros..kursus asas je kak ros..org lain dah advance..tangkap gambar lepas tu kena pula belajar edit gambar..insyaAllah len kali nak ikuti kursus photo editing lak...mieza budak baru belajar kak ros :)

@Kak Ina..mieza baru nak berjinak dgn dslr..org lain dah lama teror..bila tayang gambar yg mieza ambil alahaiiiii tak cantik hahahah

Mieza said...

@SudipVsSenduk...mieza suka udang berbanding dengan sotong..tak per kolesterol pun pas ni kita minum susu apa tu yg iklan kat tv tu hahaha..anak2 mieza suka udang..tu yg selalu ada dlm peti ais tuh :)

@Sue..TQ bg info..kak mieza tak pernah pakai brand faiza nanti len kali k mieza nak try brand tu lak...mesti lg sedap mcm sue punya hehehe

Mieza said...

@Totie..haaaa ibu mengandung kena jaga makan hahaha...tk per kot makan sikit2 totie..kan kesian kat baby kempunan hehehe..nanti bila dalam pantang 44 hari tak leh makan benda tu semua takut gatal :)

Mieza said...

@Ida..majalah tu ada mieza tanya 2-3 buah kedai kat sini semua kata depa dah return to publisher..tak per tak per nanti miza cuba lg sebb nak simpan mag yg tayang hasil air tgn ida..

gambar2 dalam blog ida semua dah cantik2..tak payah gi kursus pun tak per dah..ini ha budak yg baru nak belajar ni..ambik gambar main taram je hahahaha

Anonymous said...

It is the best time to make a few plans for the long run and it's time to be happy. I've read
this post and if I may I wish to recommend you some fascinating issues or tips.

Maybe you can write subsequent articles relating to this article.
I desire to learn more things approximately it!
Also see my webpage :: GFI Norte

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...