Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, November 7, 2011

Peach Yogurt Cake - Hidangan raya Aidil Adha hari ke-2

Salam Aidil Adha..dah masuk hari ke 2..tapi mieza percaya masih ada umat Islam yang baru saja menjalankan ibadah korban pada hari ini..dan mungkin juga ada sesetengahnya sedang drive untuk kembali semua ke kediaman masing-masing sebab esok dah mula kerja bagi kebanyakan antara kita..tapi mieza kerja lusa..esok mieza masih bercuti yahooooo..beshnyer heheheh



Ehemmmm...tengok tu peach yogurt kek ni..sedap kan..dan yesssss memang sedap..lembap dan tak manis sangat dan buah peach yang sedap dalam tin tu menyebabkan kek ini menjadi pilihan tetamu mieza...tapi mieza lupa nak snap gambar tin peach tu..kepada rakan-rakan yang ingin mencuba..mieza rekemenkan buah peach dalam tin bran Hosen..boleh google gambar bagi yang tak biasa..so far mieza akan pilih brand hosen sebab can fruit dia good..dan mieza puas hati :)

Komen mieza..resepi ni kata masa membakar ialah 40 minit bagi 180'C...nasib baik mieza cek selepas 20 minit sebab kek ni dah masak...tu yang sedikit hangus kat tepi..mieza nak note di sini untuk peringatan mieza di masa akan datang, mieza cuma nak bake guna 170'C selama 25 minit sahaja...kalau dah namanya peach sepatutnya letak peach je la kan..tapi mieza gatai tangan sebab ada cherry dan kismis..jadi mieza tabur sekali heheheh ampunnnnn tuan punya resepi..



PEACH YOGURT CAKE
Source: 14Sept @ MyResipi
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan

½ cawan yogurt
½ cawan gula halus
½ cawan gula perang
3 biji telur
1 ½ cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
½ cawan minyak masak
buah peach (dipotong dadu)




Cara-cara


1. Panaskan oven 180 degree.

2. Ayak tepung gandum dan baking powder.

3. Pukul yogurt, gula dan telur di dalam bekas.

4. Masukkan tepung bersama baking powder yang diayak tadi dan pukul lagi.

5. Masukkan minyak masak dan pukul sehingga semuanya sebati.

6. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang.

7. Letakkan buah peach yang dipotong dadu diatas adunan.

8. Bakar pada suhu 180 degree selama 40 hinga 50 minit (Peringatan untuk mieza: Next time mieza nak bake 20-25 min only at 170'C my oven). Biarkan betul-betul sejuk dan boleh lah ditabur icing sugar.

15 comments:

[email protected] said...

sedapnya nyum nyum..

nuwairani ismail said...

betol2 sedap ke? boleh pulak tanya soalan mcm tu kan? heheh...semua bahan dah ada kecuali yogurt. adoi.... kene postpone resepi ni sampai tahun depan la.

Juwita Jamaludin said...

salam kak mieza.. selamat hari raya aidiladha.. nampak menarik kek tu tambah buah2 peach bertaburan

K.Nor said...

slmt hari raya mieza.. kek ada lg? :)

Mieza said...

@Totie..meh la beraya kat sini kita makan kek ni kenyang2 :)

Mieza said...

@Nani..heheheh...sedap tu subjective tu..bagi akak yang suka dengan yogurt, kek ni is one of my choice..akak juga suka dengan kek yang ada buah..pendek kata akk ni penggemar kek...pastu demuk kena la salahkan diri sendiri...huhuu..nanti bila dah ada yogurt nani cuba ye..

Mieza said...

@Ita...salam aidil adha buat ita juga..akak pasti kat sana pun mesti meriah ibadah korbannya kan..seronok je akak tengok gambar korban di Jepun sorang blogger ni..kalau ita buat kek ni mesti lagi sedap sebab kat kat sana buah2 fresh...nanti ita buat ye :)

Mieza said...

@Kak Nor..TWVM sudi bertandang ke blog mieza..salam aidil fitri buat kak nor juga...ada lg kek ni..jemput la kak nor :)

[email protected] said...

insyAllah raya tahun depan ek kak..hehe

Amie said...

bila agaknya dapat beraya di rumah Mieza....sedap2lah pulak tengok hasil air tangan Mieza...

Wani said...

salam kak mieza// selamat hari raya aidiladha buat kak mieza sekeluarga... :)) .sedapnya kek ni siap ada yogurt n peach lagi.. part yogurt tu wani suka ,,, boleh lah nak cuba nanti

Mieza said...

@Totie..insyaAllah..tak tunggu raya pun tak apa..sentiasa sudi menunggu kunjungan tetamu..bukan kah tetamu itu rezeki? :)

Mieza said...

@Wani..akak pun sama mcm wani..suka makanan yg ada yogurt..suami kata apalah yg sedap sgt dgn susu masam tu hehehe..nanti wani cuba ye..

Mieza said...

@Kak Amie cayang..bila kak amie balik malaya nanti calling ye..boleh jumpa or dtg umah mieza yg kecik je tau..sentiasa sudi dan tetunggu kunjungan kak amie..kita makan sama2 :)

maoqiuyun said...

5
beats headphones
instyler ionic styler
tods shoes
gucci shoes
abercrombie
pandora
insanity max 30
nike air force 1
jordan 4
kate spade outlet
giuseppe zanotti sale
mac makeup
oakley sunglasses wholesale
coach outlet store
iphone 6 case
michael kors outlet store
air jordan concord
cheap jordans
chanel bags
soccer jerseys
20150404maoqiuyun

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...