Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, November 29, 2011

Limpa Jintan Limau Purut




Selamat pagi dan salam sejahtera...hari ni mieza terpaksa menghadiri kursus..seminggu minggu ni adalah minggu kursus..semalam masa mieza postkan resepi nasi jintan daun bay tu kak amie lahad datu ada minta mieza postkan resepi limpa ni..jadi pagi ni sebelum masuk kursus jam 830 pagi nanti..jom tengok resepi sebab masa mieza cuma ada 10 minit je untuk menaip resepi ni hehehe

LIMPA JINTAN LIMAU PURUT
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

300 gm limpa - cuci dan potong kecil
1 sk kunyit
1 sk garam - atau secukup rasa
1 biji bawang besar - ptong bulat
3 biji cili merah - hiris panjang 1 inci
5-6 helai daun limau purut
3-4 sb tomato sup - mieza pakai brand kimball
Minyak untuk menumis

Bahan A: Kisar halus
1 inci halia
4-5 biji bawang putih
5-6 biji bawang merah

Bahan B: Bahan Kisar halus, kisar kering
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
1 sk ketumbar
1 sk lada hitam - atau mengikut kesukaan masing, kalau suka pedas panas lada hitam boleh la letak lebih



Cara-cara:


1. Gaulkan limpa dengan garam kunyit dan diperap lebih kuorang 15 minit.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis kan bahan A hingga pecah minyak. Kemudian masukkan bahan B. Tumis lagi hingga kembali pecah minyak.

3. Masukkan limpa yang sudah digaul garam kunyit. Tambahkan sedikit air dan masak hingga limpa masak. Masak limpa ialah seperti memasak hati lembu. Untuk mempercepatkan limpa masak, tutup kuali dan biarkan ia mereneh hingga kuah agak pekat. Mieza suka masakan kering jadi mieza reneh hingga kering.

5. Masukkan toamto sup dan kacau rata. Renehkan 1 minit.

6. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, daun limau purut dan cili merah dan gaul rata. Tak perlu lagi letak garam sebab limpa sudah pun diperap dengan garam.

7. Angkat dan hidangkan.

9 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Selamat berkursus la...limpa ni nampa sedap dgn nasi panas.

Antan Bertingkah said...

Sedap betul nampak limpa tu... selamat berkursus ye...

Amie said...

Selamat pagi Mieza cayanggg..
kursus ye...selamat berkursuslah ye, minggu depan kakak pula mesyuarat beberapa hari di Tawau... sunyilah dapur kakak nanti....
terima kasih Mieza sebab dalamsibuk2 pun sempat lagi tulis resepi... kalau tak ada aral mungkin esok kakak cuba buat, sebab limpa masih beku dalam peti... makasih ye Mieza, nak buat nasi di bawah tu...kena ronda pasaraya dulu nak cari daun baya...

Ucu Faridah said...

mesti en hubby mieza mkn bertambah..
selamat berkursus..

Mieza said...

@Kak Ros..mieza mmg suka nasi lembik2 panas2 makan dengan lauk berkuah kering begini...bertambah2 gitu!

Mieza said...

@Kak Yus..bagi yg suka organ dalaman lembu limpa mmg sedap..TQ kak yus..

Mieza said...

@Kak Amie ku cayang..TQ..terngah berkursus..seminggu kursusnya..dpt ilmu baru mmg besh..rasa mcm banyak nyer yg kita belum tahu..

Selamat bermesyuarat buat kak amie juga..nanti rindulah mieza nak melihat menu yg akak masak..tak per nanti balik aje dari tawau mieza pasti kak amie akan merempit lagi didapur...dan jgn lupa tau cuba resepi limpa ni..selamat mencuba kak!

Mieza said...

@Ucu..hubby mieza tu mmg kaki makan..hidang lah apa pun mesti ditelan..tp sejak dia kena serangan gastrik, dia terpaksa tolak makanan yang berangin :)

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Mieza..emmmm saya punya limpa dan hati korban hari tu pun belum terusik lagi ni...Boleh gak cuba masak ni...

Kak sup tomato tu, jual dalam tin sama geng ngan sup cendawan tu ke...?

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...