Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Wednesday, November 23, 2011

Kuih Lopes

Assalamualaikum semua..alhamdulillah mieza dah habis interview..legaaaaa...tak mau fikir-fikir dah...kalau ada rezeki dapat lah scholarship tu..kalau tak der rezeki tak per lah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk mieza..mieza redha je hahahah

Kuih lopes ni mieza masak hujung minggu hari tu..tapi tak sempat nak post entry sebab sibuk dengan preparation nak interview ni la..ni habis interview jadi mieza nak update blog..tak mau stress lagi..pas ni nak masuk dapur nak masakkk hehehe

Jom makan kuih lopes :)



dengan syrup gula melaka



ready? kita tuang syrup pelan-pelan ekk..



hmmmmm sedapnyerrrrr!



ready to go inside your mouth..aummmm



last bite...sapa nak????)



dah abis dahhhhh



Resepinya mieza dapat dari mak mentua mieza...jom kita tengok resepinya :)

KUIH LOPES
Recipe: ibu mentuaku
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan lopes:

3 pot beras pulut
sedikit pewarna hijau
1 1/2 pot santan sederhana pekat
1 sk garam
2 helai daun pandan
Daun pisang untuk membalut pulut
Tali rafia secukupnya

Bahan kelapa parut: gaul bersama
1 mangkuk kelapa parut putih
1 sk garam

Bahan sirap: masak bersama hingga pekat

2-3 keping gula melaka
1-2 cawan air
2 helai daun pandan

Cara-cara:

1. Beras pulut dicuci dan direndam dengan pewarna hijau semalaman. Kemudian toskan airnya.

2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang, campurkan bersama santan, garam dan daun pandan. Gaul sebati.

3. Kukus hingga pulut 3/4 masak. Lebih kurang 20 minit.

4. Angkat pulut dan biarkan ia sejuk dulu. Potong daun pisang mengikut saiz yang digemari untuk membalut pulut.

5. Letakkan pulut ditengah-tengah daun pisang. Kepal-kepal agar pulut padat. Balut pulut di dalam daun pisang (ukuran diameter bila digulung ialah lebih kurang 2 - 2.5 inci). Gulung kemas-kemas. Pastukan pulut padat macam nak buat ketupat.

6. Ikat ketat - ketat kedua-dua hujung gulungan lopes dengan tali rafia.

7. Masukkan lopes ke dalam periuk dan masukkan juga air hingga 3/4 tenggelam. Rebus lopes hingga kering airnya. Biarkan sejuk baru dipotong. Gaul kuih lopes dengan kelapa parut yang digaul bersama garam. Kuih lopes dimakan bersama sirap gula melaka.

14 comments:

Antan Bertingkah said...

Macam nak buat jer.... Beras pulut ada 1/2 kilo kt rumah ni

sudipVSsenduk said...

suka sangat makan kuih Lopez de Sequeira ni...

inahar ali said...

alaa mieza ni buat akak kempunan jek tgk kuih lopes mieza yg dh abiss tu.. moga mieza berjaya mendptkan scholarship tu ye..insyaallah!

[email protected] said...

kita baru jerk makan kuih lopes ni..tp kuih lopez kak mieza ni sedap terliur lak..

nuwairani ismail said...

aiyakkkk! bestnye kuih lopes....dahla tu....siap gambar step by step lagi...very tempting la....

Mieza said...

@Kak Yus..buat tau..cukup tu beras pulut sekilo tu..pastu pos ke Tg Malim ni skit tau..nak rasa air tgn kak yus..

Mieza said...

@S vs S..hahahah nice name..lopez de sequire..teringat belajar sejarah sekolah menengah dulu kan..portugis menjajah melaka..makhluk ni salah sorang mastermind nyer hahahaha

Mieza said...

@Kak Ina..TQ sudi doakan utk mieza...mudah mudahan dapat la ye kak..dah dua tahun berturut2 memohon..dah naik jelak nak mengadap muka interviewer tuh huhuu

Mieza said...

@Adik totie..lepas merempit meh makan kuih lopes ye totie ahhaa..kuih tradisional memang sedap dik..walaupun ada byk dessert western kat pasaran..tp yg tradisi tetap memikat hati kan :)

Mieza said...

@Nani..hahaha..saja je nak wat nani terliur hihii..meh la datang sini kak mieza jamu kenyang2..nani dah balik semenanjung belum?

Diana @ Melley Mey said...

mieza.. sedapnya ada kuih lopes ler.. akak mmg suka makan kuih nie tp dah lama x buat sndiri.. mmg fav sepanjang masa ler kat kuih nie..

Mieza said...

@Kak D..kuih tradisi mm tak lapuk diek hujan tak lekang dek panas..sedap sepanjang masa :)

风骚达哥 said...

20151204 junda
longchamp handbags
michael kors handbags
michael kors outlet
michael kors outlet
louis vuitton outlet
coach outlet
louis vuitton handbags
nike air max
timberland boots
nike blazers
air jordans
nike shoes
christian louboutin uk
juicy couture
michael kors outlet online
ghd hair straighteners
nike outlet store
air jordan 13
louis vuitton
ray ban
prada outlet
cheap uggs
mizuno running shoes
michael kors outlet
mont blanc pens
louis vuitton
michael kors
ed hardy uk
oakley vault
burberry outlet online
nike outlet
coach factory outlet
moncler jackets
moncler outlet
true religion outlet
pandora charms
coach factory outlet
ray ban
louis vuitton outlet
chaussure louboutin

林磊 said...

2016-2-23 leilei
louis vuitton outlet stores
mcm handbags
christian louboutin outlet
michael kors outlet
michael kors outlet
ugg outlet
true religion jeans
ugg boots
michael kors handbags
polo ralph lauren
louis vuitton outlet
adidas wings
louis vuitton handbags
fitflops shoes
coach factory
toms outlet
canada goose outlet
ugg boots outlet
ugg boots
moncler jackets
gucci borse
oakey sunglasses wholesale
ugg boots australia
michael kors handbag
instyler max
timberland boots
polo ralph lauren
kate spade outlet
adidas gazelle
polo ralph lauren
pandora jewelry
gucci handbags
nike force 1
jordan 3 retro
burberry outlet
nike cortez shoes
montblanc pens
sac longchamp pliage
longchamp outlet
coach factory outlet online

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...