Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, November 29, 2011

Kerutuk Daging

Selamat malam semua...dah dinner? Mieza ni kan sebenarnya nak diet kakakaka..kelakor lak..dulu-dulu sebelum mieza bersalin anak kedua berat mieza ialah 48 kg..lepas bersalin anak ke 3 ni kan berat badan mieza naik mendadak..tak mau la cakap baper kg kan sebab malu hahahaha jadi mieza ni tak mau makan malam..tapi hubby kena makan nasi juga sebab dia gastrik kena makan ikut time dan kena makan nasi..jadi kena la masak juga..bila masak dan tak makan rasa macam rugi pula..jadi mieza pun makan sekali..habis tu macamana mieza nak kurus? Cer bagitau skit...semangat nak kurus kemain lagi tapi mulut ni asek nak makannnn je!

Ok lah..enaf about get slim..mieza akan cuba memasak tanpa memakan lepas ni..masak untuk family je..hehehe boleh tahan ke ekkk?



Ehhh jom tengok resepi kerutuk daging yang mieza masak untuk makan dengan nasi jintan daun bay ni...


KERUTUK DAGING

Recipe: MakYong @ My Resepi
Source: Mieza @ WAWMC



Bahan-bahan ( 5 orang )


500g daging
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik
3-4 biji potato - kupas kulit dan belah 4

[bahan tumis]
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak



Cara-cara

1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.

2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk

3. Panaskan minyak. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi. Kemudian masukkan campuran rempah tadi. Masak sehingga pecah minyak.

4. Masukkan daging, kentang dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.

5. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.

6. Siap untuk dihidang.

10 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Mieza.Untuk kulit wantan tu apa2 brand pun tak apa.cuna geledah dapur kak ros bawah label chinese food untuk resepi wantan goreng dan wantan sup.
Kerutuk ayam memang la masakan org kampung kita..sedap..Kak ros nak cicah pulut kuning la.

Cheq Sue said...

dah la tengah lapar ni...nampak lak kerutup daging mieza ni kecur air liur dibuatnya... tapi saya kalau daging xleh nak makan sgt...mula la nak lekat kat pagar, takut runtuh pulak

Mieza said...

@Kak Ros..ni kak ros dah bg kebenaran utk geledah dapur ni siap la tunggang langgang dapur akak nanti mieza geledah hahaha..nnt mieza datang tgk ya..wantan sup pun sedap nih..selalu beli kat chinese restoran sebab tak reti nak wat..

kerutuk makan dgn pulut kuning? waaaa sedap sesangat kak..mieza ni penggemar pulut :)

Mieza said...

@Cheq sue..daging ni lembut cheq sue..mieza pakai daging batang pinang..lembutttt je...insyaAllah pagar tu tak runtuh..hehhee

Amie said...

Assalam Mieza,
dulu pun kak Amie kurus, tapi bila dah kena gastrik....badan naik bulat sebab asyik layan lapar je.. takpelah Mieza,gemuk ke kurus ke yang penting sihat dan amalkan cara pemakanan yang betul,
wah...! hebat2 belaka resepi Mieza ni...hari ni nak masaklimpa yang di bawah tu...

Ucu Faridah said...

slamat pagi mieza...
petua nk kurus ..ambik bau saja, mkn jangan...

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Mieza, saya jeles betul tengok orang lain boleh potong dging bentuk kiub macam tu untuk masak2..Kalau saya ni...alamak liat jadinya..tak pandai...selalu pun potong slice nipis2....

Mieza said...

@Ucu..ambik bau tanpa makan tu yang azab tu ucu oiiii hahahaha

Mieza said...

@Sue..kak mieza ni main bedal je potong asal boleh..yang penting bila potong tu kena lawan arah urat daging..insyaAllah tak liat :)

Nuridah said...

Assalamualaikum Mieza,

ish kak nur dh kena tinggal jauh ngan mieza...sedap2 hidangan mieza nie...kecur akak tengok...mieza dh sihat ke??

Daging kerutuk tu sedap betul nampaknya...kalau kita berjiran kak nur dh ketuk pintu mieza...hehe...

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...