Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, November 1, 2011

Fragrant Curry Fish

Asslamualaikum..lewat mieza bersiaran hari ni..busy wehhhh malam ni sebab menyiapkan tempahan apam polkadot kawan seopis mieza untuk anaknya..tak sempat mieza nak update blog kat opis memang tak menang tangan la sebab ada audit...lega mieza rasa sebab dah selesai tanggungjawab hari ni...jadi sebelum tido mieza nak share resepi ikan ni..yang lagi sekali mieza cilok dari dapur kak diana sky blue's kitchen..tapi malam ni layan gambar dulu ye..esok mieza postkan resepinya...tapi kalau tak sabar dan nak tengok malam ni juga boleh klik le umah kak diana ye...

Mieza guna ikan bawal..sebab itu je ikan yang ada kat umah mieza..



Sedap resepi ni..tak sia-sia mieza mencuba..sapa yang belum cuba mieza rekemenkan untuk mencubanya..suami mieza pun cakap sedap!




Resumed at 9.24, Nov 2nd, 2011
Bertemu lagi kita..pagi ni mieza cuma nak post resepi je..jom kita tengok..lepas tengok masak tau...


FRAGRANT CURRY FISH
Source: kak diana @ sky blue's kitchen

Bahan-bahan
600 gm ikan putih _ d potong kecil - mieza guna ikan bawal
Garam
Tepung jagung secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Bahan-bahan A
4 tangkai daun kari
Segenggam udang kering _ d rendam dalam air panas, toskan dan d tumbuk kasar
4 ulas bawang putih _ d cincang
4 ulas bawang merah _ d cincang
1 biji cili merah _ d hiris
Cili padi jika nak bubuh _ ( Diana tak bubuh, mieza pun )


Bahan-bahan B
1 1/2 tbsp serbuk kari Baba's
1/2 tbsp sos tiram Maggi
1/2 tbsp kicap cair Loon Kee
1 1/2 tbsp kicap pekat Loon Kee
Gula secukup rasa


Cara-cara


1. Lumurkan ikan bersama garam dan saluti dengan tepung jagung.

2. Goreng ikan di dalam minyak yang panas sehingga garing.. Angkat dan ketepikan.

3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali... tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.

4. Kemudian masukkan udang kering dan tumis sehingga garing.

5. Masukkan cili merah dan daun kari.. Tumis sehingga wangi.

6. Masukkan serbuk kari dan goreng sehingga terbit aromanya.

7. Setelah itu boleh ler di masukkan kesemua baki bahan-bahan B dan tumis seketika.

8. Masukkan ikan goreng dan gaul rata.

9. Masak selama 3 minit di atas api kuat dan angkat.

10. Sedap di makan dengan nasi putih panas. Untuk resipi nie... jangan tambahkan air yer. :)


Sedikit sama dicubit..banyak sama dilapah..jemput semua



Meh mieza suapkan...aummmmmmm



Mieza makan bersama sayur lemak putih terung,,,sepinggan memang tak cukup!

11 comments:

nuwairani ismail said...

arghhhh! tengah2 malam tengok ni terus rasa lapar balik

Ida,Japan said...

tu la, betul kata nani...tgh2 mlm tgk mieza tayang lauk ni...lapar nasi la jadinya..

Mieza said...

@nani..sabar nani..jgn mkn tgh malam..sebab dah nak tido..nani simpan resepi ni utk esok ye dik..

Mieza said...

@Ida..hihihi kalau mcm tu halal je la malam..makan je nasi..esok kita posa hehehe

Ucu Faridah said...

sesekali makan lauk yg kering mcm tu mmg menyelerakan..

Mieza said...

@Ucu..mieza ni spesis yg tak suka makan nasi kuah banjir..suka yg kering2 begini..tp nasi mesti panas-panas :)

Ida,Japan said...

mieza....ida dtg lg cuma just nk bgtau pasal cheesecake yg mieza tanya tu..ngaper merekah, may be suhu terlalu panas pun ye jugak, .lain2 ida pun tak brp arif...maklum la budak baru belajar jugak heee

Juwita Jamaludin said...

pertama kali tgk resepi ni.. tentunya sedap.. boleh cuba nanti

Mieza said...

@Ida..terima kasih bg info..mieza dah agak dah mesti suhu nya panas..itu lah pes time mieza try dan sampai skg mieza tak cuba gak lg..insyaAllah mieza nak try resepi ida pula..tak per la ida..kita sesama belajar bertatih..mieza pimpin tgn ida dan ida pimpin tgn mieza juga..insyaAllah tak jatuh :)

Mieza said...

@Ita..sedap ita..dah ramai juga mieza nampak yang mencuba..nanti ita cuba ye..kat jepun tu byk ikan fresh dan senang nak dapat

风骚达哥 said...

20151204 junda
longchamp handbags
michael kors handbags
michael kors outlet
michael kors outlet
louis vuitton outlet
coach outlet
louis vuitton handbags
nike air max
timberland boots
nike blazers
air jordans
nike shoes
christian louboutin uk
juicy couture
michael kors outlet online
ghd hair straighteners
nike outlet store
air jordan 13
louis vuitton
ray ban
prada outlet
cheap uggs
mizuno running shoes
michael kors outlet
mont blanc pens
louis vuitton
michael kors
ed hardy uk
oakley vault
burberry outlet online
nike outlet
coach factory outlet
moncler jackets
moncler outlet
true religion outlet
pandora charms
coach factory outlet
ray ban
louis vuitton outlet
chaussure louboutin

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...