Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, November 10, 2011

Creamy Salmon and Prawns Penne

Salam semua..minggu busy bagi mieza minggu ni..next week students mieza akan menduduki final exam..jadi minggu ni mieza kena siapkan continuous assessment depa...Alhamdulillah dah siap hari ni..baru leh update blog...malam karang masa untuk isi SKT lak..malas betul nak isi borang LNPT nih..tapi kena isi gak kan..kang tak naik gaji lak kang...haru...



Penne ni mieza masak last nite...maknanya menu dinner last nite la tu...malam ni belum masuk dapur lagi..kita tengok je lah apa yang ada kat dalam peti ais tu jap lagi ye..penne ni mieza masak simple-simple je sebab nak cepat...


CREAMY SALMON AND PRAWNS PENNE

Recipe& Source: Mieza @ WAWMC

1/2 paket penne - rebus hingga lembut dan toskan..gaulkan dengan sedikit olive oil
3 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - cincang
1/2 inci halia - cincang
Isi ikan salmon - mieza lupa nak timbang, anggaran sebesar tapak tangan
10 ekor udang - kupas kulit
1 tin sos carbonara - mieza guna brand prego
5-6 biji cendawan butang
1/2 cawan carrot dadu
Parmesan cheese
Sedikit daun Thyme dan Rosemary
Sedikit garam
Minyak zaitun



Cara-cara:

1. Ikan salmon diperap dengan minyak zaitun, lemon jus, serbuk lada hitam dan sedikit garam selama 10 minit. Kemudian grill di atas grill pan hingga masak. Bila ikan dah masak, racik-racikkan. Ketepikan.

2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga garing.

3. Masukkan udang dan tumis lagi hingga udang masak. Kemudian masukkan sos carbonara, cendawan dan carrot. Reneh seketika hingga sayuran masak.

4. Masukkan daun thyme dan rosemary serta garam. Kacau rata. Akhir sekali masukkan ikan salmon yang tekah digrill. Kacau biar ikan bercampur di dalam sos.

5. Sendukkan penne ke dalam pinggan, tuangkan sos ke atasnya dan taburkan parmesan cheese. Boleh juga ditaburkan daun pudina.

Mieza ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang meninggalkan komen pada entry-entry sebelum ni..insyaAllah mlm kang mieza akan balas komen dan berkunjung ke blog kawan-kawan juga :)

Selamat mencuba!

6 comments:

nuwairani ismail said...

pasta oh pasta! i love pasta! hari tu bukan main lagi hari2 duk makan pasta...sekarang dh tak larat dah nak makan pasta...adoi...

Sonia (Nasi Lemak Lover) said...

Quick, simple and yummy!

Amie said...

adeeeehhhhhh creamy salmon ooo... lama tak jumpa salmon segar di sini, kalau ada pun kenalah gi GIANT di Tawau.... sedapnya Mieza!

Mieza said...

@Nani...pasta ni bukan blh makan selalu kita perut melayu nih..nnt muak juga..sekali sekala boleh la hehehe..tkr selera sekali sekala..

Mieza said...

@Sonia...for working and busy person like me..this meal just suffice hehehe

Mieza said...

@Kak Amie..kat sini pun susah juga nak jumpa salmon..kat market mmg tak der..ikan mahal mana lah org kg TM ni nak beli..mieza beli kat cold storage..sebesar tapak tgn pun dah RM18..mahalnya kan

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...