Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, November 26, 2011

Butter Cheese Cake



Salam Maal Hijrah...semoga kita sama-sama berhijrah dari yang tak baik kepada yang lebih baik, dari lalai kepada ingat, dari takabur kepada bersyukur, dari jahil kepada berilmu, dari sombong kepada sederhana, dari malas kepada sibuk, dari riak kepada zuhud, dan berdoalah kita semoga diampunkan Allah dosa kita sepanjang tahun lepas semoga Allah permudahkan jalan usaha kita sepanjang tahun baru, amin...

Kek BCC ni mieza buat semalam sebelum tidur, tapi makannya pagi ni sebab semalam lepas baking dah tak larat nak tunggu ia sejuk..jadi mieza terus zzzzz...mieza buat kek ni sebab mieza tak tahan di tayang oleh kak nor secubit garam..tapi kek kak nor cantik sgt..mieza jeles dengan mould rose yang kak nor ada tu..cantik sangat..awat anak kak nor beli satu je..beli lah banyak pas tu jual kat mieza..mieza berkenan betul...nanti mieza nak roger nephew mieza belajar kat warick univ tu suh dia tengok -tengokkkan mould tu..tapi anak sedara mieza tu laki-laki..pandai ke dia..tak per tak per kita cuba gak..sebab suka betul mieza dengan mould tu huhuhuu

ehhh panjang lak celoteh..kena tulis cepat-cepat ni sebab anak dara mieza ajak teman dia tengok cerekarama lah pulak...jom, mieza c n p resepi dari umah kak nor kat
sini..





BUTTER CHEESE CAKE

sumber : [email protected] & [email protected]
sumber : Mieza @ WAWMC


A:-
225gm tepung
1 1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam

B:-
200gm butter
175gm cream cheese
1/2 sudu teh lemon zest
175gm gula
5 biji kuning telur

C:-
5 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon




Cara-cara:

1. Pukul butter n cream cheese hingga kembang. masukkan gula, pukul lagi.

2. Masukkan kuning telur n kulit lemon, pukul lagi.

3. Masukkan bahan A n gaul rata.

4. Dalam mangkuk lain, pukul bahan C hingga kental.

5. Kemudian masukkan kedalam campuran butter tadi n kacau rata.

6. Masukkan kedalam loyang n bakar pada 180'c selama 30min.

11 comments:

inahar ali said...

fuiyoo ada cisbutter kek..i loiikkee! jom kita tukor ngan kek batik akak nak?? tp lom updet kt blog lg..hehe!!

Mieza said...

@Kak Ina..kek batik? nak nak nakkkkk! mieza suka kek batik tp tak reti buat...sudi sesangat mieza kalo kak ina nak tukar..nak rasa air tgn puan doktor ni hah..jgn disangka tangan yg dok pgg jarum tak terer pegang senduk kan heheheh

K.Nor said...

salam mieza.. wahh cepatnya buat hehe.. k.nor tak tau pun jenis dan patern apa yg anak k.nor nak belikan.. k.nor cuma kata beli jer apa yg along rasa cantik dan semestinya harga tak mahal sgt.. kebetulan masa dia beli tu mmg tengah sale.. harga pun agak murah dan bila dia hantar SM tu, punya la k.nor suka, patern bunga rose lagi.. nak suruh dia beli banyak2 pun tau aje la kan.. hehe.. elok la tu kalau mieza boleh suruh anak sdara mieza belikan, skrg ni mmg tengah sale tu sbb nak krismas kan.. psst.. anak k.nor yg belikan tu pun lelaki gak.. hehe

[email protected] said...

kak mieza buat kek semuanya menyelerakan untung suami dan anak2 kak mieza..

Mieza said...

@kak nor...tu la cepat buat sbb tak tahan tgk kek kak nor dalam mould rose tu..cantik sesangat..mieza dah pun msg anak sedara kat uk tu mintak tolong tgk tgk kan..harap2 ada la mould mcm tu..berkenan sesangat!

Mieza said...

@Totie..hahahah untung dan menggemukkan..yg gemuk nya tukang masak ni haaa sebab asek makan kek je..ye la kan bila bake utk depa kita pun nak gak ngap sekali..tu yang badan pun naikkk sekali haissshhhhhh!

Amie said...

Salam Maal Hijrah Mieza...
satu je azam hijrah tiap tahun yang tak tercapai... nak zero ngumpat tapi bila dah kumpul2 tu telinga pun mendengar, mulutpun suka nyampuk... dosa pun bertompok-tompok...inilah satu azam yang susah sangat nak dicapai....

sedap tu BCC...kak Amie suka beli kat kedai roti kalau nak makan ni... buatnya belum pandai...

Ucu Faridah said...

Selamat Maal Hijrah jugak...
kalau anak dara ucu pulak kalau ucu buat bcc, dialah yg paling rajin buka peti ais, tak sempat sejuk..sebab jiwa dia x tahan digoda dgn bcc...

Mieza said...

@Kak Amie..nak zero mengumpat mmg susah kak..walau pun tak join tetapi kekadang telinga mendengar.insyaAllah semoga mempermudahkan urusan akak di sepanjang tahun baru nanti insyAllah..

mieza lg suka BB nidari cis kek biasa tu sedap BBC ni tak muak..:)

Mieza said...

@Ucu..bbc ni mieza tak letak dalam peti ais..kalau letak dalam peti ais dia keras sikit..jadi mieza letak kat luar je..kejap aje dah abis kek ni..tp lepas ni kena easy on the cake lah memandangkan berat badan dah naik ahakksss

Wani said...

SALAM KAK MIEZA ...
wani pun ada buat neh ,, tapi x post lagi kat entry nanti nak post .. hihi kak miezaa guna loyang berapa inci ni nampak tinggi keknya ...yg kak mieza at ni comel la .. wani dah lama x wat kek .. last2 buat kek .kek karamel .2 kali pulak tu ... yg peliknya wani x tahu mcm tu kah tekstur kek nya ... nak kata gebu emm gebu sikit2 kot.. bau2 cheese,,, mcm ala kek butter pun ada ...sebab kek karamel lagi mcm sponge kan.. haha lucu la wani

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...