Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, November 13, 2011

Bamia Daging

Salam hujung minggu...apa khabar semua? Mieza kurang sihat sejak semalam...batuk ni semakin menjadi-jadi..sampai sakit dada ni..alahai batuk cepat lah berlalu pergi..semalam masa kenduri aqiqah Umar pun terpaksa digagahkan diri melayan tetamu..hujan turun dengan lebat dari pagi lagi..terpaksa ustz sembelih lembu dalam hujan lebat...gam bar memang tak snap langsung sebab hujan lebat tidak membenar penggunaan camera..walaubagaimanapun alhamdulillah kenduri aqiqah perdana PSAS sebanyak 3 ekor lembu berjalan dengan lancar..ramai jemputan yang datang dan pelajar-pelajar PSAS yang beragama Islam dapat menikmati hidangan kenduri hingga ke malam..seronok sangat sebab kenduri aqiqah ni di buat secara gotong royong..ramai pelajar yang membantu mempercepatkan lagi kenduri...walaupun tiada gambar, menu semalam ialah gulai kawah, daging masak hitam, sup tulang, daging goreng kunyit dan kerabu perut...insyaAllah jika ada zuriat baru lagi pada masa akan datang mieza ingat nak buat kenduri aqiqah begini lagi..




Bamia daging yang mieza post hari ni bukan lah menu aqiqah semalam...dah lama mieza masak daing ni...masa mieza jalan-jalan kat umah Kak Nuridah Singapore nun, mieza terjumpa resepi daging..terus mieza mencubanya...izinkan mieza share resepinya di sini ye kak nur :)

BAMIA DAGING
Sumber: Kak Nur @ My Little Kitchen
Sumber: Mieza @ WAWMC



Bahan-Bahan
600gm daging - dipotong sederhana segiempat
250gm kacang bendi - mieza tak letak sebab hubby tak leh makan bendi
200ml susu cair
3 biji tomato - dibelah empat
4 camca besar sos tomato - mieza ganti dengan tomato sup
2 jambak daun ketumbar
1/2 cawan minyak masak
2 biji bawang besar - dibelah 6
garam secukup rasa

Bahan untuk dikisar halus
1 camca besar ketumbar
2 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1/2 camca teh lada putih
2 cm halia
20 tangkai cili kering -mengikut kepedasan masing-masing
8 biji bawang merah -
4 ulas bawang putih

Bahan untuk menumis
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 cm kulit kayu manis
5 biji bawang merah dihiris







Cara-Cara

1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga kuning. Kemudian masukkan bahan
kisar. Kacau hingga wangi, masukkan daging dan kacau rata.

2. Masukkan air biarkan daging empuk. Apabila daging telah empuk masukkan susu cair dan tomato sos. Biarkan mendidih, masukkan pula bawang besar, tomato yang dibelah 4 dan kacang bendi. Masukkan garam secukup rasa.

4. Biar hingga kacang bendi 3/4 empuk barulah diangkat. Taburkan daun ketumbar di dalam masakkan. Siap untuk dimakan bersama roti perancis yang telah dibakar sebentar dalam oven. (Mieza tak makan roti, mieza makan dengan nasi..ahakssss perut melayu lah katakan hihiihihi)

19 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Alahai asyik demam je,kesian sungguh.Dok makan daging pulak nanti naik darah pulak yang ooi so bagi kak Ros aje le kalau ada apa2 yang belum habis ya.Nak yang ni dah habis pun kan???

Mieza said...

@KAk ros..itu lah dia kak ros..asek demam je sejak kebelakangn ni..abang mieza datang semalam katanya pergi lah berurut..mungkin ada urat yang bengkak katanya..petang ni kena gi berurut la gamak nya kak ros..kak ros jemput la ke TM...tak elok la hantar yg tak habis...mieza masak yang baru ye..:)

[email protected] said...

sekarang tengah risau banyak makan daging check up hari selasa ni takot darah naik..tak tahan tengok daging korban sedap..hehe

nuwairani ismail said...

ini macam menu baru ni...mungkin dh lama tp nani baru tengok la kot... akikah 3 ekor lembu tu! meriahnya! daging nani tak habih lagi ni...mungkin masak simple2 jela kot. nak masak meriah2 sgt, dah nak perabih stok barang...tak beli baru dh ni...makan apa yg ada je...

Amie said...

Assalam dikMieza cayangggg....
wah! bersemangat Mieza nak tambah zuriat baru ye....insya-Allah kakak doakan ada rezeki untuk Mieza dan suami,
nampak seronok aje suasana aqiqah Umar tu...Mieza kenalah jaga kesihatan ye dik, minum susulah Mieza supaya ada ketahanan dalam badan...

Liza said...

salammieza...musim skrg ni mmg musim demam...ye la cuaca pun xmenentu kan....
sedapnya ada kerabu perut tu...

Nuridah said...

Assalamualaikum Mieza,

tk sihat ke dik?? Sian nya...skrg cuaca tk menentu..mcm2 penyakit yg dtg...haaaa..ni kak Nur dh sampai...ada lagi tk??

Nampak yg Mieza msk ini agak pekat ya..yg kak nur berkuah...biasa akak mkn ngan roti...nk tanya ni kena tk dengan citarasa Mieza?? Takut juga kak Nur...pada kita ok tapi selera individu kan berbeza....terima kasih ya sudi cuba resipi ini...ok take care Mieza...minum air masak lebih2 ya dn bykan rehat.

norlieharumaini said...

salam ziarah dan kenal...sedapnya masakan daging tu..

Wani said...

salam kak mieza .. moga cepat2 sembuh ya .. :)... kalau dah sakit ni nak buat kerja pun dah rasa x de mood...huhu.. nampak best la menu ni... bahan-bahan pun sedap2 .boleh cuba lah nanti ni .. tapi dah muak makan daging ni hihi...

Ida,Japan said...

alahai...mieza tak sihjat ker???minum air byk2..take care yer..emmm,sedapnyer daging yg mieza msk ni...bila2 leh la try ni

Mieza said...

@Totie..ibu mengandung kena jaga makan tau..kalau darah atau gula naik takut merbahaya kpd baby..makan sikit2 buat ilang terliur boleh la dik..kalau nak makan langsung nnt baby terliur melelh air liur nya..semoga totie dan baby sihat selau :)

Mieza said...

@NAni..ye la nani dah nak cuti sekolah mesti lah nak balik kg..perabiskan je stok yg ada..bila balik kg nanti nani masak sedap2 utk family...resepi ni pun jarang akak jumpa org masak..bila nampak kat umah kak nur terus teringin nak mencuba :)

Mieza said...

@KAk Amie dearie..mieza ni mmg sukakan zuriat yg ramai..terasa meriah je umah ni dgn riuh gelak tangis depa..tp mieza ni fobia skit nak bersalin..tu yg baru ada 3 je tu..hehehe

terima kasih kak amie sudi doakan kesihatan mieza..moga batuk ini cepat berlalu....tak tahan dah..sakit dada ni huhuu

Mieza said...

@Liza..ye la musim org demam skg ni liza..kalau demam aje boleh la tahan lagi..bila batuk2 ni menggaggu anak2 dan suami yg nak tido malam...sian depa terganggu sebab mieza asek batuk kuat tgh2 malam..:(

Mieza said...

@KAk Nur..resepi ni sedap je kak pada tekak mieza...mieza suka sebab rempahnya tu menyebabkan dia tak muak..mieza saja buat kering sikit kuahnya sebabmieza nak makan dengan nasi..kalau nak makan dengan roti memang kena cairkan kuahnya baru lah sedap dicicah ye kak..

Terima kasih doakan mieza cepat baik demam dan batuk ni..dah tak tahan mieza sampai sebulan tak baik lagi huhuhu

Mieza said...

@Norlie..terima kasih sudi singgah..mieza harap norlie sudi singgah lagi ye..salam kenal dari mieza :)

Mieza said...

@Wani..terima kasih..semoga cepat lah sembuh batuk2 ni...daging sedap wani....ye la kerap sgt makan daging muak juga..nnt bila wani terasa nak makan daging wani cuba tau resepi ni..lepas cuba tayang gambar tau..:)

Mieza said...

@Ida...insyaAllah batuk2 ni akan baik in no time..insyaAllah..TQ ida sudi doa :)

resepi daging ni sedap ida..makan dengan roti mcm kak nuridah ckp tu...mieza je yg makan dgn nasi sebab perut melayu hahaha

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Mieza...Alhamdulillah semuanya selamat dan semoga akak cepat2 sembuh..

Wahhh sedapnya daging ni..tgk gambar, macam masak kurma, tapi bila baca bahan2 nya sungguh berempah ratus..mesti sedap ni...Nak kopipes jugalah resipinya..Mana tau kan nanti boleh cuba...

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...