Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Wednesday, November 30, 2011

Udang Goreng Kari

Assalamualaikum...salam malam Khamis...sedang dinner ke tu..mieza ni berkursus dari hari selasa lepas..depa kasi makan 4 kali sehari, breakfast, coffee, lunch dan tea..haiyyyaaa! boleh gemuk la mieza macam ni..jadi malam mieza minum susu anelene je la..tak berani dah mieza nak makan nasi ke mee ke apa ke bagai..risau mieza kalau baju-baju yang bergantungan di dalam lemari tu tak muat hahaha...ini la yang mieza tak suka kalau berkursus..ilmu baru yang mieza dapat tu memang la mieza hargai sesangat sebab bila masuk ke kursus tu terasa macam ya Allah banyak nye ilmu yang mieza belum tahu tetapi orang lain dah mahir dah ilmu tu...yang tak tahan tang makannya tu la..tu nasib baik kursus di buat secara dalaman...kalau dibuat kat hotel lagi la makanannya sedap-sedap dan banyak kan..mieza ni bukan apa, tapi seorang yang menghargai makanan..jadi kalau dah makanan tu terhidang depan mata tapi tak dirasai rasa macam tak best lak sebab bila orang bercerita tentang kesedapan makanan tu mieza tatau nak komen hahahahah...ni kursus ni tinggal 2 hari lagi...alahaiiii

Nak tahu mieza kursus apa? Mieza kursus Asas Fotografi...seronok sangat belajar capture gambar ni...maklum la selama ni mieza bedal je pakai auto mode je sebab tak reti hahahah..dan esok adalah sessi praktikal mengambil gambar di Cameron Highlands iaitu di MARDI untuk teknik macro dan portrait, di Bharat Tea Plantation untuk teknik Landscape, dan di Kea Farm untuk teknik Jurnal...memang mieza tak sabar..seronok...mieza nak bawa sekali anak sulung mieza yang darjah 5 tu since urusetia kata bas masih ada kosong...sambil berkursus boleh la beli buah strawberry sekali kan heheeh

Ok lah..enaf about photography classes heheh..jom tengok udang ni..sebenarnya udang ni mieza masak untuk makan dengan nasi jintan daun bay hari tu..simple je resepi ni tetapi insyaAllah tidak menghampakan





UDANG GORENG KARI

Recipe & Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:


8-10 ekor udang saiz besar
Sedikit garam kunyit
1 biji bawang besar - hiris bulat
3 biji bawang putih - cincang
1 inci halia - cincang
2 tangkai daun kari
2 sb mentega untuk menumis
2 sb sos tiram
2 sb rempah kari - bancuh dengan sedikit air
1-2 biji cili merah - hiris memanjang sepanjang 1 inci
Daun bawang - potong sepanjang 1 inci



Cara-cara:

1. Udang dicuci dan digaul garam kunyit.

2. Panaskan mentega dalam kuali dan goreng udang hingga masak. Angkat dan toskan.

3. Dengan menggunakan mentega yang sama, tumiskan bawang putih, halia dan daun kari hingga garing. Kemudian masukkan rempah kari dan masak hingga pecah minyak.

4. Masukkan pula sos tiram. Kacau rata.

5. Masukkan udang, bawang besar dan cili merah. Gaul rata di dalam sos kari. Sekiranya masih belum cukup masin boleh la ditambah garam tapi selalunya masin dari garam pada udang dan sos tiram sudah pun mencukupi.

6. Angkat dan hidangkan.

Silicon Mould Idaman Hati

Salam semua..hari ni mieza postkan silicon mould yang sangat mieza minati..gambar-gambar mieza dapat dari google..ini post sebab nak tunjuk kat anak sedara mieza kat UK nun supaya dibelikan untuk mieza...Abang Ngah, ini Su dah postkan gambar silicon mould yang Su nak tu..nanti abang ngah tolong belikan ye..Terima kasih sayang..

Cake Mould bentuk Rose..i loikeeee!



Yang ni tatau bentuk apa..tapi suka sangat..untuk puding



Yang ni tatau bentuk apa, tapi semua suka



bentuk swirl



yang ni yang suka sesangat..siap ada happy birthday..i loikeeee!



Cake Mould bentuk Sunflower..nak nak nak!



small mould untuk puding pun boleh



bentuk kekwa...cantikkkkkkkk



bentuk bintang..wawa mesti suka sesangat



bentuk rose yang sangat cute



bentuk love yang sangat lovely



dan yang ni pun cantik walaupun su tatau nama bentuknya



Abang ngah, terima kasih sayang..su dah excited sesangat dah..^__^

Tuesday, November 29, 2011

Kerutuk Daging

Selamat malam semua...dah dinner? Mieza ni kan sebenarnya nak diet kakakaka..kelakor lak..dulu-dulu sebelum mieza bersalin anak kedua berat mieza ialah 48 kg..lepas bersalin anak ke 3 ni kan berat badan mieza naik mendadak..tak mau la cakap baper kg kan sebab malu hahahaha jadi mieza ni tak mau makan malam..tapi hubby kena makan nasi juga sebab dia gastrik kena makan ikut time dan kena makan nasi..jadi kena la masak juga..bila masak dan tak makan rasa macam rugi pula..jadi mieza pun makan sekali..habis tu macamana mieza nak kurus? Cer bagitau skit...semangat nak kurus kemain lagi tapi mulut ni asek nak makannnn je!

Ok lah..enaf about get slim..mieza akan cuba memasak tanpa memakan lepas ni..masak untuk family je..hehehe boleh tahan ke ekkk?



Ehhh jom tengok resepi kerutuk daging yang mieza masak untuk makan dengan nasi jintan daun bay ni...


KERUTUK DAGING

Recipe: MakYong @ My Resepi
Source: Mieza @ WAWMC



Bahan-bahan ( 5 orang )


500g daging
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik
3-4 biji potato - kupas kulit dan belah 4

[bahan tumis]
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak



Cara-cara

1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.

2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk

3. Panaskan minyak. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi. Kemudian masukkan campuran rempah tadi. Masak sehingga pecah minyak.

4. Masukkan daging, kentang dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.

5. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.

6. Siap untuk dihidang.

Limpa Jintan Limau Purut




Selamat pagi dan salam sejahtera...hari ni mieza terpaksa menghadiri kursus..seminggu minggu ni adalah minggu kursus..semalam masa mieza postkan resepi nasi jintan daun bay tu kak amie lahad datu ada minta mieza postkan resepi limpa ni..jadi pagi ni sebelum masuk kursus jam 830 pagi nanti..jom tengok resepi sebab masa mieza cuma ada 10 minit je untuk menaip resepi ni hehehe

LIMPA JINTAN LIMAU PURUT
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

300 gm limpa - cuci dan potong kecil
1 sk kunyit
1 sk garam - atau secukup rasa
1 biji bawang besar - ptong bulat
3 biji cili merah - hiris panjang 1 inci
5-6 helai daun limau purut
3-4 sb tomato sup - mieza pakai brand kimball
Minyak untuk menumis

Bahan A: Kisar halus
1 inci halia
4-5 biji bawang putih
5-6 biji bawang merah

Bahan B: Bahan Kisar halus, kisar kering
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
1 sk ketumbar
1 sk lada hitam - atau mengikut kesukaan masing, kalau suka pedas panas lada hitam boleh la letak lebih



Cara-cara:


1. Gaulkan limpa dengan garam kunyit dan diperap lebih kuorang 15 minit.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis kan bahan A hingga pecah minyak. Kemudian masukkan bahan B. Tumis lagi hingga kembali pecah minyak.

3. Masukkan limpa yang sudah digaul garam kunyit. Tambahkan sedikit air dan masak hingga limpa masak. Masak limpa ialah seperti memasak hati lembu. Untuk mempercepatkan limpa masak, tutup kuali dan biarkan ia mereneh hingga kuah agak pekat. Mieza suka masakan kering jadi mieza reneh hingga kering.

5. Masukkan toamto sup dan kacau rata. Renehkan 1 minit.

6. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, daun limau purut dan cili merah dan gaul rata. Tak perlu lagi letak garam sebab limpa sudah pun diperap dengan garam.

7. Angkat dan hidangkan.

Monday, November 28, 2011

Nasi Jintan Daun Bay

Salam tahun baru hijrah semua...semoga tahun depan adalah lebih baik dari tahun lepas insyaAllah...

Sempena cuti tahun baru hijrah ni mieza masak special sikit..ye la kan esok dah nak kerja tak sempat lak nak masak sedap-sedap..esok dah kompom dah masak nasi putih biasa dengan lauk simple-simple aje..ok lah tamau cakap banyak sebab hubby tengah tunggu nak kuar jap..mieza ajak dia survey display cabinet jap hehe



NASI JINTAN DAUN BAY
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan
4 cwn beras basmati (di basuh, rendam sekejap, basuh dan tos)

Bahan A:
5 biji bawang merah - dihiris nipis
4 biji bawang putih - dihiris
1 inci halia - dimayang
2 sk serbuk jintan putih - tumbuk kasar
2 sk ketumbar - dikisar halus
2 helai daun bay

Bahan B
4 sb minyak sapi
2 biji pelaga
1 inci kayu manis
2 bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 sk lada hitam

Bahan C
1 cawan sour cream
4 pot air (ikut jenis beras)
1 cawan susu sedar
2 biji cili merah - hiris buat
garam




Cara-cara


1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan B hingga wangi. Kemudian masukkan bahan A dan tumis lagi hingga perang dan wangi.

2. Masukkan beras dan semua bahan C. Kacau rata.

3. Masak macam memasak nasi biasa. Bila dah masak boleh lah dihias dengan bawang goreng, gajus dan badam panggang, hirisan daun bawang dan sebagainya..mieza cuma tabur bawang goreng je sebab bahan lain tak ada heheeh

Nasi Jintan Daun Bay ni mieza makan bersama Limpa Jintan Limau Purut, Kerutuk Daging dan Udang Goreng Kari..untuk resepi lauknya nanti bila balik jap lagi mieza post kan ye...



enjoy Cooking !

Tuna Pizza - again and again!



Sabtu lepas jiran mieza jemput mieza menyertai rombongan kawin adik lelakinya ke Rawang..hubby kata ok, kita join je rombongan kawin tu sebab umah pengantin perempuannya depan Tesco Rawang, lepas kenduri kita shopping di Tesco..dah jalan-jalan ke Tesco balik umah dah maghrib..hubby kata perutnya masih kenyang makan nasi beriani kenduri...dia tak mau makan nasi, mieza jenguk-jenguk dalam pantry semua bahan nak buat pizza lengkap..kat umah ni anak-anak suka seafood pizza berbanding dengan pizza lain..hubby lak suka pizza peperoni tapi peperoni lak tak der..yang ada cuma tuna dan 2 ekor sotong...maka terhasillah pizza seafood ni...



mak memang tak makan pizza..hubby adun doh untuk 14" pizza, potong 8.alahai tak sempat nak kedip mata dah habis..hahahah seronok mieza..mieza dapat 1 slice..hubby 2 slice, baki lagi 5 slice 2 orang anak pompuan mieza yang pulun hehehe




TUNA PIZZA
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan doh:
250 pizza mix - mieza beli kat Bagus Shah Alam..nak pakai tepung [email protected] high protien pun boleh gakkk
5 gm yis
125 gm air

Bahan topping:

1 tin tuna flake in sunflower oil - mieza pakai Ayam Brand
1/2 biji capsicum hijau - dice
1/2 biji capsicum merah - dice, mieza tak letak sebab tak der stock
1/2 tin nenas cube - mieza tak letak sebab tak der stok
1 biji tomato - dadu
1 biji bawang besar - porong bulat
5-6 biji cendawan butang - mieza guna dalam tin, hiris
Sos thousand island secukupnya
Mayonis secukupnya
Mozzarella Cheese secukupnya


Cara-cara:

1. Satukan semua bahan untuk doh di dalam mangkuk penguli. Uli hingga menjadi adunan yang tidak melekat selama 10 minit. Mieza guna mesin. Kalau nak uli pakai tangan boleh juga cuma mieza tak larat hehehe

2. Tutup doh dengan tuala lembap dan rehatkan sehingga naik 2 kali ganda. Sementara menunggu doh naik, celur udang dan sotong hingga masak dan toskan airnya.

3. Keluarkan doh, canai nipis. Letakkan doh di atas pizza pan dan bina edge (tebing) di sekeliling doh supaya sos tidak melimpah keluar nanti.

4. Sapukan doh yang telah dicanai dengan mayonis. Ratakan.

5. Tuangkan pula sos thousand island dan ratakan. Mieza suka letak banyak-banyak.

6. Taburkan nenas, bawang, capsicum,tuna, cendawan, tomato, dan paling atas taburkan mozza cheese.

7. Bakar dalam oven, 3rd rack dari bawah, 220'C selama 10 minit dan 5 minit lagi dibakar dengan menggunakan api atas sahaja supaya cheesenya terbakar.

8. Hidang dengan parmesan cheese..jom kita menggemukkan badan kita dan makan pizza!


Saturday, November 26, 2011

Butter Cheese Cake



Salam Maal Hijrah...semoga kita sama-sama berhijrah dari yang tak baik kepada yang lebih baik, dari lalai kepada ingat, dari takabur kepada bersyukur, dari jahil kepada berilmu, dari sombong kepada sederhana, dari malas kepada sibuk, dari riak kepada zuhud, dan berdoalah kita semoga diampunkan Allah dosa kita sepanjang tahun lepas semoga Allah permudahkan jalan usaha kita sepanjang tahun baru, amin...

Kek BCC ni mieza buat semalam sebelum tidur, tapi makannya pagi ni sebab semalam lepas baking dah tak larat nak tunggu ia sejuk..jadi mieza terus zzzzz...mieza buat kek ni sebab mieza tak tahan di tayang oleh kak nor secubit garam..tapi kek kak nor cantik sgt..mieza jeles dengan mould rose yang kak nor ada tu..cantik sangat..awat anak kak nor beli satu je..beli lah banyak pas tu jual kat mieza..mieza berkenan betul...nanti mieza nak roger nephew mieza belajar kat warick univ tu suh dia tengok -tengokkkan mould tu..tapi anak sedara mieza tu laki-laki..pandai ke dia..tak per tak per kita cuba gak..sebab suka betul mieza dengan mould tu huhuhuu

ehhh panjang lak celoteh..kena tulis cepat-cepat ni sebab anak dara mieza ajak teman dia tengok cerekarama lah pulak...jom, mieza c n p resepi dari umah kak nor kat
sini..





BUTTER CHEESE CAKE

sumber : [email protected] & [email protected]
sumber : Mieza @ WAWMC


A:-
225gm tepung
1 1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam

B:-
200gm butter
175gm cream cheese
1/2 sudu teh lemon zest
175gm gula
5 biji kuning telur

C:-
5 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon




Cara-cara:

1. Pukul butter n cream cheese hingga kembang. masukkan gula, pukul lagi.

2. Masukkan kuning telur n kulit lemon, pukul lagi.

3. Masukkan bahan A n gaul rata.

4. Dalam mangkuk lain, pukul bahan C hingga kental.

5. Kemudian masukkan kedalam campuran butter tadi n kacau rata.

6. Masukkan kedalam loyang n bakar pada 180'c selama 30min.

Tempahan Kek..Alhamdulillah...

Alhamdulillah..banyak dapat tempahan kek lately..terima kasih mieza ucapkan buat semua kawan-kawan yang sudi tempah...mieza baru belajar nak berniaga..tapi promosi tak kencang..hahaha segan pula nak buat promosi ke jabatan/unit lain kat Politeknik ni..jadi mieza cuma promote kat jabatan mieza je hehehe..kalau sedap kek mieza ni bagitau la kawan-kawan..kalau tak sedap bagitau mieza ye!

Kek Coklat Strawberry...tempahan big boss mieza, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Yaakob..terima kasih banyak-banyak ye boss :)



Kek Coklat Lembap, tempahan dari Sofea rakan sepejabat mieza untuk birthday ibunya yang tercinta..TQ Sofea



rose tu mieza nak letak daun sebenarnya tapi belum mahir..jadi rose tu togel tidak berdaun...macam rose di padang pasir lak hahahah



Butter Cheese Cake...ni mieza buat suka suki je...dan mempraktikan tulisan di atas kek..practice makes perfect kan :)



Please email mieza to order ^__^

Friday, November 25, 2011

Ayam Kicap Berlada Hitam



Assalamualaikum..salam hari jumaat..penghulu segala hari..mesti semuanya ceria-ceria aja sebab minggu ni is a long weekend...ada cadangan nak gi jejalan kemana-mana ke? Nampak gayanya mieza dok umah je kot..sebab Monday hubby kena kerja huwaaa tak aci betul kena kerja di hari cuti am kan..huhuhu

Hari ni mieza nak kongsi resepi ayam kicap ni yang mieza songlap dari dapur DJ..TQ ya DJ sudi kongsi resepi..kebetulan hubby kata nak makan ayam masak kicap..mieza google la resepi untuk mencari kelainan..sedap ayam ni except mieza suka kuah yang pekat..jadi mieza pekatkan kuahnya..mieza dan hubby suka masakan ayam yang berkuah pekat :)

AYAM KICAP BERLADA HITAM

Resepi : [email protected] SaYang
Source: Mieza @ WAWMC

bahan-bahan :

1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak)
1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
1 sudu makan cili kisar/cili giling
1 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan sos tiram
sedikit kicap manis
sedikit hirisan daun sup
sedikit madu/gula dan garam
sedikit air asam jawa
rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)

bahan-bahan kisar :

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai



Cara-cara :

1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam.

2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.

3. Masukkan sos tiram dan kacau sebati.

4. Kemudian masukkan ayam. Gaulkan rata-rata.

5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.

6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul-gaulkan.

7. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!

Thursday, November 24, 2011

Kerabu Pegaga dan Selom



Assalamualaikum...hari ni mieza nak bersiaran awal sebabnya mieza free hehehe..sekarang ni mieza tengah invigilate finale exam..jadi bosan juga dok tunggu bebudak ni jawab peksa maka mieza nak update blog...

Kerabu pegaga dan selom ni mieza buat untuk mak dan juga hubby..hubby kata ehhh suburnya pokok pegaga belakang umah tu, jadi dia kutip dan katanya tolong buat kan kerabu..mak kata camput sekali dengan daun selom lagi sedap..jadi mieza combine both ideas dan terhasillah kerabu ni..tapi hari tu mieza tak ada cili merah, mieza letak cili api je..jadi kerabu mieza suram tak kalerful gitu..tapi itu tidak menjejaskan rasa....rasa nyesal lak buat sikit je..petang ni boleh buat lagi :)



KERABU PEGAGA

Recipe & Source : MIeza @ WAWMC

Bahan hiris:
1 mangkuk pegaga - mieza ambik daunnya sahaja, hiris nipis
secekak daun selom - hiris nipis
1 biji bawang besar
2 biji cili merah - mieza tak letak sebab habis stok
1 tangkai bunga kantan
4-5 tangkai daun kesum

Bahan tumbuk:
1/2 cawan udang kering - rendam dengan air panas hingga lembut
1 inci belacan bakar
1 inci halia
2 sb kelapa parut
4-5 biji cili api - kalau suka pedas leh tambah lagi

Bahan lain:
2 sb kerisik
2 sb santan
2 sb perahan air limau nipis
2 sb sos ikan
2 sb air asam jawa
Sedikit gula

Cara-cara:

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Dengan menggunakan dua senduk (ada setengah orang guna tangan je...) gaul kerabu rata-rata. Rasakan garam gula. Senang dan sedap kan?

Wednesday, November 23, 2011

Kuih Lopes

Assalamualaikum semua..alhamdulillah mieza dah habis interview..legaaaaa...tak mau fikir-fikir dah...kalau ada rezeki dapat lah scholarship tu..kalau tak der rezeki tak per lah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk mieza..mieza redha je hahahah

Kuih lopes ni mieza masak hujung minggu hari tu..tapi tak sempat nak post entry sebab sibuk dengan preparation nak interview ni la..ni habis interview jadi mieza nak update blog..tak mau stress lagi..pas ni nak masuk dapur nak masakkk hehehe

Jom makan kuih lopes :)



dengan syrup gula melaka



ready? kita tuang syrup pelan-pelan ekk..



hmmmmm sedapnyerrrrr!



ready to go inside your mouth..aummmm



last bite...sapa nak????)



dah abis dahhhhh



Resepinya mieza dapat dari mak mentua mieza...jom kita tengok resepinya :)

KUIH LOPES
Recipe: ibu mentuaku
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan lopes:

3 pot beras pulut
sedikit pewarna hijau
1 1/2 pot santan sederhana pekat
1 sk garam
2 helai daun pandan
Daun pisang untuk membalut pulut
Tali rafia secukupnya

Bahan kelapa parut: gaul bersama
1 mangkuk kelapa parut putih
1 sk garam

Bahan sirap: masak bersama hingga pekat

2-3 keping gula melaka
1-2 cawan air
2 helai daun pandan

Cara-cara:

1. Beras pulut dicuci dan direndam dengan pewarna hijau semalaman. Kemudian toskan airnya.

2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang, campurkan bersama santan, garam dan daun pandan. Gaul sebati.

3. Kukus hingga pulut 3/4 masak. Lebih kurang 20 minit.

4. Angkat pulut dan biarkan ia sejuk dulu. Potong daun pisang mengikut saiz yang digemari untuk membalut pulut.

5. Letakkan pulut ditengah-tengah daun pisang. Kepal-kepal agar pulut padat. Balut pulut di dalam daun pisang (ukuran diameter bila digulung ialah lebih kurang 2 - 2.5 inci). Gulung kemas-kemas. Pastukan pulut padat macam nak buat ketupat.

6. Ikat ketat - ketat kedua-dua hujung gulungan lopes dengan tali rafia.

7. Masukkan lopes ke dalam periuk dan masukkan juga air hingga 3/4 tenggelam. Rebus lopes hingga kering airnya. Biarkan sejuk baru dipotong. Gaul kuih lopes dengan kelapa parut yang digaul bersama garam. Kuih lopes dimakan bersama sirap gula melaka.

Tuesday, November 22, 2011

I'm stressed to the climax



Alhamdulillah I'm very happy to be selected for the interview for the PHD scholarship next year, yes, syukur...I'm grateful to the merciful Allah...just like any other normal human beings, I'm happy and stressed to the climax all at the same time..on top of all..dah jam..i cant think @ study @ read anymore..sumtimes i feel satisfied with my proposal, at other times i feel like my proposal is still lack of needed and important information here and there..and yet my brain is now out of order hahahaha..it's not functioning very well..well, it's like a broken monitor, it goes blank and blank although you have already hit the 'switch-on' button many many times...if possible, you feel like throwing the monitor against the wall, see it broken into small pieces and go the shop the next day to get the new one..if only we can treat our precious brain like that..kan senang hahahaha...it is what happening to me now..thou i've read the journals many times already, my mind still registers zero input!!! Arghhhhhh! All i wanna do now is to linger on a drive, shopping, catch a movie or two, sipping a cup of mocha latte chill, savoring warm spicy cinnamon rolls at Cinnabon, buy new shoes, get my facial treatment, and most importantly, get a body massage...uhhhhhh the body massage sounds just perfect, so very tempting...my body needs to be pampered as well hwaaaaaa....This interview has really driven me crazy..i'm a crazy woman now, salivating for the scholarship, it's killing me inside..stab my heart with a sharp knife it is...and i'm so very weak to do anything about it kakakaka...just now i got a call from my friend who went for the interview today..she said the panel had shot her with back-to-back killing questions, condemning her proposal by saying that the proposal is so sketchy for a phd proposal..errrr if a good proposal like my friend's is sketchy, then what will the panel say about mine when they see it tomorrow...huaaaaaaa takutttttt....i can feel the butterflies in stomach already, and my fingers is so numb and yet it is still Tuesday! Kalau tomorrow, i'm fainted la kot! Dear friends and readers, please pray for me ye...kalau tak dapat tahun ni, tahun depan mieza ketar lutut lagi la jawabnya...

Kalau day and nite dah stress maknanya stress 360 days or 8640 hours or 518400 minutes a year lah ye...heheeh



This is how my face looks like rite now...opppss no, it doesn't look like this..it looks uglier hahahaha



Kawan-kawan..esok malam mieza akan blogwlking ke blog kawan-kawan nak bawa pinggan nak makan masakan kawan-kawan yang sedap tu..and to my few new followers, nanti mieza datang visit and follow kawan-kawan juga malam esok....malam esok nak tengok TV je...Kawan-kawan, doakan mieza ye!
Pics are from Google

Sunday, November 20, 2011

Serunding Daging Rusa - Terima Kasih Kak Amie Sayang...MMMmmmmuahhhhHhhhSsss

Assalamualaikum...Ya Allah tatau mieza nak cakap apa..tapi mieza gembira sangat menerima bungkusan dari Kak Amie, Sabah..terima kasih banyak-banyak Kak Amie kerana sudi mengirimkan mieza serunding daging rusa ni dari jauh sangat serunding ni sampai ke Tg Malim..sedap sangat serunding yang Kak Amie buat..seumur hidup mieza tak pernah makan serunding daging rusa..selalu makan serunding daging lembu atau ayam atau ikan je...dapat juga mieza merasa air tangan kak Amie yang terkenal dengan pelbagai masakan ikannya tu..mieza tatau nak cakap apa melainkan jutaan terima kasih mieza ucapkan..berkirim siap dalam bekas Tupperware lagi..ya Allah kak, kalau seal dalam plastik pun tak per..bukan apa Tupperware tu mahal kak...baiknya kak amie ni..mieza rasa sangat bertuah dapat berkenalan dengan Kak Amie..walaupun tak pernah bersua muka, cuma sekadar berbual di blog dan telefon saja tapi rasa macam dah lama kenal..semoga suatu hari nanti kita dapat berjumpa ye kak..walau pun busy sangat lately, tapi malam ni mieza tetap nak luang sikit masa post pemberian kak amie ni...:)

Parcel dari Kak Amie ni mieza dapat pada hari Jumaat lepas dah hampir pukul 5 petang...bila balik letak dalam boot kereta..oleh sebab terlalu sibuk mieza terlupa..baru pagi ni mieza teringat...esok pagi-pagi mieza nak call kak Amie..nak ucapkan terima kasih banyak-banyak padanya...Mmmmuahhhhhhs



Bila tengok nama dan alamatnya pengirimnya..Ya Allah happy sangat sebab datangnya dari kakak yang sangat mieza minati dengan masakan ikannya..Kak Amie she is!



Bila buka..jeng..jeng..jeng..printer Samsung kah ia?



Mieza buka lagi...ada Tupperware :)



Ini lah serunding daging rusa kiriman Kak Amie yang sangat mieza sayangi...terima kasih lagi sekali kak...pemberian Kak Amie sangat mieza hargai



Sedap sangat serunding ni..nanti mieza kena belajar dari Kak Amie..tapi buat serunding daging lembu je la sebab kat sini tak ada jual daging rusa..:)

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...