Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Friday, October 14, 2011

Red Velvet Cake - Again and again...tak jemu!



Cake lover that I am..tak jemu-jemu ngadap kek..sedap je rasa kek kat tekak mieza ni..kasi le kek apa pun mieza suka cuma suka banyak atau suka sikit..and listed in my fav list is this one..RVC..cuma mieza menci tang kaler nyer yang tak terang..kalau tengok orang lain post kat blog kan kaler merah tu macam terang je..mieza dah pilih kaler "Broght Red" tapi masih tak merah menyala..dia jadi macam maroon gitu..naper yer..boleh tak mieza nak tau kawan-kawan yang lain pakai kaler merah brand apa? Mieza masih mencari-cari warna merah yang terang benderang tu....please help me improve tang kaler nya tu..



Dulu mieza dah buat kek ni..nak tengok yang dulu leh klik kat sini...kali ni mieza buat sebab my beloved niece tu datang bertandang ke umah..dia sekarang ni sedang belajar kat Maktab Perguruan Islam Bangi..jadi untuk bekalkan my niece balik ke umah sewanya, mieza bake kan kek ni untuk dia..dan alhamdulillah semua kawan-kawan anak buah mieza tu suka dengna kek ni siap minta resepi lagi..jadi khas untuk adik-adik..mieza postkan resepinya kat sini...


DEVIL'S FOOD RED VELVET CAKE
Source : Joyofbaking
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan :
250gram @ 2 1/2 cawan tepung kek
3 sudu besar serbuk koko van hauten
114gram @ 1/2 cawan mentega
300gram @ 1 1/2 cawan gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada, ikut cara di bawah
1 1/2 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat


Cara-caranya :

1. Cara penyediaan buttermilk : Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15 minit sehingga susu jadi agak pekat..

2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.

3. Ayak tepung kek dengan serbuk koko.

4. Pukul mentega selama 1-2 minit hingga lembut.

5. Masukkan gula dan pukul hingga ringan (lbh kurang 2-3 minit).

6. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.

7. Kemudian masukkan esen vanila dan pukul hingga sebati.

8. Dalam bekas lain, satukan buttermilk dengan pewarna merah. Kacau hingga sebati.

9. Dengan kelajuan perlahan, masukkan tepung dan buttermilk secara berselang seli ke dalam adunan mentega sebanyak 3x (tepung,buttermilk, tepung, buttermilk, tepung).

10. Dalam bekas lain, satukan cuka dan soda bikarbonat hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balik hingga sebati.

11. Tuang adunan kek ke dalam acuan yang digris dengan butter terlebih dahulu. Bakar selama 30 - 40 minit (bergantung kepada oven masing-masing).

12. Apabila cake masak, sejukkan dahulu. Kemudian boleh hias dengan cream cheese frosting.

13. Taburkan sedikit kek ke atas cream cheese frosting.



CREAM CHEESE FROSTING

Bahan-bahan :

226 gram cream cheese
1/2 sudu kecil esen vanila
60 gram gula ising (diayak)
160 ml whipping cream
1 sudu kecil susu segar

Cara-caranya :

1. Pukul cream cheese hingga kembang.

2. Masukkan gula ising. Pukul hingga lembut dan warna bertukar menjadi putih.

3. Kemudian masukkan susu segar dan esen vanila. Pukul hingga sebati.

4. Masukkan whipping cream dan pukul hingga frosting is thick enough.

5. Bleh deco atas cake dengan memasukkan cream cheese frosting ke dalam paper bag beserta saiz nozel yg sesuai.

11 comments:

Nuridah said...

Assalamualaikum Mieza,

Wah ada kek merah baldu...cantik kejadian nya....nak sepotong mieza boleh??

Sue @ Nenie said...

salam kak Mieza..kek ni memang makin glemer sejak akhir2 ni..Tapi selalu xconfident nak buat sebab serbuk merah tu macam banyak je...tanya yaaa...kuantiti kaler tu boleh jejas tak rasa kek tu..?

Kak Sam said...

Bestnya. Tapi berat badan dah naik 3 kg. Cama mana ni.

Mieza said...

@Nur..w'salam..dua potong pun boleh tapi kena la datang TM dulu :)

@Sue..ramai juga yg menempah kek ini sue..depa kata sedap sebab ada cheese and buttermilk..kak mieza tak pakai kaler serbuk..akak pakai kaler liquid...akak rasa kuantiti kaler tu tak jejas rasa sue...kalau utk makan sendiri tak yah letak kaler merah pun tk per..tukar namanya kpd velvet kek je hehehe

Mieza said...

@ kak sam..berat badan mieza ni bukan 3 kg dah ber kg-kg dah naiknya kak..hiihihi semangat nak diet ada tp mieza tak tahan tgk food huhuhu

Juwita Jamaludin said...

yum tum.. cantik tinggi kek akak tu.. suka sangat tgk..

suzane said...

sedapnya...miezaa....ni yang teruja nak buat nie...tapi minggu ni agak busy...nanti suzane nak buat dia jadi cupcake...

Mieza said...

@Ita..TQVM dear..tp tak leh calen ita punya kek..aka selalu tergoda tgk kek ita..ur blog is one of my fav blogs..

Mieza said...

@SUZANE..mieza tak pernah lg wat versi cupcake..teringin nak cuba..tp asek tergendala je..insyaAllah nanti kita cuba sesama ye..

nuwairani ismail said...

ni pon antara kek feveret nani....suke sgt rvc ni...kawan2 pon ramai yg cakap sedap...tapi tula, malas betol nk buat lagi...memandangkan cream cheese yang sangat mahal sekarang, terus tak buat dah sampai skrg.

林磊 said...

2016-2-23 leilei
louis vuitton
ralph lauren
ray bans
michael kors bag
ed hardy
true religion outlet
toms shoes
coach factory outlet
air jordan homme
jordan 6s
louis vuitton handbags
ghd hair straighteners
ugg outlet
coach factory online
cheap ray ban sunglasses
michael kors outlet
michael kors handbags
michael kors outlet
canada goose jackets
toms outlet
nike air max 90
nike tn pas cher
jordan pas cher
louis vuitton outlet
jordan 3 white cenment
ray ban sunglasses
louis vuitton handbags
michael kors handbags
nike uk
moncler jackets
cheap ugg boots
cheap soccer jerseys
juicy couture
adidas superstars
air max
toms outlet
michael kors
michael kors handbags
marc jacobs handbags
canada goose uk

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...