Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Wednesday, October 5, 2011

Kerabu Jantung Pisang



Uihhhh rasanya lama betul tak makan kerabu..kebetulan pokok pisang awak belakang umah mieza tu dah besar jantungnya..jadi hubby potong dan kasi mieza..hmmmm kebetulan pula anak sedara mieza yang mieza panggil Achik yang belajar kat Maktab Islam Bangi tu datang berkunjung last week jadi mieza pun merajinkan diri dengan bantuan Achik untuk buat kerabu ni...suka betul mieza sebab mieza cuma sediakan bahan dan tukang tumbuk bahan-bahan tu ialah Achik..mieza ni pemalas skit bab tumbuk menumbuk ni..kalau boleh nak pakai blender je..heheheh..paling seronok tengok ialah mak mieza..berselera dia makan..maklumlah orang tua-tua memang suka makanan kampung...tapi mieza memang tak leh tolak kalau ada kerabu..



KERABU JANTUNG PISANG

Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
1 jantung pisang - ambil mudanya, celur dan racik kecil-kecil
1-2 biji limau nipis - ambil jusnya
1 sb air asam jawa
Garam gula
3 sb santan pekat
1 biji bawang besar - hiris
1 sb kerisik

Bahan tumbuk:
2 ekor ikan kembung - rebus dan ambil isinya
1/2 cawan kelapa parut muda
1 sk lada hitam
1 inci halia
1 inci lengkuas
4-5 ulas bawang merah - dibakar dulu
5-6 biji culi api
Belacan - sebesar ibu jari, dibakar dulu

Cara-cara:

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan digaulkan rata. Rasakan garam gula. Hidang mengikut kreativiti.

Senangkan...

4 comments:

Amie said...

Selamat petang Mieza cayanggggg...
dah rancak balik di dapur ye.... ini kerabu jantung pisang ni memang Kak Amie suka, keluarga mentua selalu buat, kami makan ramai-ramai.... sedap ratah2 gitu je...

nuwairani ismail said...

memang feveret ni kerabu jantung pisang....bak kata kak amie...makan ratah pon sedap...

Mieza said...

@ kak amie..masuk ke dapur juga akhirnya sebab research dah siap..alhmdulillahhhh...kerabu ni mak yang ratah banyak2..suka tgk mak makan berselera gitu..

Mieza said...

@ nani...buat semangkuk, makan dgn nasi skit..pastu ratahhh je..pastu sakit urat sebab jantung ni sejuk.. sakit urat pun ku telan gak sebab dah sukeeeee heheheheh

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...