Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, October 31, 2011

Daging Kandar

Pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung bulan Oktober..cepatnya masa berlalu..baru semalam rasanya sweet 17 chewahhhh hehehehe

Tadi mieza dah isi borang cuti yahoooooo! Tapi bukan nak cuti raya haji..raya haji mieza cuma sambung cuti sampai selasa je sebab babysitter mieza cuti lagi..jadi tak der pulak sesiapa yang nak ngasuh baby Umar anak lelaki kesayangan mieza tu..yang mieza maksudkan ialah cuti hujung tahun...suami kata dah lama kami tak tour Malaysia..maklum la nak tour dunia tak cukup pitis wakakaka..jadi kami tour Malaysia je la dulu...suami kata dah 11 tahun kami tak ke Terengganu dan Pahang..anak-anak Mieza juga tak pernah sampai ke Terengganu..Pahang pula sudah agak lama tak pergi..jadi suami kata cuti Krismas nanti kita balik Kelantan jap..then kita ke Terengganu dan seterusnya ke Pahang..pastu baru balik ke Tanjung Malim...yahoooooo beshnyer...jadi mieza dah mintak cuti siap-siap...boss jangan lak ngada-ngada nak wat mesyuarat ke apa-apa program penting time tu ye boss...hehehe



enough talking talking about cuti-cuti malaysia..let us talk about food lak...Daging Kandar ni mieza masak semalam untuk dinner...sewaktu balik dari Bukit Merah semalam mieza singgah di Tesco Ipoh dan beli sedikit daging..tatau nak masak apa..jadi mieza jalan-jalan la cari idea kat My Resepi..terjumpa resepi ni..Daging Kandar...bila sembang-sembang dengan suami kenapa dinamakan Daging Kandar..kata suami sebab dulu-dulu ada orang jual dengan cara mengandarkan tong makanan ni di bahu..jadi dinamakan Daging Kandar..begitu juga dengan nama nasi kandar..i see begitu ceritanya...tak sesia mieza mencuba resepi ni sebab suami memuji-muji katanya syedap! Cubalah sendiri baru leh tau hehehe


DAGING KANDAR
Recipe: Kak Asma @ My Resepi
Source: Mieza @ WAWMC

1/2 kg daging
6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
2 sudu besar kicap pekat maggi - mieza guna brand Knife
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
1 labu bawang besar(dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
KUlit kayu manis dan bunga lawang
sedikit daun kari
garam dan perasa

Cara-cara



1. Daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)

2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.

3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.

4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.

5. Bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.

5. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi

6. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.

7. Sesuai dimakan dengan nasi dan roti



Daging Kandar ni mieza makan bersama Nasi Yogurt Pandan..nanti malam nanti mieza post kan resepinya..jangan lupa datang balik tau...

10 comments:

Liza said...

salam mieza...sedap dgg kandar tu...family liza pun suka lauk2 cmni..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sedap daging kandar tu...tahun lepas kak ros cuti2 malaysia dari kelantan ke trengganu then ke Pahang dan balik Kl...ok la tu.Anak kita jakun tak pernah tengok orang jual ubi kat tepi jalan dan ada bermacam jenis ubi...bagus untuk dia org punya exposure.Masa kecik2 dah prnah buat trip tu rupanya dia org lupa..dah besar mata dia org lagi terbeliak...

Ida,Japan said...

tgk pada bahannyer, dh tau sedap...pekena dgn ansi yg mieza buat tu...fuhhhh mabelesss tu, kalau pekena dgn nasi beriani ni pun sedap kan mieza,bila2 boleh ida try ni....

Mieza said...

@Liza...w;salam..terima kasih..dgg ni mmg sedap pada tekak mieza..nnt liza cuba ye..

@Kak Ros..kalau suka makanan mamak mesti suka dgg kandar ni..itu lah dia kak..itu yg nak bawa depa ke ganu dan pahang..biar luas sikit pemandangan depa..org kata jauh berjalan luas pandangan :)

Mieza said...

@Ida..betul ida makan dengan nasi beriani mmg perfect combination..sah2 ini lauk mamak..beriani it is pasangan dia heheh..nnt ida cuba tau..

Amie said...

yuuuhuuuu....ada daging kandar di sini...cepat sikit tulis resepi nasi yogurt tu Mieza... tak sabar nak tahu...hu hu huuu

dZana said...

aslmkum mieza.. slm kunjung bls n kenal2 jugak.. sedap daging kandar kak asma ni..

Mieza said...

@Kak Amie..meh jemput makan nasi yogurt daging kandar kat sini..kalau lah dok sebelah umah leh kita tukar2 resepi ye kak..ok kak nanti mieza postkan resepinya :)

Mieza said...

@dZana..TQ sudi ziarah..selamat kenalan juga...semoga boleh kita bertukar2 resepi di sini :)

Sonia (Nasi Lemak Lover) said...

Thanks for stopping by my blog, you too have a lovely blog. Hmm, this look so delicious!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...