Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, October 11, 2011

Ayam Sos Plum - Bila suamiku bersuara!




Hubby kata mieza sejak akhir-akhir ni asek siapkan tempahan je sampai dah tak sempat masak lauk untuk dia hehehee..katanya lagi asek gi beli lauk siap je..alahai encik suami...kesian pula..ye la betul juga katanya..mieza ni asek siapkan tempahan sampai tak dan nak masak untuk dia...hari tu dia juga yang naik syok bila ramai kawan-kawan tempah..heheheh nak manja la tu...jadi semalam mieza tak der apa-apa tempahan maka mieza masak la untuk suami tercinta..dia ni penggemar gulai ikan tapi katanya dia nak kurangkan makanan bersantan..disuruhnya mieza masak ikan masak kicap je..jadi sebagai peneman ikan masak kicap tu mieza masak la ayam sos plum ni...




AYAM SOS PLUM
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Ayam - bahangian isi seperti peha dan dada
Garam kunyit secukupnya
Sedikit tepung jagung
3-4 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - belah 8
1 inci halia - cincang
5-6 biji cili api - hiris kecil
1 biji tomato - belah 8
3-4 sb sos plum - mieza pakai brand life
2 sb sos tiram
2 sb sos cili thai
1 biji capsicum - optional
Sedikit carrrot - potong panjang
Bunga kubis - mieza tak letak sebab tak ada
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara:

1. Ayam dipotong kecil dan digaul garam kunyit. Salutkan ayam dengan tepung jagung dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar cili api dan halia hingga wangi.

3. Masukkan semua sos yang lain dan juga sayuran. Tambahkan sedikit air jika perlu. Reneh sekejap hingga sayuran masak.

4. Tambahkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata dalam sos. Akhir sekali masukkan tomato dan capsicum.

5. Angkat dan hidang dengan nasi putih.

12 comments:

Salami Simon said...

Assalamualaikum Mieza....
maknanya si dia dah rindu betul dengan air tangan Mieza.... he hehhh ayam sos plum memang sedaplah Mieza! Kak Amie pun suka.... anak-anak apa lagi...berganda-gandalah sukanya!

Mas said...

kak mieza....
air tangan isteri @ ibu memang selalu dirindukan....
masak simple2 pun dah cukup..he3

sedapnya tengok ayam tu..
rasanya mas dah try resepi ayam sos plum tu..he3

Sue @ Nenie said...

Salam...Akak guna sos plum tu yaaa..mesti sedap ni ada rasa pedas2 tumisan bercampur masam2 sos tuuuu

nuwairani ismail said...

hadoi....kene amik cuti la kalau mcm tu...banyak sangat tempahannya sampaikan tak sempat masak...tapi kira ok lagi la ni boleh masak spesel2 hari ni...

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. sweetnya suami akak.. dia rindu nak makan air tangan akak la tu.. tentu sedap tu

Mieza said...

@kak amie dearie..bukan la tk masak kak..cuma tk meriah mcm selalu sebab nak siapkan tempahan jd main masak ala kadar je..hehehehe..mieza memang suka masam2 manis..sos plum ni mmeg besh dan senang hehhee

Mieza said...

@ mas cayanggg...itu lah pengikat kasih sayang ye...semoga begitu lah hendaknya..moga bila dia jumpa pompuan lain pun dia tetap igt kat akak ni ha hehehehe

Mieza said...

@Sue..akak guna sos plum brand life..memang life menjadi pilihan keluarga akak,..kecuali sos tiram akak suka lee kum kee..rasa masam2 pedas gitu sue..

Mieza said...

@nani..dah tak spesel sgt la ni tu yang cik abang bersungut hik hik hik...selalunya akak suka masak ikan besar2 mcm ikan siakap gitu..tp dia pun mintak yg simple je..ikan masak kicap tu peveret dia..rasa bersalah lak mieza huhuhu

Mieza said...

@Ita...akak yg teruk sampai tak masak sbb nak siapkan tempahan..manalah dia tak bersungut..minggu ni kena masak spesel la..kena mintak ampun la ni sbb terlalai dek tempahan..ampunnnnnnn laling...

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum mieza..
ermm btl tu mieza... pengikat kasih syg... bertmbh lg kemesraan dalam rumah tangga kan mieza..

sedapnya tgk ayam tu mieza.. akak suka sgt masakan yg bubuh sos plum.. sedap

林磊 said...

2016-2-23 leilei
adidas trainers
nike store
nike trainers
louboutin shoes
cheap jordans
chi flat iron
adidas uk
tiffany jewelry
coach outlet online
nike blazers shoes
oakley sunglasses
christian louboutin
mizuno running shoes
kate spade outlet
michael kors bags
burberry outlet
louis vuitton outlet
louboutin
louis vuitton uk
canada goose jackets
micahel kors
true religion jeans
louis vuitton
canada gooses outlet
michael kors
ray ban sunglasses
coach factory outlet
air jordan femme
sac longchamp
toms outlet
toms outlet store
timberland uk
fitflops uk
nike shoes
canada goose uk
longchamp soldes
nike roshe run
michael kors handbags
ralph lauren outlet
ed hardy uk

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...