Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, September 8, 2011

Kek Marble Trio



Assalamualaikum semua...sedang buat apa tu? Dah bersiap-siap nak tido dah ker? Nampak gayanya malam ni mieza tak leh nak tido awal sebab sekarang ni mieza tengah tunggu kek gula hangus masak..ada kawan kat ofis tu nak kawin..jadi dia tempah 4 biji kek gula hangus untuk breakfast pagi sebelum majlis akad nikahnya..alhamdulillah rezeki dari Allah...tak banyak tapi memadai..semoga lepas ni dapat tempahan lagi..

Malam ni mieza nak share resepi kek marble trio CMG yang mieza cuba lagi untuk kali keduanya semalam..kali pertama dulu mieza dah post kat sini..tapi dulu pakai 3 kaler dan buat 3 layer jer sebab masa buat dulu tu angin M menyerang...semalam mood membaking datang jadi mieza buat 4 warna dan mieza perbanyakkan layernyer...bila dah 4 warna mana boleh panggil 'trio' lagi kan..ahhhh bedal je la hahahaha



Mieza postkan resepinya sekali lagi ye..


KEK MARBLE TRIO


Source : CMG @ MyR
Source: Mieza @ WAWMC



Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )

300 g mentega, pada suhu bilik
280 g tepung halus *
1 camca teh serbuk penaik*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur Gred A
250 g gula kastor
1 camca besar Ovallate
30 g Gliserin
20 g air
1/2 camca teh esev vanilla
1/2 camca teh strawberi emulco - mieza letak sedikit pewarna merah
1 camca teh coklat emulco - mieza tak letak, mieza ganti dengan warna kuning dan lemon paste, juga warna biru dan hijau


Cara-cara:

1. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.

3. Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.

4. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.

5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).

6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.

7. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.

8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.


SELAMAT MENCUBA

11 comments:

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum..

cantiknye kek akak..pst rsnya sedap.

selamat hari raya buat akak mieza skluarga

nuwairani ismail said...

wah! mood membaking kak mieza dah datang menyerang nampaknya..nani baru nak kemas2 dapur ni...belom ada mood lagi nak masak spesel2...

Ketuhar Panas Yatie said...

Salam Mieza ,
Salam Aidilfitri buat Mieza sekeluarga. Maaf sebab tak dpt nak jenguk2 rumah kawan2 sejak akhir-akhir ni. Sedap nampak kek colourfull tu......

suzane said...

amboi dalam sibuk nie sempat gak trio tu...cantik mesti sedap...ari nie suzane buat choc moist cake untuk jamuan raya qistina kat kindergarten...selamat hari raya mieza...maaf zahir batin andai selama berkenlan di alam maya nie ada yang menyinggung perasaan

Juwita Jamaludin said...

Suka dgn kek marble trio ni sedap.. Rupa pun lawa.. Lama ita x buat

Mieza said...

len..kek ni memang cantik..kesukaan anak2 sbb warna nya yg menarik..sedap dan moist..sesuai sgt untuk kek besday..insyaAllah next time nak cuba deco dgn cream frosting pula :)

Mieza said...

@ nani..hihihi hubby dah bising katanya bila akk baking bil letrik naik melambung ahaksss..kebetulan ada tempahan tu yg rajin skit tu...

Mieza said...

@ yatie...Salam aidilfitri buat yatie juga..mieza pun agak bz lepas balik raya ni dgn meeting dan persediaan untuk conference..insya Allah bila free mieza akan ziarah blog kawan2

Mieza said...

@ suzannnnnn...nak duit raya barang sesampul dua heheheh

ucapan selamat hari raya buat suzan juga..maaf zahir dan batin kembali :)

Mieza said...

@ Ita..mieza mmg minat dgn blog ita..kalau ita buat mesti cantik sesangat gitu..hasil kerja tgn ita mmg lawo..jelessssss..insyaAllah mieza nak cuba resepi french vanilla slice ita tu..mengancam! gerammm!

风骚达哥 said...

20151204 junda
longchamp handbags
michael kors handbags
michael kors outlet
michael kors outlet
louis vuitton outlet
coach outlet
louis vuitton handbags
nike air max
timberland boots
nike blazers
air jordans
nike shoes
christian louboutin uk
juicy couture
michael kors outlet online
ghd hair straighteners
nike outlet store
air jordan 13
louis vuitton
ray ban
prada outlet
cheap uggs
mizuno running shoes
michael kors outlet
mont blanc pens
louis vuitton
michael kors
ed hardy uk
oakley vault
burberry outlet online
nike outlet
coach factory outlet
moncler jackets
moncler outlet
true religion outlet
pandora charms
coach factory outlet
ray ban
louis vuitton outlet
chaussure louboutin

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...