Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, August 16, 2011

Siakap Sambal Daun Kari - Iftar hari ke 15

Dah ready untuk berbuka semua? Banyak ke hidangan atas meja tu? Mesti meriah je kan..kawan-kawan kat Malaysia Timur tu mesti dah kekenyangan kan..kami di semenanjung ni baru nak mencedok nasi ke dalam pinggan...apa-apa pun mieza ucapkan selamat berbuka kepada semua pengunjung blog WAWMC..

Petang ni sementara menunggu azan kedengaran..dan anak dara mieza yang darjah 5 tu punya turn untuk menghidang jadi mieza ambik peluang untuk update blog jap..tapi mieza tayang gambar lah dulu ye..kang lepas isyak mieza postkan resepinya...jom tengok apa mieza masak semalam..


Siakan Sambal Daun Kari..resepi skodeng umah Kak Diana...



..view from another angle...



Resumed @ 9.10 pm

Bertemu lagi kita..dah kekenyangan ke semua tu? Alhamdulillah apa yang kita makan hari ni adalah rezeki dari yang Maha kuasa Allh SWT..

Resepi asal mieza dapat dari umah kak diana..tapi kak diana masak ikan tenggiri..mieza tak der ikan tenggiri..yang ada cuma ikan siakap..dua keping..jadi la kan..TQ kak diana sudi kongsi resepi


SIAKAP SAMBAL DAUN KARI

Source: Kak Diana @ SBK
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:
5 keping ikan tenggiri - mieza guna ikan siakap
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah _ d hiris
2 ulas bawang putih _ d hiris
1 biji bawang besar _ d hiris bulat
6 tbsp cili sos maggi - mieza guna sos cili thai brand Life
2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 tsp kicap manis Adabi - mieza guna cap kipas udang
Garam
Gula


Bahan-bahan Perap

Garam secukup rasa ( i bubuh 2 tsp )
1 tsp serbuk pati ayam
1 tsp serbuk kunyit
1 tsp serbuk cili
1 sb rempah tandoori - mieza tambah


Bahan-bahan Kisar
1/2 tsp serbuk kunyit
11 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 inci halia
Segenggam udang kering _ d rendam dan toskan
8 tangkai cili kering
2 tsp belacan ( kalau tak suka boleh kurangkan )
3 batang serai
1 biji bawang besar ( kalau tak suka boleh bubuh 1/2 biji pun boleh yer )


Cara-cara:

1. Perapkan ikan dengan bhn perap selama 10 minit. Goreng sehingga masak tapi jangan terlalu garing yer.. angkat dan toskan.. ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak.. Tumiskan bawang merah, bawang putih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis hingga bangkit aromanya. Masukkan daun kari dan tumis seketika lagi.

3. Masukkan pula bhn kisar dan gula secukup rasa. Tumis sehingga pecah minyak.

4. Bubuh sos cili, kicap manis dan garam secukup rasa. Tambahkan sedikit air.

5. Kemudian.. masukkan bawang besar dan gaul rata.

6. Akhir sekali masukkan ikan yang telah d goreng tadi. Gaul sebati dan biarkan seketika.

7. Angkat dan hidang.

Pasangan lain petang semalam ialah....

..Udang Masak Lemak Cili Api bersama Belimbing Buluh...



..dan dessertnya kuih control ayu ni..Kuih Cik Mek Molek..



Enjoy your blogwalking here ^__^

4 comments:

nuwairani ismail said...

kuih bajet ayu! hihih...nani baru teringat nk buat esok...

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum mieza...
terima kasih sudi mencuba resipi nie yer mieza... wah udang tu sgt menyelerakan ler mieza... ada belimbing buluh lg.. fav akak tu... sukaanyaa

Mieza said...

@ nani..
nnt beli keledek and buat tau..kuih tradisi kelate mmg sedap nani..hari ni pun akk buat lg sebb mak nk mkn lagi..

Mieza said...

@ kak diana..
w'salam kak diana ku cayang..mieza mmg sentiasa berminat dgn resepi kak diana..mcm biasa i'm ur fan tau! belimbing buluh tu bos mieza kasi jadi mieza masak ler dgn udang..mak la yg paling suka :)

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...