Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, August 21, 2011

Rich Chocolate Pudding With Castard Sauce - Iftar day 19

Assalamualaikum semua..waaaa rindunya pada blog ni..3 hari mieza tak berblogging sebab tak larat..anak yang kecil tu demam..sampai tak tido malam..sampai mieza pula yang terlantar..nak on lappy pun tak larat...hari ni baru ada peluang nak berblogging entry yang tertunggak..

Layan gambar dulu ya..sebab nak off ke wet market beli barang dapur untuk masak iftar hari ni..emmm nak masak apa ye? Tengok gambor dulu then keep coming back tau..




Resumed @ 4.00 pm

Salam again everyone..aisehhhh mieza kan lepas balik dari wet market ni mieza baring-baring depan TV sambil tengok filem Back to the Future II dengan anak-anak..sekali mieza terlelap ZZzzzzzzz sebab si kecik tu tertido sebab makan ubat dia high hihihi terus terbabas sampai 3.30 pm baru mieza bangun solat zohor..hubby kata sian lak nak kejut tengok tido aman je..rasa freshhh gitu untuk masuk dapur..menu apa ye? tunggguuuuuu



Berbalik kepada pudding ni..dulu mieza dah post kan resepinya kat sini..tapi masa tu mieza tak letak sos kastad pun..mieza makan dengan susu ideal sejuk je sebab pemalas ahakkksss..cuma hari tu terajin nak wat sos kastad sebab teruja nak makan dengan fruit cocktail..resepi RCP ni mieza songlap dari umah izah si muffin lover tu..sosnya dari umah kak ummi yang selalu mieza buat bersama puding kastad..




RICH CHOCOLATE PUDDING
Source: Izah Muffin Lover
Source : Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
1 tin susu cair Ideal


Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.

2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.

3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai. Sejukkan di dalam peti.

4. Semasa menghidang, tuangkan susu caair yang juga telah disejukkan di dalam peti ais.


SOS KASTAD
Source: Kak Ummi @ HSH
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:-

1 1/2 tin susu sejat Ideal
3/4 tin air
1 cawan gula
2 biji kuning telor - pukul sikit
1 sudu kecil esen vanila
2 helai daun pandan/perisa pandan


Cara-Cara:-

Campurkan semua dan masak hingga mendidih sekejap. Sejukkan.


Bahan lain:
1 tin fruit cocktail - mieza guna tropical fruit this time

Cara menghidang:

Masukkan pudding ke dalam mangkuk,taburkan fruit cocktail dan curahkan sos kastad. Sedap!

10 comments:

Mas said...

perh....sedappnya tengok...

Amie said...

adeehhh.... Mieza! coklat itu menawan....tapi sakit mata akak tengok ni....Mieza, kak Amie pilih blog Mieza antara 10 blog pilihan ye, utk segmen santai bersama Ben Ashaari.

nuwairani ismail said...

adeh....tengah2 hari mcm ni tengok puding ni....terserlah kesedapannya dengan buah2 nk kuahnya sekali...

kak mieza jaga diri, jaga kesihatan juga tau! nanti nak balik beraya di kg pulak.

Mieza said...

@ mas..
akk selalu rasa sedap bila tengok your cooking mas..mcm2! TQVM mas..

Mieza said...

@ kak amie..
akk sakit mata ke? laa siannya nak raya ni diserang sakit mata..get ur medicine quick tau kak..nnt hari raya kena pakai spek itam..mesti cun gitu hehehe

Kak amie..TQ coz pilih blog mieza yg tak seberapa ni..mieza ni tak pernah jenguk ke blog ben..insyaAllah nak visit blog dia nnt :)

Mieza said...

@ nani..
pudding ni mmg sedap dik nani..kalau tgh2 hari lak kan lagi la meleleh rasa nak ngap skg juga!

TQVM nani..bukan apa ni sebb tak cukup tido anak kecil demam..mcm ni kalau ada anak kecil mmg tak cukup tido bila depa demam..huhuhu

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum mieza akak cayang....
maaf akak jarang BW n balas komen skg nie... Huhuuu... akak teramat ler sibuknya skg nie cayang.. Baru perasan komen mieza kat blog akak tu...
ermm.. mieza tekan kurang padat kot ..n kena masukkan dalam peti ais sebelum d potong yer mieza.. akak x perna pula macam tu selama nie.. ermm tak pasti plak akak sbb x perna alaminya...

n pudding tu sedaaapnya tgk mieza... sejuk jer tekak nie kan kalu makan time sejuk2 tu... sedap2!

Mieza said...

@ kak diana..
nnt mieza cuba masukkan dalam peti ais..suami yg tekan..rasanya dah padat..tak per2 kita masukkan dalam peti ais jap..sedih tau kak huhuhu..tp rasanya tetap mabelessssss..sedap..oleh sebab dia lerai..kami scoop guna spoon je hehehe..sedap rasanya!

izahdaut said...

nak buat jugak ni, tapi asik tertangguh je. nak rasa makan ngan kuah gitu. lai sedap ye kak mieza? uishh terliur sudah

Mieza said...

@ izah the besday gal..
akk lg suka yg berkuah mcm gini..sejukkk je mengalir kat anak tekak ni ha zah..nnt izah buat..happy besday again dear!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...