Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, August 9, 2011

Perut Rebus dan Air Asam - Iftar hari ke 6



Assalamualaikum...buat apa petang-petang gini? Tu mesti tengah masak kuih untuk berbuka tu..bagi ibu yang bekerja macam mieza ni kekadang berbuka tanpa kuih pun..makan kurma, teguk air then terus makan nasi..kalau teringin sangat main tunjuk-tunjuk kat bazar je..kalau berkesempatan baru lah masak kuih..

Resepi ni mieza masak 2-3 hari lepas..susah juga nak dapatkan perut lembu kat TM ni..kena tempah dulu..mak lah yang suka dengan perut lembu sesangat..dia suka rebus then cicah dengan air asam...mieza pun suka juga..kalau buat sup perut atau kerabu perut pun mabeles nih..kecur kan air liur...lebih-lebih di bulan puasa ni kan...

Menu hari tu ialah perut lembu direbus...



Cicah dengan air asam...



dan sotong tempura untuk the gals...opppssss tangan sapa tu?????


tangan sapa lagi kalau bukan tangan si anak dara cilik ni heheheeh feveret dia tu sotong tempura..


Resepi perut lembu rebus dan air asam akan mieza post malam sikit ya...please keep coming back!

Resumed @ 4.45 pm
Hi semuaaa..yeyyyy lagi 15 minit nak balik kerja..sonoknya...oleh sebab semua kerja untuk hari ni dah setel..jom post resepi jap


PERUT REBUS DAN AIR ASAM
Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
1/2 kg perut lembu
Kapur makan secukupnya

Bahan-bahan air asam:
1 biji tomato - hiris
1 biji bawang besar - hiris
7-8 biji cili api - potong kecil
2 biji cili merah - hiris
2 biji cili hijau - hiris nipis
2 sb kerisik
2 sb air asam jawa
1 biji limau nipis - ambil jusnya
1 inci belacan - bakar dan tumbuk
2 sb budu - optional
sedikit gula

Cara-cara:

1. Perut lembu dilumur dengan kapur makan dan direndam di dalam air kapur selama 1/2 jam. Kemudian cuci perut lembu dan bilas kapur makan hingga bersih. Rebus perut lembu hingga empuk.

2. Bila perut dah empuk, toskan air rebusan dan hiris nipis. Ketepikan.

3. Sediakan air asam. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Rasakan masin manis dan masamnya.

4. Cara menghidang: hidangkan perut yang telah dihiris bersama air asam. Cicahkan perut bersama air asam. Sedap di makan dengan nasi putih ataupun diratah begitu saja.

6 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum mieza...
akak x pandai mkn perut,.. tp sotong ngan air asam tu mmg best tu... anak dara mieza tu yer... comelnya dia....

Amie said...

Miezaaaaa...
nampak perut tu masih segar & cantiklah... memang sedap cicah air asam, hey... kak Amie nak cari perutlah, nak buat soto makasar.... teringat bibik masak di dapr mak mentua dulu, sedap sangat!

anak-anak Kak Amie pun suka sangat kacau kerja kita di dapur, kalau perempuan tak apa, boleh belajar masak.... tapi anak lelaki pun kena akar masak jugak ye Mieza...

Mieza said...

@ kak diana santek..
hehehe mieza ni hantu perut..err bukan perut e..semua yg dalam mieza suka hubby selalu mrh katanya tak elok makan organ dalam..alahaiiii dah tekak ni suka sekali sekala bedal juga..menu ni selalu kami masak time raya korban..kekadang daging lembu pun just rebus then cicah air asam..sotong belum pernah..leh cuba ni...tq kak :)

Mieza said...

@ kak amie..
soto makasar tu mcm mana? tak pernah dgr..nnt tunjuk ye..mieza kalo ke kedai makan siap order sup perut dgn tauge..hubbyku geleng kepala hihihi

kak amie..anak mieza yg ni mmg suka tolong kat dapur..berbeza sikit dgn yg sulung..tk berapa rajin masuk dapur kecuali untuk makan...yg ni je lah yg mieza nak latih masak...tunggu yg laki besar, mieza nak suh dia masak gak :)

♥ ROS ♥ said...

Kak, agak2 brapa lama ea rebus perut ni?

Mieza said...

Ros..lama juga sampai perut ni empuk..kalau ada pressure cooker lagi cepat :) TQ sudi visit

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...