Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, August 13, 2011

Nasi Goreng Kerabu - Juga Iftar hari ke 12


Semalam dah masuk hari ke 12 berpuasa..mula buat perangai tak lalu nak makan nasi...tekak ni rasa nak makan pasta sebenarnya..tapi oleh sebab kekangan suami dan emak yang mesti makan nasi bila berbuka maka mieza masak juga la nasi..tapi tak masak nasi putih sebab malas nak masak lauk..jadi semalam untuk berbuka mieza masak roti jala dan kari daging, dan juga nasi goreng kerabu ni..masa berbuka mieza makan roti jala dulu banyak-banyak...lepas tu baru sentuh nasi goreng..jadi makan nasi tak lah banyak sebab dah kenyang..



Nasi goreng kerabu ni mieza dah post entrynya kat sini dulu..tapi resepi tu mieza tak letak udang kering dan ikan bilis...jadi kali ni ada penambahan sikit tang bahan-bahannya..jom tengok..


NASI GORENG KERABU

Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:

2 mangkuk nasi semalam - dileraikan
3 ekor ikan kembung goreng - lebih semalam gak, diracik-racikkan
1/2 cawan udang kering - rendam dan tumbuh kasar
1/2 cawan ikan bilis - tubuk kasar
4 batang serai - hiris nipis kemudian tumbuk
1 tangkai daun kari
Beberapa helai daun limau purut - tak payah hiris supaya senang nak ketepikan bila nak makan nasi kecuali la kalau suka gigit daun limau purut boleh la dihiris nipis.
Beberapa kuntum daun pudina
2 sb kicap cair
2 sb kicap manis
1 sk sos ikan
Garam dan gula
Minyak untuk menumis

Bahan tumbuk lumat:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan
2 cm halia
4 biji cili api

Bahan hiris nipis:
1 helai daun kunyit
Segenggam daun serai kayu
Beberapa tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2 batang kacang panjang (aku tak letak sebab tak ada)
5-6 batang kacang botol
6-7 biji cendawan butang


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis daun kari hingga wangi. Masukkan ikan kembung goreng yang telah diracikkan, udang kering dan ikan bilis dan goreng hingga aring.

2. Masukkan pula bahan tumbuk dan serai dan ditumis seketika hingga wangi bau serainya.

3. Masukkan nasi dan dikacau rata. Taburkan bahan hiris, masukkan kicap dan garam. Akhir sekali masukkan daun limau dan daun pudina. Terbalik-terbalikkan nasi.

4. Hidangkan. Sesuai untuk breakfast mahupun dinner.


Untuk Ucu Faridah yang katanya tak tahu apa itu daun serai kayu..di sini mieza postkan gambor daun serai kayu yang mieza tanam di yard bakang umah...daun ni memang sesuai untuk nasi kerabu, ulam-ulaman dan juga dimakan sebagai kerabu di dalam laksam...nanti lain kali mieza ambik gambar dari jarak dekat, dapat lah Ucu kenal bentuk daunnya dengan jelas..may be kat tempat lain panggil pokok ni dengan nama lain..:)

5 comments:

nuwairani ismail said...

aduh kak mieza...nani dh lama tak makan nasi goreng kerabu ni. nani memang jenis yg suke gigit2 daun limau purut tu. konfem nk hiris nipis2 betol...huhuh.. skrg tekak nani pon rasa mcm nk makan pasta..tp sebab berbuka dgn org tua sekali, memang kene buat nasik jugak la. nani suke masak dgn cara tidak membazir. selalunya mesti tengok dulu apa yg ada di dalam peti, habiskan dulu benda2nya baru la beli brg yg takde. tak suke nk sumbat2 semua benda dlm peti..bulan2 pose ni sepatutnya kita jadi lebih berjimat, bukannya membazir tak tentu hala kan? ish...panjang pulak komennya..hihih... selamat berbuka puasa kak mieza!

Ucu Faridah said...

selamat berbuka mieza...
daun serai kayu tu ape...ucu tak pernah dengar la pulak...

Ketuhar Panas Yatie said...

Orang sini panggil daun serai kayu tu dengan nama daun salam.Mereka guna daun yang tua tu untuk masukkan dalam rendang....tapi kita orang Kelantan guna pucuk .

Mieza said...

@ nani...
tak per komen panjang pun nani bukan kena bayar hehehee
ye la kan bulan posa tak baik membazir..bulan2 lain juga..tp bulan posa kekadang rasa nak mkn mcm2 tp bila dh berbuka mkn sikit aje..

@ ucu..
itu ada mieza postkan gambar khas untuk tatapan ucu..tempat ucu may be panggil lain..

Mieza said...

@ yatie
owhhhhh itu ke namanya lainnya..kita panggil serai kayu je..tapi serai ni memang membangkitkan harum kerabu..susah nak cari sebab tu mieza tanam sendiri..ada sepohon pun tak habis nak makan :)

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...