Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, August 6, 2011

Nasi Ayam Madu - Iftar hari ke-4

Hari ni dah hari ke-6 kan tapi baru nak update menu hari ke-4...siang hari mieza sibuk masak..malam hari mieza sibuk melepak hihiihi..ye la kan berbuka kul 7.32 macam gitu, makan-makan sampai almost 8.00 then solat dan mandi dah pukul 8.30 paling cepat..terus masuk dapur balik..errrr bukan untuk masak atau makan tapi untuk cuci pinggan mangkuk iftar tadi sambil kemas apa yang patut dan make sure semua food untuk sahur dan diplan dengan baik...sapu lantai serba sikit sambil pasang washing machine then bila mesin dah siap jemur kain..tengok-tengok dah kul 10.00..patut la dah ngantuk..baring-baring tengok TV sesama anak tup-tup dah lelap depan TV...hari ni dah cuti jadi masak awal..so malam siap semua kerja awal leh la dok depan lappy jap...

Menu tayangan hari ni ialah Nasi Ayam Madu..mieza improvised recipe dari umah Ita Masam Manis..jom layan gambar dan recipenya sekali..




NASI AYAM MADU
Source : Azlita @ Masam Manis
Source : Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:

2 cawan beras - suci bersih dan toskan, mieza guna beras basmathi
sehelai daun pandan
2 sb minyak sapi - mieza tambah
1 cawan susu - mieza tambah
1/2 sb garam - mieza tambah
Sedikit kunyit - mieza tambah

Bahan tumis: Mieza tambah
4 biji bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Cara Mieza:

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan beras dan kacau seketika.

2. Letakkan daun pandan yg telah di simpul. Tuangkan 2 1/2 cawan air sup ayam (mieza letak 2 cawan je) dan juga 1 cawan susu atau secukup untuk menanak nasi. Jangan lupa masukkan garam juga.

3. Masukkan sedikit kunyit serbuk dan kacau rata.Masak nasi seperti biasa. Bila nasi masak, gembur-gembur kan nasi. Hiaskan dengan bahan hiasan.


BAHAN HIASAN

daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad
timun
Tomato




AYAM MADU ...so sowwwwyyyy gambar tak mengancam sebab ayam ni diperap dengan kicap bila goreng dia gelap sikit hik hik hik

Ayam yg telah di rebus bersama sup.
2 sudu besar Kicap pekat
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam - ita tambah, mieza pun sama
1/2 sudu serbuk lada putih - ita tak letak sebab dah bubuh sos lada hitam, mieza pun tak letak gak
2 sb kicap manis - mieza tambah

Cara-cara:

1. Gaulkan semua bahan dan lumurkan atau ratakan pada ayam tadi. Perap sekejap.

2. Goreng ayam dalam minyak penuh hingga masak. Angkat dan toskan minyak.





SUP AYAM

1/2 ekor ayam di potong dan dicuci bersih
air secukupnya
1/4 bawang besar atau 3 ulas bawang merah - di hiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inc halia - dititik
2 kiub ayam
1 sup bunjut atau kalau tak de boleh guna rempah tumis 4 sekawan
2 sudu mentega
2 sb rempah sup - mieza tambah
2 biji kentang - belah 4 - mieza tambah

Cara-cara:


1. Panaskan mentega, Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing. Masukkan halia dan air, biarhingga air didih.

2. Masukkan kiub ayam dan sup bunjut. Kacau rata kemudian masukkan ayam dan kentang dan tambahkan garam secukup rasa. Masak hingga ayam masak dan empuk.

3. Bila dah masak, Keluarkan ayam dan ambil 2 1/2 cawan sup (mieza ambil 2 cawan je) asingkan untuk menanak nasik.

4. Sup yg telah siap tadi bolehlah di taburkan daun sup daun bawang dan bawang goreng untuk di makan bersama nasi.




Sambal cilinya Ita tak sediakan..or may be dia guna sos thai..jadi mieza buat cara mieza..jom tengok resepi..



SAMBAL CILI NASI AYAM
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:

3 biji cili merah
2 biji cili api
1/2 inci halia
Sedikit garam dan gula
2 ulas bawang putih
2 sb cuka
1/2 biji tomato
5 biji limau kasturi - hiris nipis, bunag biji

Cara-cara:

1. Blend semua bahan kecuali limau.

2. Tuang sambal ke dalam mangkuk kecil dan masukkan limau kasturi yang dihiris nipis.

3. kacau sebati dan rasakan garam gulanya.




Dan jangan lupa sos kicapnya...juga resepi mieza :)

SOS KICAP

Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan


Sos perapan ayam
2 biji bawang putih - tumbuk
Sedikit sup ayam
Cili api atau cili hidup yang dihiris

Cara-cara:

Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan maak hingga mendidih. Angkat dan hidang.


SELAMAT MENCUBA

8 comments:

Amie said...

wah.....Mieza masak nasi ayam madu ye, tentu sedapkan Mieza.

memang betullah kerja rumah tangga ni takpandai habis, kiranya kita termask dalam kategori yang bijak jugalah dalam pengurusan masa, sebab kalau dah balik kerja dengan dua kaki dan dua tangan semua benda nakkena buat sekali harung.... dah penat, apalagi... tido ajelah ye Mieza

Ketuhar Panas Yatie said...

Salam Mieza,
Selamat berpuasa. Dah lama tak jenguk dapur jiran2 ni. Patutlah bau sedap je...rupa2nya ada orang masak nasi ayam. Sekarang ni tak sempat nak BW dan mengupdate blog sbb sibuk siapkan tempahan orang. Apapun selamat meneruskan ibadah puasa...

suzane said...

mieza tang ayam tu mengancamm...kita sume ni kategori super mom...yang penting pusing ikut mana pun juadah berbuka tetap tersedia untuk keluarga tercinta...

nuwairani ismail said...

baru smlm makan nasik ayam madu...seb baik....kalo tak, kempunan la sampai hari ni...

Mieza said...

@ kak amie
masa masak nasi anak2 tanya harumnya mama nasi apa tu..bila goreng ayam depa semua dok tunggu sebab bau ayam goreng madu tu sedap kata depa..bila azan semua makan dengan lahap termasuk papanya kakakaka...sedap la kut hehehehe..sukerrrrr :)

Mieza said...

@ yatie
banyak dpt tempahan ye? Alhamdulillah rezeki semua tu..kalau la dekat2 mau juga mieza menempah dengan yatie..mieza tak pandai buat cookie..Selamat berpuasa yatie..jgn lupa hantarkan sebungkus almond london ke Tg Malim ye! hehehe

Mieza said...

@ suzan
gambar ayam yg hangus tu dikatakan mengancam isyyyy heheheeh tak leh wat per la suzan, bila perap dgn kicp mmg akan jd hitam..tp tak per bukan ker hitam itu menawan? excuse org salah la tu hehehe

Mieza said...

@ nani
kalo kempunan amik tiket air asia jap meh terbang ke sini leh kita makan2 sambil kenalan mesra gitu heheheh selamat berbuka dek!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...