Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, August 16, 2011

Kuih Cara Manis

Assalamualaikum semua...apa khabar...hari ni dah masuk hari ke 16 kita berpuasa..tinggal lagi 14 hari aka 2 minggu Ramadhan akan meninggalkan kita..sedih pun ada sebab belum tentu tahun depan kita akan bertemu lagi..happy pun ada sebab dah nak raya..heehehe

Bila hari ke 16 ni kan idea nak memasak pun kekadang dah lupus..tatau dah nak masak apa kan..sesekali kalo berbuka kat luar seronok juga..hubby tak kisah berbuka posa kat restoran tapi mak mieza tinggal dengan mieza..dia memang tak nak berbuka kat luar..jadi kesian juga kalau kami semua berbuka kat luar dia berbuka sesorang kat umah..kalau opis buat majlis berbuka terpaksa la juga tinggalkan mak berbuka sorang-sorang kat umah..dia tamau ikut...katanya 'mak ni orang tua..makan pun terkial-kial.takut nanti rosak majlis orang' alahai mak pedulikan je orang..suatu hari nanti depa pun tua juga..tapi mak tetap tanak ikut..jadi kalau ada majlis berbuka tu rasa serba salah je..esok pun sama..my students buat majlis berbuka kat restoran..they paid for my family...kalau tak pergi sian juga depa dah organize...tapi terpaksa tinggal mak kat umah berbuka sesorang..:(



Oleh dah dah tepu idea nak masak dessert apa for iftar..maka mieza masak le kuih cara ni...hubby kurang suka..dia suka kuih cara berlauk..tapi Wawa suka sangat..dia dan baby Umar je yang tak posa dalam umah ni..asal siap je 1 batch dia makan..time gula tengah panas tu..kita punyalah risau takut melecur mulut..suka tengok dia makan..lupa nak snap picture..

KUIH CARA MANIS
Recipe & Source : Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:
2 cawan tepung
2 1/2 cawan santan
1/2 cawan pati daun pandan
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau jika perlu (kalau warna hijau pandan tak cukup ijau)
Gula secukupnya untuk inti


Cara -cara:

1. Masukkan kesemua bahan kecuali gula ke dalam blender dan dikisar sebati.

2. Panaskan acuan kuih cara. Leserkan dengan sedikit minyak.

3. Tuang adunan kuih cara ke dalam acuan hingga penuh. Letakkan 1/2 sk gula ditengah-tengahnya. Tutup acuan dengan tudung periuk. Masak selama 5 minit atau hingga masak.

4. Bila kuih dah masak, cungkil kuih dengan menggunakan garfu atau hujung pisau. Ketepikan. Ulang hingga habis adunan.


5 comments:

Amie said...

Assalam Mieza,
sian dengar cerita pasal mak Mieza tu, betullah, kita pun akan tua juga bila tiba masanya....

nampaknya dah rajin pulak buat kuih cara manis, kakak suka makan tapi yang orang buatlah, di sini memang mana-mana asal Kelantan, suka buat kuih tu, siap bawa acuan dari sana....

Mieza said...

@ kak amie cayang..
itu kak..mak mieza dia tanak ke restoran..kalau dia mkn kat restoran pun bila kami on the way ke mana2 misalnya otw nak blk kelantan bila lapar berenti la mkn kat restoran..itu je la time dia nk mkn luar...apa nak buat org tua2..dah dia tk suka biar kan lah dia..

anak mieza si wawa tu cukup suka cara manis..kat sini acuan tu RM10 je kak..kat LD ada jual ke kak acuan tu? kalau ada mesti mahal kan?

nuwairani ismail said...

betol la kak mieza...bila dah lama ni kan, otak mcm dh tepu tak tahu nk masak apa untuk berbuka. tapi kuih cara ni memang best la. kuih cara ni nani siap bawa acuan dr kg lagi sebab tak jumpa acuan kat cni.

Mieza said...

@ nani..
kuih yg simple tp lemak berkrim disukai ramai..ye la kena bw acuan dr semenanjung sbb org sabah tk reti kot mkn kuih tradisi kita ni..sian nani jauh dr family susah lak nk cr food faveret..

林磊 said...

2016-2-23 leilei
louis vuitton outlet stores
mcm handbags
christian louboutin outlet
michael kors outlet
michael kors outlet
ugg outlet
true religion jeans
ugg boots
michael kors handbags
polo ralph lauren
louis vuitton outlet
adidas wings
louis vuitton handbags
fitflops shoes
coach factory
toms outlet
canada goose outlet
ugg boots outlet
ugg boots
moncler jackets
gucci borse
oakey sunglasses wholesale
ugg boots australia
michael kors handbag
instyler max
timberland boots
polo ralph lauren
kate spade outlet
adidas gazelle
polo ralph lauren
pandora jewelry
gucci handbags
nike force 1
jordan 3 retro
burberry outlet
nike cortez shoes
montblanc pens
sac longchamp pliage
longchamp outlet
coach factory outlet online

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...