Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Wednesday, August 10, 2011

Kerapu Sambal Tomato dan Nenas - Lauk Iftar hari ke-9

Masa jalan-jalan kat dapur kak diana @ sky blue's kitchen hari tu ternampak dia tayang resepi ni..terus mieza terpikat...mieza bukan boleh kalau ternampak masakan ikan besar-besar ni..terus terliur dan berazam nak mencuba..selak-selak dalam pantry dan fridge semua bahan ada...boleh la kan..pastu ada juga nenas madu lebihan mieza masak gulai ikan kering dan nenas mieza potong kiub dan masukkan sekali dalam sambal tu..sedap you..rugi sesapa tak cuba..suami memuji-muji cakap sedap dan kemain banyak lagi dia makan...sambalnya mieza simpan untuk bersahur sekali..tapi tak der lah mieza goreng ikan kerapu lagi..mieza goreng ikan belanak je tapi makan dengan sambal ni..berselera gitu sahur pagi tadi..pagi esok tatau la nak sahur dengan apa....adik ipar laki bujang mieza ada visit hari ni...meriah la sikit umah mieza..at least hubby ada geng tengok badminton malaysi lawan china tu..

Jom tengok gambar ikan kerapu mieza..

pandangan kanan..



...pandangan depan..



...pandangan kiri..




KERAPU SAMBAL TOMATO DAN NENAS

Resipi ~ Mas @ Duniaku
Source: Kak Diana @ SBK
Improvised by: Mieza @ WAWMC



Bahan-bahan
3 ekor ikan keli - bersihkan dengan asam jawa @ air limau _ ( Diana guna jenis ikan lain jadi tak perlu bersihkan dengan asam jawa @ air limau, mieza guna ikan kerapu)
5 biji cili merah - dikisar
4 biji cili padi merah - ikut pedas yerk - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 biji tomato - dikisar
1/2 biji bawang besar - dihiris
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili thai
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit pati ikan bilis ( Diana bubuh 1 tsp perencah pati ikan bilis Tumix, mieza pakai 1/2 kiub pati ikan bilis knorr )
1/2 tbsp kicap pekat ABC ( yang nie Diana tambah, mieza letak 1 sk kicap manis dan 1 sk kicap masin )
1/2 cawan nenas kiub - (yang ni mieza lak tambah...ampunnnnnn tuan punya resepi)
Sedikit tepung jagung - (yang ni mieza tambah untuk lumur pada ikan)
Daun bawang - hiris sepanjang 2 cm

Cara-cara:



1. Keli dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis ( boleh letak daun dan batang kesum @ daun pisang yang diramas2 dalam rendaman keli tu sekali ) dan sedikit garam selama 5 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 5 minit dan cuci kembali dan toskan ( yang nie Diana tak buat sebab Diana guna ikan jenis lain ). Mieza pun tak buat juga sebab tak guna ikan keli..

2. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit dan salutkan tepung jagung. Goreng hingga garing.. Angkat dan toskan.. ketepikan.

3. Tuang minyak secukupnya dan tumis bawang besar yang dihiris tadi hingga wangi dan masukkan bahan-bahan kisar dan masak hingga wangi.

4. Masukkan sos tiram, sos cili thai dah kicap dan kacau rata.. Jika sambal agak pekat masukkan sedikit air dan kacau rata.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.. Letakkan juga sedikit kiub ikan bilis dan seimbangkan rasa. Masukkan juga kiub nenas. Masak hingga sambal garing. Jika suka sambal yang lembap boleh tambah sedikit air.

6. Kemudian masukkan ikan yang digoreng garing dan kacau rata. (Mieza tak masukkan ikan dalam sambal, tapi mieza tuang sambal ke atas ikan goreng)

7. Hiaskan dengan hirisan daun bawang. Hidangkan.


...dah kena cubit..sedap tau..

4 comments:

nuwairani ismail said...

hihih...ternganga2 mulut ikan tu... syok berendam dalam minyak panas kot. sedapnya ikan kerapu...tak tahu bila last makan kerapu...nk beli pon, kene gi pasar sandakan baru jumpa.

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum mieza...
sedapkan resipi mas nie... akak sekeluarga pun suka... mmg sedap!

Mieza said...

@ nani..
ikan kerapu tu ternganga sebab terkejut kena goreng dlm minyak panas..tak sempat nak ngucap dia hihihih..jauh ye sandakan dgn tempat nani tu? alahai sian nani..meh tg malim meh akak jamu nani puas2

Mieza said...

@ kak diana..
sedap sgt resepi ni kak..bila tambah dengan nenas lagi la sedap kak..bertambah2 makan nya kak..tq sudi share resepi :)

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...