Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Friday, August 5, 2011

Kerabu Mangga Ikan Talang Masin



Alhamdulillah dapat rezeki mangga percuma pemberian babysitter masa mieza jemput Umar dari umahnya petang semalam..banyak gak dia kasi..jadi mieza sedekah kan kat jiran aka opismate mieza 2 biji..then 2 biji mieza wat kerabu..tu pun ada lagi balance nya dalam peti ais..selalunya mieza letak udang kering bila buat kerabu tetapi hari ni teringin nak menggunakan ikan talang masin yang digoreng selepas dapat idea bila menziarah dapur Hazila @ My Small Kitchen..memang sedap kerabu ni...mak siap puji hehehe..ini sebenarnya menu berbuka hari ke 3 puasa...sungguh menyelerakan bila ada kerabu kan? mieza ni sememangnya hantu kerabu..heehehe...tapi mangga pemberian Umi (panggilan untuk babysitter mieza) ni dah agak kuning..kalau dapat yang masih hijau pastinya lagi terangkat beb!



Mieza kopipes kan resepi dari dapur hazila kat sini...tak leh nak celoteh panjang sebab anak dara tengah mieza sibuk ajak tengok cerita Flat 3A...suka sungguh dengan cerita hantu..mieza yang takut..dia ok jer....


KERABU MANGGA IKAN TALANG MASIN

Source: Hazila @ My Small Kitchen
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan bahan

1 biji mangga muda
1/2 labu bawang besar - dimayang
3 biji cili padi
3 ulas bawang merah
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula somtam - mieza ganti dengan sedikit gula melaka cincang
Sedikit jus limau
Isi ikan kurau masin - digoreng dan dihancurkan. - mieza guna isi ikan talang yang mieza kiub kecil dan goreng. Mieza tak hancurkan

Mieza tambah:

1 biji tomato - dadu
2 sb kerisik
2 sb santan pekat
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris


Cara cara:


1. Mangga muda dikupas dan disagat. Bersihkan dan tos.

2. Tumbuk cili padi dan bawang merah hingga lumat.

3. Masukkan isi mangga yang telah disagat ke dalam bekas, gaulkan bersama sama dengan bahan tumbuk, dan semua bahan lain.

4. Rasakan masam masin dan manis secukupnya.




3 comments:

suzane said...

sodapnyo...takpe esok weekend so boleh balik umah mak mertua kat selayang tu nak cilok mangga umah mak...nak buat gak....

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualikum mieza...
wah sedapnya tgk... kalau buat makan berbuka nie mmg x rasa nie tmbh nasi... sedaaapnya ..

izahdaut said...

mak aiii ada kerabu lak tuuu.. woohh dipadankan dengan ikan talan ye.. susah aa nak cari ikan talang masin ni.. sedapnyee kak..tak leh renung lama2.. tercabut jantung rasanya kalau kerabu2 gini..ngehehe

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...