Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Friday, August 12, 2011

Kam Heong Chicken


Salam hari Jumaat..hari yang ditunggu-tunggu setiap minggu..esok cuti yahoooo..tak sabar! Sebab esok mieza nak berkunjung ke umah cousin mieza kat Bukit Beruntung...dah lama benar mieza tak jumpa dia..dah bertahun-tahun..sebab dia ni dulu belajar kat UPSI tempat hubby mieza kerja lepas tu bila dia grad dia posting ke Sarawak..bila mieza balik kampung dia ke kampung suami..bila dia balik kampung pula, mieza pula yang beraya di kampung suami..abis tu mana nak berjumpa? 3-4 bulan lepas dia dah berpindah ke Bukit Beruntung which is 20 minutes from my place..jadi mieza nak berkunjung ke umah dia la esok...hmmm tak sabar nak jumpa..dia ni la cousin mieza yang paling baik..sama-sama membesar dan sama-sama bersekolah rendah di satu sekolah..usianya setahun lagi muda lagi mieza..ni mieza tengah bercadang-cadang nak masak apa untuk dibawa ke umah dia esok..:))

Sebelum tu mieza nak share resepi Kam Heong Chicken yang mieza masak semalam untuk makan bersama nasi mentega..resepinya mieza jumpa masa gi jalan-jalan umah kak diana..kerap benor mieza ke umah kak diana ye kak..hehehe bukan apa sebab mieza suka dengan gambar-gambar yang kak diana snap tu..cantekkk..mintak izin cnp kat blog ni ye kak diana..




KAM HEONG CHICKEN
Recipe: Wardah @ Bersantai tapi berwawasan
Source : Kak Diana @ Sky Blue's Kitchen
Source : Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:
500 gm ayam _ ( Diana guna peha ayam _ d buang kulit dan tulangnya kemudian d potong kecil )Mieza lak biarkan je seketul seketul begitu
4 tangkai cili padi ( d ketuk ) _ Diana tak ketuk _ Biarkan macam tu jer, Mieza ketuk sikit
2 tangkai cili merah ( d hiris ) _ Diana tak bubuh , mieza pun tak letak
10 biji cili kering _ Diana tambah, mieza pun tambah gak
2 labu bawang besar ( d hiris ) _ Diana pula ~ 1 biji d hiris + 1 biji d cincang, mieza hiris semua
1 ulas bawang merah ( d cincang ) _ Nie Diana tambah , mieza pun
4 ulas bawang putih ( d cincang )
5 helai daun kari
1 biji capsicum hijau - hiris..yang ni mieza tambah
Minyak

Bahan-bahan Perap ( Nie Diana tambah yer..mieza pun ikut kak diana )
1/2 tsp serbuk lada putih
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 biji telur
2 tsp minyak bijan
1 tbsp tepung jagung
1 tsp gula
Garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit - yang ni mieza mandai-mandai tambah hihihii

Bahan-bahan A
2 sudu makan rempah kari _ Diana guna rempah daging Baba's, mieza guna cap 'O'
2 sudu makan sos cili _ Diana guna sos cili Maggi, mieza guna sos cili thai
2 sudu makan sos tomato _ Diana guna sos tomato Maggi, mieza guna life
2 sudu makan kicap _ Diana bubuh 1 sudu makan kicap pekat Yot Brand, mieza letak kicap masin dan kicap manis
1/2 sudu makan kicap cair Loon Kee _ Nie Diana tambah, mieza tak letak
2 sudu makan sos tiram _ Diana guna sos tiram Maggi, mieza guna brand Lee Kam Kee
Gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan perap dan biarkan selama 30 minit.

2. Kemudian panaskan minyak dan goreng ayam sehingga ayam masak tapi jangan garing.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.

3. Di dalam periuk yang lain (mieza guna non stick wok).. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, 1 biji bawang besar cincang dan cili kering sehingga naik aromanya.

4. Kemudian masukkan bahan-bahan A dan daun kari... Gaul rata.. Biarkan sehingga ianya nampak pekat.

5. Masukkan ayam goreng, cili merah ( Diana tak bubuh, mieza tak buh gak ), 1 biji bawang besar yang di hiris dan cili padi. Gaul sehingga ayam sebati bersama kuahnya.

6. Angkat dan hidang dengan nasi putih. Diana hidang dengan nasi ayam... mieza hidang dengan nasi mentega^_^



Dulu pun mieza dah masak ayam kam heong ni..boleh tengok resepi kat sini..
SEDAP BANGATTTTTTTT!!!

4 comments:

nuwairani ismail said...

ramai dh yg cuba resepi ni...nampak sedap betol...cadangnya nk buat tomyam je esok.turn nani masak. nmpk ayam ni, terus hati berbelah bahagi. hihih...

kakak nani ada tinggal di bukit beruntung. dah lama tak gi sana.rumahnya kire dekat2 la jugak dgn padang golf. kire dekat jela dgn rumah kak mieza ek?

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum mieza...
sedaaaapnya ayam kam heong... terasa lg kelazatannya ... anak2 akak nak akak masak ayam nie masa open hse raya nanti... hehehehe... memang mereka dah jatuh cinta kat ayam nie.. sedap kan mieza

Mieza said...

@ nani..
kena buat list tu..then masak ikut list tu..kalau masak byk..postkan kat akak sikit dik nani oiiii..tk larat nk masak ni hari ni..

nani..Bkt Beruntung tu 20 minit je dr umah akak..naik highway..haaaa boleh la nani dtg Tg Malim nanti..jemput laa :)

Mieza said...

@ kak diana..
ayam ni mmg sedap..pastu nak masak pun senang je..kekadang tu mieza makan ayam ni dgn nasi putih tanpa kuah pun..berkuah sos kam heong ni je kak..sedap sgt! TQ for sharing d recipe :)

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...