Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Wednesday, August 17, 2011

Green Apple Bread Butter Pudding - Iftar hari ke 16



Selamat pagi dan selamat hari nuzul Quran..seronok sungguh rasanya hari ni cuti..kalau la hari rabu ni cuti tetiap minggu kan hehehe...sebenarnya dari semalam mieza cuti..EL sebab Umar demam campak..tak sampai hati nak hantar ke umah babysitter..jadi mieza ambil EL..sewaktu siap-siap nak bawa Umar ke klinik mieza tertonton rancangan masak-masak bersama chef wan kat AFC..dan ternampak dia buat puding ni..nampak sungguh menggiurkan..jadi cepat-cepat mieza ambil camera dan snapkan bahan-bahan yang dipaparkan kat skrin TV..masa keluar bawa Umar ke klinik terus stop kat mart and get the things..jadi semalam tak berat kepala nak fikir nak masak dessert apa untuk berbuka...jom mieza share resepinya..


GREEN APPLE BREAD BUTTER PUDDING
Recipe: Chef Wan @ Astro Food Channel
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan: (mieza buat 1/2 adunan)

750 gm apple hijau
1/4 cawan mentega
2 sb gula
1/4 sk serbuk kulit kayu manis
500 gm roti perancis - mieza guna roti gardenia wheatmeal
1/4 cawan mentega lembut
1/4 cawan kacang walnut
4 biji telur
1.3 liter susu segar
2/3 cawan gula
2 sk esen vanila
2 kotak whipped cream - kotak kecil tu..mieza lupa la berapa ml..
1/4 cawan sliced almond - mieza tambah
1/4 cawan cerry cincang dan kismis - ni pun mieza tambah


Cara-cara:

1. Apple dikupas kulit, buang empulur tengah dan di slice. Mieza belah 8 untuk sebiji epal.



2. Panaskan 1/4 cawan mentega dalam kuali hingga cair. Masukkan epal yang telah dipotong, serbuk kulit kayu manis dan 2 sb gula. Masak hingga epal perang dan lembut. Angkat dan ketepikan.


3. Potong roti kepada 4 segi kecil macam dalam gambar. Mieza tak buang pun tepinya sebab anak-anak suka makan.


4. Susun roti yang telah dipotong ke dalam loyang pembakar..seeloknya gunakan casserole yang transparent supaya senang untuk melihat texture puding sewaktu membakar..tapi mieza guna loyang sebab tak ader casserole yang sedemikian huhuhu balik raya nanti kena visit rantau panjang beli malinex lah..


5. Taburkan walnut, almond, kismis dan cherry..ulang hingga habis roti. Simpam sedikit kekacang untuk ditabur di lapisan paling atas


6. Susun epal yang telah dimasak tadi di atas roti. Tuangkan sekali jus mentega dan cinnamon yang berada di dalam kuali tadi.


7. Sementara itu sediakan kastad. Dalam bekas yang berlainan, pukul telur bersama 2/3 cawan gula dengan menggunakan whisk tangan hingga gula larut. Masukkan esen vanilla, susu dan whipped cream. Pukul sebati.

8. Tuangkan kastad ke dalam loyang/casserole yang mengandungi roti. Taburkan dengan kekacang dan cherry serta kismis.


9. Letakkan sedikit butter di permukaan puding untuk mendapatkan moist apabila membakar


10. Bakar dalam oven 180'C selama 30 minit atau hingga puding masak. Puding masak bila kastadnya sudah tidak kelihatan berair lagi dan permukaan puding keperang-perangan. Keluarkan dari oven dan biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.


11. Boleh di sprinkle sedikit gula kaster dan serbuk kayu manis sebelum memotong jika suka. Mieza skip this part sebab terlupa..


12. Potong mengikut kesukaan.




13. Sudukan..


14. ...dan suap!


SELAMAT MENCUBA


8 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum mieza...
waaah menarik... nampak sedaaap tu mieza...

Mieza said...

@ kak diana..
hubby kata sedap..dan mmg sedap..resepi chef wan mesti la sedap kan kak..nnt akak buat tau..mesti presentation akk lg menarik..mieza tak terer huhuhu

nuwairani ismail said...

lucu la kak mieza ni...siap dengan modelnya sekali...nak buat, tp xde roti pulak..kene menguli dulu la kot..hihih

resipe-masak-makan said...

salam tuan umah, apple tu yang buat sedap,boleh try nih

Amie said...

Miezaaaa...
betul-betul omputih punya style ye... selalu nampak kat tv, tapi nak buat GABBP ni lum berani lagi... hi hi hiii..

siannya dik Umar kena demam campak, moga cepat sembuhlah dia ye...

Mieza said...

@ nani..
kebetulan model tu je yang tak posa kat umah ni selain dari baby umar..dia la tukang rasa..sedap ke idak semua dia bedal..hahhaa

ye la kan kat sana roti gardenia susah dapat ye..malam ni nani menguli..esok nani cuba ye..sedap sgt resepi chef wan ni..:)

Mieza said...

@ R-M-M..
ye tepat sekali..epal dan cinnamon tu yg bagi kelainan..selalu kita mkn puding roti dgn sos kastad kan..kali ni dgn epal..mmg besh sgt!

Mieza said...

@ kak amie..
ini semua salah chef wan..dia yg tayang kat mieza..terus lah mieza terliur hehehe..ha ah kan kat AFC selalu ditayang oleh chef2 omputih tu...nnt kak amie try tau kak..

TQ kak..umar dah baik campaknya tapi demam dan batuk masih ada..

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...