Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, August 7, 2011

Buah Melaka



Kalau bulan posa ni kuih ni tak akan miss dibuat..mesti ada! Suka sangat kuih ni, simple, traditional, yet soooo very good! Mieza teringin nak wat Buha Melaka pakai tepung pulut hitam..tapi tak jumpa lagi sampai sekarang tepung tu...

Layan gambar dulu..malam kang baru post recipe..off to backyard bakar ikan yeeeehaaaaa!

Resumed at 8.31 pm

Burppppp! sedapnya ikan bakar hehehe..ikan kembung je tapi sebab ikan tu segar, isinya putih dan dia lemakkkkk sangat cicah dengan air asam..tapi gambor tak sempat nak snap..zup zap zup habis dahhhh

Ehhh jom kita tengok resepi buah melaka..mieza tak ada sukatan yang tertentu untuk resepi ni..cuma main agak je..tak pernah mieza sukat..kalau tak post resepi pun rasanya semua orang tau buat kuih ni..tapi mieza post juga agar menjadi rujukan anak-anak dara mieza bila depa dah besar esok-esok :)


BUAH MELAKA

Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan jus pandan - dari 3 helai daun pandan
1 sb air kapur
2 keping gula melaka - potong kiub
Kelapa parut putih secukupnya
Sedikit garam

Cara-cara:

1. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.

2. Sementara menunggu air mendidih sediakan kelapa. Gaulkan kelapa dengan sedikit garam. Ketepikan.

3. Di dalam mangkuk, masukkan tepung pulut dan air kapur. Gaul biar berketul.

4. Masukkan jus pandan sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat pada jari. Tambahkan air jika jus pandan tidak mencukupi.

5. Ambil sejemput doh dan ulikan bulat sebesar ibu jari dan bungkus kiub gula melaka di dalamnya.

6. Masukkan buah melaka ke dalam air yang mendidih dan rebus hingga buah melaka timbul di permukaan air. Angkat dengan menggunakan penapis.

7. Golekkan buah melaka ke dalam kelapa parut. Ulang hingga habis. Hidang.

6 comments:

Uncle Lee said...

Hello Mieza, I was at Ummi's blog nak check out noticed you lovely profile and busybody over.
Wow! I never thought or even heard this is called Buah Malacca.
Thought was 'onde2'?
Looks really nice, love the colour too.

Regret bahasa saya sebelum Merdeka, it's out of tune, ha ha.
Selamat berpuasa, and keep a song in your heart.
Best regards.
Lee.

nuwairani ismail said...

wah! sedapnya ikan bakar...dh lama tak makan ni..kt rumah ni xde tmpt nk bakar2 la... baru semalam buat buah melaka tp tak sempat uplod lagi...

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum mieza...
ikan bakar x sempat nak ambik gambar ek mieza? pasti sgt sedap kan... tu yg x sempat tu... ;)
n buah melaka nie mmg fav anak2 akak.... mmg sedap kan buah melaka nie mieza... akak mmg jarang buat sndiri.. tp beli mmg selau.. huhuu beli jer pun... :D

Mieza said...

@ uncle lee
TQ for visiting WAWMC..some place call this onde2 yes..they r also known as 'buah melaka', how it gets its name me never asked hehehe..but i like the taste as i said earlier so traditional yet so very tasty..never missed to prepare this cake every Ramadhan..visited your blog..wooowww rich with picture of beautiful women :)

Nice knowing you and please keep coming back :)

Mieza said...

@ nani
akk mmg suka buah melaka..buat sikit tak cukup! sambil tgk tv makan pun sedap..teringin nak cuba buah melaka pulut hitam..tp susah lak nak cr tepung tu kat sini..

@ kak diana
buat sendiri murah sikit kak..kalau beli kat Tg Malim ni RM1 = 9 biji kecil kecil..tak cukup kak..lagipun kalo beli alahaiiiii gula melaka kat dalam tu..sikit sgt!..jadi baik buat sendiri..jom buat lg petang ni untuk berbuka :)

风骚达哥 said...

20151204 junda
longchamp handbags
michael kors handbags
michael kors outlet
michael kors outlet
louis vuitton outlet
coach outlet
louis vuitton handbags
nike air max
timberland boots
nike blazers
air jordans
nike shoes
christian louboutin uk
juicy couture
michael kors outlet online
ghd hair straighteners
nike outlet store
air jordan 13
louis vuitton
ray ban
prada outlet
cheap uggs
mizuno running shoes
michael kors outlet
mont blanc pens
louis vuitton
michael kors
ed hardy uk
oakley vault
burberry outlet online
nike outlet
coach factory outlet
moncler jackets
moncler outlet
true religion outlet
pandora charms
coach factory outlet
ray ban
louis vuitton outlet
chaussure louboutin

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...