Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Thursday, August 11, 2011

Ayam Masak Halia - Lauk Iftar ke 5



Salam semua..dah siap dah masak kuih untuk berbuka petang nanti? Mieza semalam masak buah melaka (feveret la katakan..tak jemu!) hari ni tatau la nak masak apa untuk dessert..nak masak nasi dan lauk pun cukup-cukup je masa yang ada tu..maklum la sampai umah pun dekat kul 6 pm...

Resepi ni mieza masak untuk iftar ke 5..terlupa mieza nak post kat sini..dah tunggang terbalik dah entry blog mieza ni..semalam post entry iftar 9..alih-alih hari ni menu iftar 5 lak..hahahahah bedal je la ekkk...hihihii jom tengok resepi


AYAM MASAK HALIA

Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan

2 keping dada ayam - hiris nipis
2 sb minyak bijan
2 sb kicap cair
Sedikit tepung jagung
3 sb minyak masak

1 biji bawang besar - hiris
3 biji bawang putih - ketuk
2 inci halia - mayang
2 sb sos tiram
Sedikit kicap cair
1 biji tomato - belah 8
1 biji cili merah - hiris
Sedikit daun bawang - potong sepanjang 2 cm

Cara-cara:


1. Isi ayam diperap dengan minyak bijan dan kicap cair selama 1/2 jam.

2. Panaskan mnyak masak dalam kuali. Salutkan ayam yang diperap dengan tepung jagung dan goreng garing. Angkat, tos dan ketepikan.

3. Dalam kuali yang berlainan, panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar, dan halia hingga wangi.

4. Masukkan sos tiram dan kicap cair. Kacau sebati. Kemudian masukkan isi ayam yang telah digoreng dan kacau hingga kuah melekat pada ayam. Boleh tambah sedikit jika kuah terlalu pekat.

5. Akhir sekali masukkan tomato. Kacau. Tutup api, angkat dan hiaskan dengan hirisan daun bawang.


7 comments:

nuwairani ismail said...

nani dh lama tak masak, kehabisan gmbr entry dh...hihih...tu pasal post mende ngarut2 je selalu..

Mieza said...

@ nani..
tak per nani janji blog tu hidup..mcm akak tahun lepas setahun akak tk update blog sbb tak masak langsung coz mabuk pregnant..thn ni br nak hidup sikit blog ni :)

inahar ali said...

salam mieza cayang..maknanye lauk ayam halia nih dh licin la ek?? arini mieza masak apa utk buka? selamat berbuka pose ye!

Amie said...

Hai Mieza cayangggg,
takpe .... ada masa nanti boleh up-date elok2,

Kak Amie pun main hentam saja, siap masak ambil je gambar masakan atas dapur, tak sempat nak posing2 letak aksesori itu ini, yang penting nampaklah masakan tu... hi hi hiiii.. harap kita punya waktu untuk mahirkan diri sebagai fotographer (ecewahhhh)... terutama dalam bab ambil gambar resepila...

Mieza said...

@ kak ina...
alaaa tu la kak lambat datang umah mieza..kan dah abis..tapi hari ni ada lauk kam heong..moh la kiter :)

@ kak amie cayanggggggg...
bulan posa mmg tk sempat nak posing kan masakan tu kan...hubby kata "isy org nak berbuka dia sebuk nak berposing" kakakakak..kak amie suka la tgk novel kak amie tu..tak sangka kak amie ni teror menulis :)

林磊 said...

2016-2-23 leilei
louis vuitton
ralph lauren
ray bans
michael kors bag
ed hardy
true religion outlet
toms shoes
coach factory outlet
air jordan homme
jordan 6s
louis vuitton handbags
ghd hair straighteners
ugg outlet
coach factory online
cheap ray ban sunglasses
michael kors outlet
michael kors handbags
michael kors outlet
canada goose jackets
toms outlet
nike air max 90
nike tn pas cher
jordan pas cher
louis vuitton outlet
jordan 3 white cenment
ray ban sunglasses
louis vuitton handbags
michael kors handbags
nike uk
moncler jackets
cheap ugg boots
cheap soccer jerseys
juicy couture
adidas superstars
air max
toms outlet
michael kors
michael kors handbags
marc jacobs handbags
canada goose uk

alfallah12345 said...

الجامعة المعترف بها في الامارات

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...