Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Wednesday, July 20, 2011

Squids in Honey and Plum Sauce

Assalamualaikum semua..apa khabar..rasanya lama je mieza tak berblogging dengan aman..malam ni nak gak curi masa untuk update resepi..minggu ni mieza busy sikit..sampai nak siapkan proposal phd pun mieza tak sempat..nampak gayanya weekend ni kena dok bertapa dalam bilik dan siapkan juga lah proposal tu..(sighhhhh)



Malam ni mieza tak leh nak cerita panjang-panjang..huwaaa rindunya nak menulis kat blog ni..malam ni mieza nak tunjuk resepi sotong ni yang dimasak a few day ago..tadi masa buka puasa mieza masak ikan kerapu sos tomyam tapi dah penat sangat nak amik gambar..tak larattttt..anak-anak pun dah kelaparan tapi nak gak depa makan sesama dengan mieza yang berpuasa..jadi terus ngap je ikan tu..tak per lah..lain kali mieza snap picture dan kongsi resepi tu di sini..untuk malam ni kita layan je la resepi squids ni ya...


SQUIDS IN HONEY AND PLUM SAUCE

Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
6-7 ekor sotong - dipotong bulat, dan ditoskan airnya
3 biji bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 inci halia - mayang
1 biji tomato - belah 8
1 biji cili merah - hiris serong
2 sb madu
2 sb sos tiram
2 sb sos plum
2 sb sos cili
Sedikit sos ikan
Sedikit daun sup
Daun bawang - potong sepanjang 2 cm

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Kemudian masukkan madu, sos tiram, sos plum, dan sos cili. Kacau rata.

2. Masukkan sotong, jangan tambah air sebab air dari sotong akan mencairkan sos. Kacau rata dan masak hingga sotong masak.

3. Bila sotong dah masak, masukkan sos ikan, tomato dan cili merah. Kacau sebati. Rasakan secukupnya dan taburkan daun sup dan daun bawang sebelum menghidang.

Family mieza memang suka sotong dengan sos pekat macam ni..especially anak yang tengah tu cukup suka dengan sotong..kalau sotong celup tepung hmmmm memang dia punya semuanya...

10 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum mieza... akak terliur tgk sotong tu tau mieza... sedapnya sotong d masak mcm nie... suka2!

ijayuji said...

Salam kak! komen kat sini pulak :D sedap sotong! kita suke makan sotong masaka apa pun sedap sbb dia liat2 :D

Amie said...

Mieza,
sambung Ph.D ye... bestnya, kak amie terpaksa mengalah dulu, komitmen terhadap tugas sekarang macam tak larat nak pikul ...insya-Allah, ada rezeki akan ambil juga, tapi tak tahu bila, cuma hujung tahun ni terlepaslah peluang utk dpt
rm36,000 (biasiswa)...teruskan perjuangan, kakak tumpang bangga dgn usaha gigih Mieza tu...

inahar ali said...

salam mieza cayang..terliur nengok sotongmu yg gumuks itew..hehe! thnx a million 4 the award ye mieza..nnti bila akak senang akak mai angkut & tayang kt dinding dapur umah akak ye! lebiuuu..muaaaahhh!!

Mieza said...

@ kak diana
kalau akak masak mesti lg sedap huwaaaaa nak tumpang umah akak laaa.ada bilik kosong nak sewa tak hehehe

@ ika
akak paling suka sotong bakar cicah air asam..ataupun celup tepung..sedapnyer kan ika! haishhh gemuk la aku!

Mieza said...

@ kak amie
proposal pun tak siap lg kak..igt wiken ni br nak mula menaip..tp wiken ni ada kerja lak..semangat sentiasa tinggi usaha yg belum mula kekekek

Mieza said...

@ kak ina
jgn lupa tau amik award yg tk seberapa tu..tayang kat kinik pun ok kak..mesti ada pelanggan sbb doktor nyer dpt award kaler itam hehehhe

sifooden said...

Salam sis, ini hari wa mau try ini resepi.. TQ for sharing

Mieza said...

@ sifooden dear..
selamat mencuba..harap sifooden akan suka resepi ni..please keep coming back :)

maoqiuyun said...

3
tod's sale
mlb jerseys
louis vuitton outlet stores
polo ralph lauren
jordan shoes
replica watches
asics gel kayano
ray-ban sunglasses
ray ban
adidas outlet
louis vuitton outlet
asics shoes
burberry handbags
ralph lauren
lacoste polo shirts
tods outlet
air jordan 4
hollister pas cher
nba jerseys wholesale
michael kors uk
cheap nba jerseys
coach outlet
michael kors outlet
coach outlet store
louis vuitton outlet uk
hollister clothing
kate spade
abercrombie outlet
air jordan concord
oakley outlet
coach factory outlet
salomon shoes
air max 95
pandora charms
michael kors outlet
kate spade handbags
chanel handbags
iphone 6 cases
links of london
ray ban sunglasses
celine outlet online
20150404maoqiuyun

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...