Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, July 30, 2011

Seafood Pizza



Assalamualaikum semua...dah shopping baju raya? kalau belum cepat-cepat tau nanti tak der saiz..hari ni mieza tak masak lunch dan bekpes sebab pagi-pagi lagi dah kuar ke Shah Alam hantar tempahan buku yang ditempah oleh kawan di PSA..untuk pengetahuan para pengunjung mieza menulis lecture notes and tutorial untuk course P5127 Business Finance untuk kegunaan pelajar politeknik khususnya..lepas pegi hantar tempahan buku tu mieza jejalan ke Jusco Bukit Raja..beli baju raya bebudak..jadi sekarang persiapan raya dah 80% siap hheehehhe posa belum start lagi kan tp baju raya dah siap..

Bercakap pasal baju raya, sebenarnya hari ni mieza hangin satu badan dengan tailor sorang ni..malay tailor..mieza hantar sepasang kain untuk dijahit..mieza tempah baju kedah..saje la rasa nak pakai baju kedah raya nanti..aleh-aleh noon tadi dia call katanya kain yang mieza hantar untuk tempahan baju kedah tu cukup untuk dibuat baju kurung pesak jadi dia dah siap jahitkan baju kurung pesak..walllaaaaweiiiiii aku tempah baju kedah bukan sebab aku ingat kain tu tak cukup untuk sepasang baju kurung pesak...aku tempah baju kedah sebab aku memang nak pakai baju kedai..Ya Allah sakit hati mieza tak terkata..yang mieza heran, dia kan ukur kain tu untuk baju kedah, sah sah la baju kurung kedah tu pendek kan. Jadi macam mana dia ukur labuh baju kurung pesak tu tanpa mengukur badan mieza? Tak paham..ini mesti main agak je ni..entah-entah baju pesak tu dah singkat atas lutut..eiiiiiii tatau nak cakap macam mana rasa gerammmmm sangat...ini la kan orang melayu buat bisnes..sebab tu mieza suka tempah baju kat cina walaupun mahal tapi puas hati..cuma mieza ingat nak try servis malay di samping nak bantu perniagaan malay...geram sangat mieza..habis tu kan kalau kain yang mieza hantar tu sepanjang 10 meter, agak-agak dia mesti ubah gi jahit telekong semayang kan? Grrrr

Oleh sebab mieza geram maka mieza buat pizza malam ni..hihihih ada ke relationship geram kat tailor dengan mempizzakan diri ek? ahhhh tak kisah lah..bedal aja...jom kita tengok picturenya

...letak banyak-banyak topping..tuna, udang, sotong, capsicum, onion, button mushroom..



...dan banyak-banyak mozza cheese..jangan kedekut sebab nak masuk tekak sendiri...



..after 15 minutes in the hot oven...perggghhhhh tak tahannnnnn!!!!



...half is gone oredi!



...come and have a slice with me....



SEAFOOD PIZZA

Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan doh:
250 pizza mix - mieza beli kat Bagus Shah Alam..nak pakai tepung [email protected] high protien pun boleh gakkk
5 gm yis
125 gm air

Bahan topping:
1 tin tuna flake in sunflower oil - mieza pakai Ayam Brand
1-2 ekor sotong - potong bulat
Udang - ikut suka nak banyak mana, buang kulit
2 batang isi ketam - racikkan
1/2 biji capsicum hijau - dice
1/2 biji capsicum merah - dice, mieza tak letak sebab tak der stock
1/2 tin nenas cube - mieza tak letak sebab tak der stok
1 biji tomato - dadu
1 biji bawang besar - porong bulat
5-6 biji cendawan butang - mieza guna dalam tin, hiris
Sos thousand island secukupnya
Mayonis secukupnya
Mozzarella Cheese secukupnya


Cara-cara:

1. Satukan semua bahan untuk doh di dalam mangkuk penguli. Uli hingga menjadi adunan yang tidak melekat selama 10 minit. Mieza guna mesin. Kalau nak uli pakai tangan boleh juga cuma mieza tak larat hehehe

2. Tutup doh dengan tuala lembap dan rehatkan sehingga naik 2 kali ganda. Sementara menunggu doh naik, celur udang dan sotong hingga masak dan toskan airnya.

3. Keluarkan doh, canai nipis. Letakkan doh di atas pizza pan dan bina edge (tebing) di sekeliling doh supaya sos tidak melimpah keluar nanti.

4. Sapukan doh yang telah dicanai dengan mayonis. Ratakan.

5. Tuangkan pula sos thousand island dan ratakan. Mieza suka letak banyak-banyak.

6. Taburkan sotong, udang, isi ketam, nenas, bawang, capsicum,tuna, cendawan, tomato, dan paling atas taburkan mozza cheese.

7. Bakar dalam oven, 3rd rack dari bawah, 220'C selama 10 minit dan 5 minit lagi dibakar dengan menggunakan api atas sahaja supaya cheesenya terbakar.

8. Hidang dengan parmesan cheese..jom kita menggemukkan badan kita dan makan pizza!

..this one for you..jemput la..jangan malu..

3 comments:

nuwairani ismail said...

hahah...lucu la taylor ni...nani tak ramai taylor. selalu tempah dgn 2 org je..dh ukur badan kite, dh catat, boleh dia jahit baju tu untuk adik nani! adehhhhh! geram tak sudah ni...nasib baik dia jahit baju je. so, ada lagi balance 2 meter kain, dia jahitkan untuk nani pulak. kain beli lain lagi..hahah...lucu2 la cerita...nani pon suke keletung keletang di dapor kalo dh geram sgt dgn manusia2 tak paham bahasa ni. kalau dpt uli roti lagi best! puas hati betol. terasa mcm tgh menguli muke diorg je. hahahah

Mieza said...

@ nani
tatau lah nak cakap mcm mana sakitnya hati akak ni haaaa...tu la blm lg gi amik bj tu..tp masa uli pizza tu mmg akk bayang kan tgh uli muka dia hiihihi..sabor je la kan nani..tp sedih la sbb kain tu mmg utk bj raya..kalo bj tak raya rasanya tak la hangin sgt..

Anyway..akak ucapkan selamat berpuasa kepada nani..balik raya kelate ke thn ni?

maoqiuyun said...

3
tod's sale
mlb jerseys
louis vuitton outlet stores
polo ralph lauren
jordan shoes
replica watches
asics gel kayano
ray-ban sunglasses
ray ban
adidas outlet
louis vuitton outlet
asics shoes
burberry handbags
ralph lauren
lacoste polo shirts
tods outlet
air jordan 4
hollister pas cher
nba jerseys wholesale
michael kors uk
cheap nba jerseys
coach outlet
michael kors outlet
coach outlet store
louis vuitton outlet uk
hollister clothing
kate spade
abercrombie outlet
air jordan concord
oakley outlet
coach factory outlet
salomon shoes
air max 95
pandora charms
michael kors outlet
kate spade handbags
chanel handbags
iphone 6 cases
links of london
ray ban sunglasses
celine outlet online
20150404maoqiuyun

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...