Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, July 17, 2011

Puteri Mandi a.k.a Kepek Hidung - What a unique name!




Selamat hari minggu semuaaaaaa! Dah pergi pasar? Mieza nak kuar gi pasar kejap ni..tapi sebelum tu nak tayang kuih Puteri Mandi ni..atau sesetengah tempat (my place is one of 'em) call it Kuih Kepek Hidung...unik kan nama tu...bila mieza cakap kat kawan-kawan nama kuih ni depa gelak dan macam tak percaya..kuih ni selalu dibuat dalam bulan puasa untuk berbuka sebab kuihnya manis..

Pagi ni mieza tayang gambar dulu...lepas balik dari pasar nanti mieza post resepinya..



Resumed at 2.44 pm
Haiii semua..dah lunch? Baru la mieza berkesempatan nak post resepi kepek hidung ni...buat yang bagi komen tu..ha ah kan namanya kelakor gitu tapi unik you..lain dari yang lain..pagi tadi lepas balik dari market mieza pulun siapkan muffin cekelat yang ditempah esok..petang kang muffin banana pula..fenat tapi seronok sebab baru nak belajar berniaga heheheh suka suki jer..



Jom tengok resepi kepek hidung..kalau malas nak wat warna warni tu wat kaler ijau jer pun ok..letak esen pandan dan kaler ijo heheh

PUTERI MANDI
Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung pulut - bahagikan kepada 3 bahagian
1/2 cawan air - untuk ketiga-tiga bahagian pulut
Pewarna hijau, merah dan kuning
Esen pandan

Bahan kelapa manis:
1 cawan kelapa parut putih
1 keping gula melaka - mieza guna keping diameter saiz 4 inci
2-3 sb gula pasir
2 helai daun pandan
1/2 cawan air
Sedikit garam

Cara-cara:

1. Sediakan kelapa manis. Satukan gula melaka, gula pasir, daun pandan, air dan garam dalam kuali non-stick. Panaskan hingga gula melaka cair. Kemudian masukkan kelapa parut dan masak hingga sedikit kering. Jangan kering sangat tau. Rasakan manisnya. Kalau suka manis, boleh tambah gula lagi.

2. Bahagikan tepung pulut kepada 3 bahagian dan masukkan ke dalam 3 mangkuk yang berlainan. Untuk setiap mangkuk masukkan warna berlainan setiap satu beserta esen pandan. Dengan menggunakan 1/2 cawan air sedikit demi sedikit, bancuh tepung hingga menjadi doh yang tidak melekat.

3. Dalam periuk, masukkan air dan masak hingga air mendidih. Biarkan air terus mendidih.

4. Ambil doh tepung pulut. Bulatkan sebesar ibu jari kemudian tekan sedikit tengahnya dengan menggunakan jari. Masukkan bebola yang telah dikemekkan tengah ke dalam air yang sedang mendidih. Renehkan hingga bebola kemek timbul dipermukaan air. Ambil penapis teh dan angkat bebola kemek keluar dan toskan airnya.Ulang hingga semua doh habis.

5. Kemudian masukkan bebola pulut kemek yang telah ditos tadi ke dalam kuali yang mengandungi kelapa parut manis. Gaul rata.

***jangan toskan kesemua bebola kemek serentak nanti ia akan melekat antara satu sama lain. Bila angkat je dari air mendidih, toskan dan terus masuk dalam kelapa parut manis dan gaul.

6. Sesuai untuk majlis berbuka puasa..

6 comments:

Amie said...

Mieza,
nama kepek hidung pulak dah...ha hahah,
selamat bershopping di pasar, kak amie tak sempat gi pasar, ni tengah semak buku sambil jalan2 pi dapur kawan...

Diana @ Melley Mey said...

hehhehe... menarik sungguh nama yg d beri tu yer.. heheheh.. tp kan akak tgk cam sedap ler kepek hidung tu... terliur akak tgk.. selamat bershpng juga yer mieza...

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Salam mieza .pandai sungguh buat kueh ni,kat klate bulan puasa we all suka makan kueh ni.

Mieza said...

@ kak amie
kelakor kan namanya kak amie ahaksss..org kelate ni nama kuih pelik2..ada tahi itik, ada lidah buaya hahahah tapi ini kuih kegemaran mieza utk buka posa..selalu wat warna ijo jer cuma semalam rajin terlebih coz anak2 tolong kemek kan hidung tu :)

Mieza said...

@ kak diana
biasa mkn kuih manis tak? kuih ni manis..tp sedap..kalo akak suka pulut mesti suka kuih ni sebab dia pakai tepung pulut..

mieza sopping ikan kat market je kak..sopping bj raya belum lagi huhu

Mieza said...

@ kak ros
kalo dah mek kelate kena reti buat kuih kelate hihihii senang je nak wat kuih ni tak byk karenah..dulu mieza beli 3 biji seposen sekarang tatau laaa harga brg semua dh naik mesti dh mahal kan..

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...