Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, July 23, 2011

Pisang Tanduk Goreng Rangup dan Sambal Kicap - Kenangan makan kat gerai depan Wellward. Parit Raja



Sumpah! Sebelum umur mencecah 24 tahun mieza tak pernah berjumpa dengan pisang tanduk..sehingga lah bila berumur 24 tahun mieza menyambung pelajaran peringkat master di ITTHO (kini UTHM), UTM...kawan-kawan ajak pegi beli barang kat pasaraya Wellward kat Parit Raja..ye la itu la yang paling dekat dengan institut masa tu...nak ke Batu Pahat jauh gak laaa..kalau tak silap mieza tambang bas dari institut ke Parit Raja dalam 80 sen kot..lupa dah..masa tu mana mieza ada keta lagi...jadi naik bas atau teksi je la..lepas beli barang tu kawan-kawan ajak makan cucur kat gerai depan pasaraya tu..itu lah pertama kali mieza makan pisang tanduk goreng dan sukun goreng..punyalah jakun...lagi jakun bila tengok depa cicah dengan sambal kicap..isyyyy awat la pelik benor orang Johor ni ahakkksss..kawan-kawan kata rasa la..jadi mieza pun dengan penuh kejakunan mencicah la..sekali cicah..hmmmm..dua kali cicah...hmmm hmmmm...tiga kali cicah...weeeeehhh sedap wehhhhhh kakakakaka...



sejak hari tu asal hujung minggu ajak kekawan gi Parit Raja sebab nak makan goreng pisang sambal kicap ahakkkssss



Sambal kicap ni bukan pun payah nak buat nyer..senang giler..kebetulan cousin mieza kawin dengan orang Johor maka dia la yang ajar mieza buat..memula tengok memang pelik..tapi di sebalik kepelikan tu, rupa-rupa terselit kesedapan hihiihi



....dan jangan lupa secawan lemon tea...gulp gulp lalu ikut anak tekak ...




...sorry i can't stop dipping again and again!!!


Resepi pisang goreng rangup ni mieza songlap kat dapur nuridah..TQ ya kongsi resepi..


PISANG TANDUK GORENG RANGUP
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Sumber: Nuridah Salleh @ My Little Kitchen
Sumber : Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:

Pisang sematu/nangka/ atau yg sesuai digoreng secukupnya
Minyak masak secukupnya

Bahan-bahan batter: (mieza cuma buat 1/2 adunan)
400 ml air
220 gm tepong gandum
50 gm tepong beras
100 gm marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam


Cara-cara menyediakan:

1. Masukkan bahan-bahan batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas. Kisar sehingga batter sebati, rata & halus. Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.

2. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter. Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati-hati dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).

3. Goreng pisang ke dua-dua belah sehingga keemasan. Angkat & tos. Hidang di atas pinggan beralas paper towel & hidang bersama cili kicap.


SAMBAL KICAP


Bahan-bahan:

8 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil gula
Kicap manis secukupnya

Cara-cara menyediakan:

Tumbuk halus cili padi, bawang putih dan gula. Campur kicap secukupnya. Siap untuk dicicah bersama pisang goreng crispy.

10 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Selamat pagi mieza..
ada pisang tanduk goreng kat cnie yer... sedaaaapnya tu... cicah sambal kicap lagi.. mmg best! semamangnya kalau dah kita tau tempat yg makanannya sedap tu.. pasti akan pergi lagi nanti kan mieza

Mieza said...

Kak diana..dah lama mieza tak ke Batu Pahat..tp yezzaaaaa akan ku visit 1 hr nanti..kak diana masak aper hari ni...nak cilop resepi..hr ni nak masak ikan masak ijau yg akak tayang smlm ngeh ngehhhhh

Nuridah said...

Assalamualaikum Mieza,

terima kasih sudi singgah keblog kak Nur ya dan mencuba resipi ini....kalau kak nur tak reti nak cicah dengan kicap.

Mieza said...

@ Kak Nur
Tq kak nur..mieza tak reti nak goreng pisang jd rangup tu yg selongkar dapur akak..cicah dgn kicap sedap sgt kak :)

Nur-nba said...

Salam. Sambal kicap memang trademark orang2 Johor. Sedapkan makan pisang tanduk cicah sambal tu.. :)
~Salam perkenalan.. datang dari blog Kak Inahar..

nuwairani ismail said...

kak mieza...dulu pon rasa pelik jugak tengok org makan pisang cicah sambal kicap..pastu ada kazen kawen ngn org johor, dia buat...aduh...dh try sekali, asik nk makan aje...sedapnye!

Mieza said...

@ nur-nba
TQ sudi singgah n visit blog WAWMC. Selamat berkenalan juga..nur ni org johor ye..itu laaa dulu2 rasa pelik tp skg dah ketagih..asal ada pisang goreng nak je mencicah sambal kicap :)

Mieza said...

@ nani
setuju sgt! itula kan kalo nampak pelik jgn tak mkn..cuba dulu..ntah2 kita suka..tp kat umah ni kalo pisang degn sambal kicap akk dgn hubby je mkn..org len mkn cicah sos cili..hihihi

ROJAK said...

ada orang makan pisang goreng cicah sos cili? itu baru pelik namanya tapi takpela dah selera dorang macam tu. barangsiapa makan pisang goreng cicah sambal kicap maka terasa alangkah betapa sedapnya. rugi siapa yang tak pernah try!

风骚达哥 said...

20151204 junda
longchamp handbags
michael kors handbags
michael kors outlet
michael kors outlet
louis vuitton outlet
coach outlet
louis vuitton handbags
nike air max
timberland boots
nike blazers
air jordans
nike shoes
christian louboutin uk
juicy couture
michael kors outlet online
ghd hair straighteners
nike outlet store
air jordan 13
louis vuitton
ray ban
prada outlet
cheap uggs
mizuno running shoes
michael kors outlet
mont blanc pens
louis vuitton
michael kors
ed hardy uk
oakley vault
burberry outlet online
nike outlet
coach factory outlet
moncler jackets
moncler outlet
true religion outlet
pandora charms
coach factory outlet
ray ban
louis vuitton outlet
chaussure louboutin

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...