Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, July 10, 2011

Nasi Lobak Merah



Salam hari minggu...dah lunch? Makan apa lunch tadi? Mesti sedap-sedap semuanya kan? Hmmmmm terliurnya..mieza masak nasi carrot untuk lunch tadi..Alhamdulillah, nasi ni sedap sangat dan menjadi pujian ahli keluarga...suami lah yang makan paling banyak..Adnin yang selalu makan nasi sikit tu pun bertambah-tambah makannya tadi...may be semalam depa makan tak puas masa dinner...maklum lah semalam makan masakan kedai sebab mieza migrain tak leh nak masak...bila makan makanan kedai..muncung la mulut si anak dara tu..cerewet dia tu..ada-ada je komplen kalau masak kedai tak kena dengan tekak dia..kekadang masakan mieza pun dia komplen bila tak kena dek tekak dia..haiiiiii jangan esok-esok bila dia dah kawin dia komplen masakan mak mentuanya dah laaaa hahahaha



Kalau hari minggu mieza memang sentiasa nak sediakan yang terbaik untuk keluarga..kalau hari kerja memang tak sempat nak masak beriya..masak main campak-campak je la..janji perut tak lapar..nasi carrot ni mieza pasangkan dengan ayam bumbu bali yang mieza skodeng dari dapur Kak CT Delima (resepi akan dipost nanti) dan juga dalca ayam. Mieza jadi teruja nak buat nasi carrot ni lepas ternampak kat dapur Kak Amie...sedap je nampak tayangannya...


NASI LOBAK MERAH
Recipe : Ayu @ Curlybabe's Satusfaction
Source : Kak Nor @ Secubit Garam

Modified recipe: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:

1kg beras beriani - mieza masak 4 pot je, pot rice cooker
6 biji lada hijau dipecah-pecah
1 sudu teh jintan halus-ditumbuk kasar-kasar-mieza gunakan serbuk aje
1 cawan minyak kacang ~ mieza guna ghee semua
1 sudu besar minyak sapi
3 batang lobak diparut - mieza guna sebatang je
300g buah tomato dipotong halus - mieza guna sebiji je dipotong dadu
*6 biji bawang putih ditumbuk halus
*2 cm halia ditumbuk halus
2 biji bawang besar dihirs
4 cm kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkeh
2 kuntum bunga lawang - mieza tambah
1 sk lada hitam - mieza tambah
2 helai daun pandan - mieza tambah
1 pot susu cair Ideal- mieza tambah
Garam

Bahan hiasan: Mieza tambah
Bawang goreng
Daun bawang hiris


Cara-cara:

1. Sukat air 1, 100ml lalu ketepikan dulu. (mieza sukat air sama banyak dengan beras = 4 pot)

2. Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak parut.

3. Panaskan minyak sapi dan minyak kacang. Tumiskan bawang besar, bahan-bahan tumbuk*, lada hijau dan jintan.

4. Kacau sampai garing, lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkeh, bunga lawang, lada hitam, dan air.

5. Bila mendidih, masukkan beras, susu cair, daun pandan dan garam, masaklah hingga tanak-(mieza masukkan kedalam rice cooker dan masak seperti biasa).

6. Bila dah masak hiaskan dengan bahan hiasan kegemaran



8 comments:

ijayuji said...

Salam kak, sedapppp nasi2 mcm ni kita suke! dah pernah buat resepi ni dulu mmg sedap :D kita specis suke nasi2 berempah gini pastu mkn dgn acar mentah jer pun cukup mengenyangkan :D

K.Nor said...

mieza, cuba buat nasi karot (nasi lobak merah) yg k.nor buat baru2 ni.. sedap !

Mieza said...

@ika
boleh la geng kita..akak pun suka nasi tumis2 gini, mkn dgn ayam masak merah pun jalan, dgn ikan sweet sour pun bolehhhhh..resepi ni mmg sodap ika!

Mieza said...

@ kak nor
ini dah kopipes dr dapur kak nor dah ni..tp mieza tambah sikit2..oooo ada resepi lain ye..yg letak rempah kurma tu ye..ok kak nor..minggu depan mieza cuba..i loikkkeeee kak nor! :D

nuwairani ismail said...

sedapnya nasik yang dimasak mcm ni...harummmmmm aje....

Amie said...

mieza,
sesibuk manapun, kita ni sbg pompuan mmg tak boleh lari dari dapur ye.... seronok hidup kita kan, jadi blogger masakan, boleh tukar2 idea & resepi, boleh olah ikut kreativiti.... yg penting sedap & disukai keluarga terutama suami & anak2!

Mieza said...

@ nani
harum sgt bau daun pandan dan karot tu nani..a must-try recipe..bertambah2 akak mkn..diet ke laut lagiiiii

Mieza said...

@ kak amie
betul tu kak amie..kalau jamu anak2 mkn air tgn sendiri rasa puas gitu kan kak! Mieza terliur tgk akak tyg tu yg mieza buat hari ni :)

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...