Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, July 31, 2011

Nasi Lemak Halba dan Udang Masak Hitam



Assalamualaikum dan selamat hari minggu..tak lupa juga diucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua pengunjung WAWMC..semoga bulan yang mulia yang bakal mengunjung kita esok akan membawa seribu keberkatan dalam hidup kita..amin..



Jadi hari ni sebagai bekpes terakhir sebelum berpuasa tahun ni, dan juga memenuhi permintaan mak yang nak makan nasi lemak (padahal dah selalu dah masak nasi lemak, tapi mak nak makan nasi lemak gak hari ni) jadi mieza masak la juga nasi lemak ni..tapi tak ler masak banyak sangat kan..cecukup je untuk bekpes..alih-alih tak cukup pula..depa kata sedapnya nasi lemak mama hari ni..may be sebab mieza makan dengan udang masak hitam tu..ada juga sambal bilis macam biasa...kacang goreng, dan telur mata kerbau..cuma timun je tak der sebab belum ke market lagi..cuma hari ni dimasak lauk tambahan sebab nak menghabiskan stok udang dalam peti ais lebih buat seafood pizza semalam..


NASI LEMAK HALBA

Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan

4 pot beras - cuci dan toskan, mieza guna pot rice cooker
6 pot santan - ikut jenis beras, mieza mengamalkan 1 pot beras = 1 1/2 pot air/santan
1 inci halia - hiris nipis
2 sk halba
Garam secukup ras
2 helai daun pandan

Cara-cara:


Masukkan semua bahan dalam periuk (mieza guna rice cooker je) dan ditanak seperti memasak nasi biasa. Bila nasi dah masak, gembur-gembur kan..



UDANG MASAK HITAM
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
10-15 ekor udang - cuci
1/2 paket rempah masak hitam - jadikan pes. mieza guna brand 'Mak Siti'
2-3 sb kicap pekat
2 sb kicap manis
1 sb kicap masin - atau mengikut citarasa sendiri
Minyak untuk menumis
Daun bawang untuk hiasan
Sedikit air asam jawa

Bahan tumis:
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia


Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing.

2. Masukkan rempah masak hitam dan tumis hingga pecah minyak. Tambahkan air asam jawa, kicap dan udang dan kacau selalu hingga udang masak dan kuah agak pekat.

3. Angkat dan hidangkan. Taburkan dengan hirisan daun bawang

5 comments:

Amie said...

laaa...... Mieza, apasal baru masak hari ni... tu yang mahal tu nasi lemak ada halba, kalau tayang kelmarin tentu hari ni Kak Amie buat tuk sarapan pagi... takpe, lepas raya nanti ye... he heheh

Mas said...

perrrrhh...sedapnya set nasi lemak tu...

Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa dari mas buat akak sekeluarga.....

Mieza said...

@ kak amie
tak per kak amie..belum terlambat lagi..leh masak untuk bersahur nanti..selamat berpuasa kak amie..

@ Mas
TQ mas..akak juga mengucapkan selamat berpuasa kepada mas dan keluarga..pastinya akak tunggu resepi istimewa mas sempena berbuka esok dan hari2 berikutnya :)

nuwairani ismail said...

dah ala2 nasik dagang pulak letak halba ni...hadoi...rajin betol akak kite ni melemakkan nasik..hihih...

Mieza said...

@ nani
akk mmg msk nasi lemak letak halba dan halia sebab nasi lemak ni kan berangin..kalau mkn lebih nnt kembung..jd halba tu tujuannya untuk halau angin di samping nak mewangikan nasi...nnt nani cuba tau dan rasa kelainannya..cuba tau..

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...